Petang semalam heboh mengenai kejadian kebakaran di flat PKNS Jalan Kerinchi. Kalau tengok daripada gambar dan video yang dirakamkan oleh orang ramai yang berada berhampiran kawasan kejadian, boleh tahan teruk jugak kebakaran tersebut. Kebakaran memang jelas kelihatan sehingga 3 kilometer.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, enam unit kediaman paling atas pangsapuri berkenaan membabitkan 28 orang musnah selepas kebakaran dipercayai berpunca dari rumah disewa warga Indonesia yang dikatakan sedang memasak di dalam bilik mereka.
Kalau tengok punca kebakaran tu memang sepatutnya kejadian macam ni tidak berlaku. Bukan nak menyalahkan warga asing tersebut, tetapi sikap tidak mementingkan keselamatan yang memasak di dalam bilik sebagai punca kejadian seharusnya tidak berlaku. Bab sikap sambil lewa macam ni kadang-kadang kita sendiripun ada buat jugakan. Yang menjadi mangsa selepas tu adalah orang lain yang tidak bersalah.
Sebenarnya salah seorang mangsa kejadian kebakaran di flat PKNS Jalan Kerinchi tersebut adalah pelajar praktikal di unit aku ni. Semalam semasa berborak di pejabat memang ceria. Tapi hari ni perasaan ceria tu sudah pasti sudah tiada lagi apabila rumah keluarga terbakar. Siapa yang tak sedihkan kalau berlaku kejadian macam ni. Aku pasti perasaan trauma tu pasti ada.
Dikhabarkan jugak tiada apa-apa barang yang dapat diselamatkan dan hanya tinggal sehelai sepinggang. Di pejabat kitorang akan buat derma dan memberi sumbangan mana yang mampu. Baju-baju lama yang masih boleh di pakai mungkin akan disedekahkan kepada beliau.
Semoga semua mangsa yang terlibat dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah. Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku.
kesiannya..kita x tau nasib kita nanti mcm mana kan..berapa orang ahli keluarga beliau…ada adik perempuan x? SA boleh bagi baju2 SA kat adik dia…
kesiannya….minta dijauhkan dari berlaku pada seluruh anggota keluarga dan umat islam keseluruhannya…ujian yg tahu mampu atau tidak menanggungnya…hanya DIA yg tahu….
Semoga semua mangsa tabah di dalam dugaan ni , kesian juga bila dapat tahu pasal kebakaran tu kelmarin
semoga mereka yg terlibat bertabah. kita, mohon ambil langkah berjaga2.. malang tu mmg tak berbau kan.. takziah
Agak sedih juga dengan kisah ni.. Harta benda boleh di cari, mana sama dengan nyawa.. nyawa tiada ganti..
Bro, kalau tak keberatan boleh buat blogpost atau letak alamat kawan tu. Ada barang2 yang boleh didermakan, kami boleh poskan dari sini kat dia. Alamat pejabat pun tak pe.
ada juga dengar berita tentang ni..
malang tidak berbau…
malang memang tak berbau…walaupun kita berhati-hati, tapi tetap kena tempias orang lain yang tak berhati-hati…
Siapa yang save duit bwh bantal tu pun mesti sedih gila..
adoi.. malangnya.. takziah kepada yang mengalami musibah ni
Aku ada kat situ semalam. Habis jam gilaaaa jalan. KEbakaran kat atas. Semua berhenti tgk. Tak ke susah bomba nak jalan?
nasib baik semuanay selamay..cuam harta benda je la terkorban
malang x berbau.
simpati dengan mangsa kebakaran, moga tabah menghadapi
mujur juga tak ada kemalangan jiwa
moga mereka tetap tabah hadapi dugaan
ngeri tgk.
kite pun dapat tahu smlm kat twitter
huhu
sayang sekali, karena kelalaian seseorang, banyak orang menjadi korbannya. 🙁
Akak ader baca gak berita ni…kesian dierang ni..termasuk adik praktikal tu…walopon bukan keccuaian dierang…
kena lebih berhati-hati la lepas ni..kang terbakar lagi plak..
terbayangkan keluarga yang punya anak kecil dan warga tua, kecuaian manusia lain mengakibatkan mereka yang lain teraniaya
Saya sendiri pernah mengalami pengalaman rumah terbakar. Hampir2 dlm kekalutan itu seorang anak yg tertidur dlm bilik menjadi mangsa. Sehingga sekarang saya tidak suka melihat berita kebakaran. Ia masih satu trauma yg sukar dipadam biarpun sudah lama berlalu…
Agak lama tidak dengar berita kebakaran. Kecuaian manusia.
rumah pelajr praktikal tu terlibat? kesiannnya dia.Semalam balik keje sya tengok tinggl asap and api sikit2 je.
Warga asing puncanya…memsng tak patut
Allah~
salam takziah buat kawan opis tuh yer.
memang langkah yang terbaik untuk buat derma bagi mangsa kebakaran tuh. moga semua mangsa tabah hadapi dugaan ini.
takziah dan simpati saya pada mereka.
Itulah.. Moga mereka tabah.
semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan…
Itulah kak. Berat jugak dugaan yang mereka hadapi kan.
masa akak nak balik umah dari ofis, ada keta bomba bunyikan sirens tapi lambat2 dia bergerak. Org dah bagi laluan, tapi keta bombanya slow kemain. Rupanya tengah cari jalan. Nampak masing2 terpinga-pinga je nak masuk simpang mana. Dari jauh nampak la asap tu.
Akak duduk area tu ke? Itulah. Kejadianpun masa orang tengah nak balik kerja. Jalan mesti sesakkan.
Kesian. Orang lain yang cuai, orang lain pulak yang kena. Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan tabah.
Itulah. Disebabkan orang lain, orang lain yang mendapat susah. Harap dapat la pembelaan dan sumbangan yang sewajarnya untuk semua mangsa.