• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Bola Sepak / Perlawanan Malaysia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012

Perlawanan Malaysia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012

By Hazmin Hamudin | 28 November 2012 | 21 Comments

AFF Suzuki Cup 2012

Perlawanan Malaysia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012. Bahang kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 semakin terasa. Untuk perlawanan kedua saingan peringkat Kumpulan B, Malaysia bakal berhadapan dengan pasukan Laos pada malam ini 28 November 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini merupakan perlawanan hidup mati buat pasukan Harimau Malaya dalam saingan Piala Suzuki AFF 2012 di tempat sendiri.

Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi saksi kebangkitan pasukan Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal yang telah menerima pelbagai kritikan selepas perlawanan yang memalukan apabila tewas kepada Singapura dalam aksi pembukaan. Lepas dah puas kritik aku rasa eloklah bagi peluang kepada mereka dengan memberikan sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya pada perlawanan malam ini. Kalau kalah juga siaplah dengan kritikan yang menggunung nanti.

Walaupun rekod perlawanan Malaysia vs Laos sebelum ini lebih memihak kepada Malaysia, tetapi kali ini pasukan Laos tampil dengan aksi yang mantap. Ini terbukti apabila Laos mampu mengikat Indonesia dengan seri 2-2 pada perlawanan pembukaan. Kalau nak menang, Harimau Malaya perlulah bermain dengan bersungguh-sungguh tidak seperti ketika menentang Singapura. Agak-agak boleh ke Harimau Malaya menang malam ni?

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal wajib menang perlawanan ini untuk mengutip tiga mata penuh bagi mencerahkan laluan untuk menjadi dua pasukan teratas dalam Kumpulan B mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012. Sekiranya tewas atau seri, bolehlah pasukan Harimau Malaya mencongak untuk bermain di sarkas-sarkas bersama-sama dengan harimau yang lain.

Perlawanan Malaysia vs Laos turut disiarkan secara langsung di RTM di saluran TV1 dan juga Astro Star Sport saluran 813 bermula jam 8.40 malam. Bagi yang tidak dapat mengikuti siaran langsung di kaca tv, sebagai alternatif boleh menonton di internet secara live streaming dengan melayari url (link) di bawah ni.

Url Laman Web/Blog
http://www.rtm.gov.my/tv1 Laman Rasmi TV1

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 29 November 2012 at 12:54 PM

    Ini permainan yang kita mahukan akhirnya Harimau Malaya berjaya merobek pasukan Laos. Syabas. 🙂

    Reply
  • Myra Jay 29 November 2012 at 8:36 AM

    Tahniah buat pasukan Harimau kita, moga terus sukses untuk next game 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 8:53 AM

      Akhirnya menang jugakkan.. 🙂

      Reply
  • donnyien 29 November 2012 at 3:36 AM

    hai bro,

    tahniah buat pasukan Malaysia, semoga berjaya ke peringkat seterusnya nanti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 8:53 AM

      Harap berjaya lawan indonesia nanti.

      Reply
  • titan 29 November 2012 at 12:36 AM

    yehh!! malaysia sudahhh menang!!

    Reply
  • jebateja 28 November 2012 at 9:41 PM

    Den tak de hati dah dgn skuad Malaysia ni…bazirkan duit jerk…baik duit tu bg kat rakyat miskin jerk….

    Reply
    • Jebeng Otai™ 29 November 2012 at 1:41 AM

      dh menang pon x dak hati ker/?

      Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 9:00 AM

      Jangan macam tu bro. Dah menang dah tu. Hehe

      Reply
  • samdaddycool 28 November 2012 at 9:25 PM

    Aku tunggu dan lihat..

    Reply
  • Juan 28 November 2012 at 8:55 PM

    aku tengah menonton sekarang

    Reply
  • papa mifz 28 November 2012 at 6:06 PM

    semoga Malaysia mencatatkan kemenangan…amin…

    Reply
  • yui 28 November 2012 at 4:27 PM

    moga tak jd mcm kes aritu..moga2..

    Reply
  • kesumaangsana 28 November 2012 at 4:16 PM

    kena menang dah ni!

    Reply
  • daddyziyyad 28 November 2012 at 3:43 PM

    semoga menang.

    Reply
  • Abu Bakar 28 November 2012 at 3:12 PM

    Pemain tengah perlu tenaga,pemain pihak lawan semuanya laju.Kalau style permainan itu hari,jangan harap nak menang.Pemerhatian saya bila baca komen ramai menuntut Badri Radzi dari Kelantan diturunkan.Saya buka youtube utk tengok cara permainan dia.Memang patut pemain ke 12 negara menuntutnya kerana gerakan perancangannya tepat sepertimana Kelantan mengalahkan Lions12 dengan jaringan 3 0

    Reply
  • titan 28 November 2012 at 2:33 PM

    nak tak nak kena menang nih..

    Reply
  • cmratu 28 November 2012 at 1:49 PM

    semua harapkan kebangkitan.. kalau laos bijak mereka akan bermain corak bertahan.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 8:52 AM

      Akhirnya harimau malaya bangkit setelah lena.

      Reply
  • hairulafiz 28 November 2012 at 12:56 PM

    semoga satu kejutan akan berlaku

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2012 at 8:52 AM

      Akhirnya kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Dato’ Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Pekerja 2011

By Hazmin Hamudin

Terbeli EZ Bar Curl Pulak

By Hazmin Hamudin

Majlis Pernikahan Nurul Syuhada Nurul Ain (Tv3) dan Raja Amir

By Hazmin Hamudin

Sandiwara Cinta By Repvblik (Cover)

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in