• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / No Pain, No Gain

No Pain, No Gain

By Hazmin Hamudin | 7 November 2013 | 68 Comments

No Pain No Gain

Serius, dah lama sangat aku tak jejakkan kaki dekat gym ni. Hampir dua tahun jugak rasanya. Niat nak pergi tu dah lama ada, tapi tak jugak pergi. Betul la kalau nak pergi main besi ni mental kena kuat. Kalau tak memang sekerat jalan jela cita-cita tu.

Kalau dulu, gym Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya jadi tempat aku berkampung selepas balik kerja. Selang sehari mesti aku datang gym KBS ni. Nak kuatkan tulang yang dah kendur di gym KBS Putrajaya katanya. Siap nak tiru gaya blogger popular lagi masa tu. Tapi tu dulu la. Masa tengah rajin. Gym KBS Putrajaya tu pun boleh tahan jugak jauhnya.

Dekat dengan rumah aku ada gym baru bukak. Memang aku tak lepaskan peluang la nak beramah mesra dengan besi-besi ni balik. Gym pun boleh tahan jugak cantik. Siap ada studio sekali kalau rasa teringin nak menari. Haha.

Kalau dah lama tinggalkan gym ni bila nak mula balik memang sakit-sakit la badan ni. Siap sekali pakej ‘pancit’ masa lari atas treadmill. Haha. Takpa, no pain, no gain orang kata. Nak dapat hasil kena sakit dulu. Kalau tak mula sekarang bila lagi. Benda ni memang kena paksa.

No pain, no gain (or “No gain without pain”) is an exercise motto that promises greater value rewards for the price of hard and even painful work. Under this conception competitive professionals such as athletes and artists are required to endure pain and pressure to achieve professional excellence. -Wikipedia.

Daripada buat benda yang tak berfaedah, habis duit dekat benda yang tah apa-apa, baik aku layan gym ni. Lagi bagus. Peluh keluar, badanpun sihat. Harap kali ni lama la aku melekat dekat gym. Jangan jadi macam dulu lagi.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • sukma 12 November 2013 at 8:53 AM

    Badan sihat otak cergas

    Reply
  • zool 11 November 2013 at 9:49 PM

    badan berketak la lepas ni

    Reply
  • GP 11 November 2013 at 9:58 AM

    Pehh brader….aku mintak sgt kau baca website ini dan jangan marah akuuuu hahahahhahaha

    Reply
  • AUC 10 November 2013 at 6:13 PM

    perghhh berketak la badan pasni 🙂

    Reply
  • Aminin 9 November 2013 at 10:49 PM

    mantap bro,, bertambah mancho laaa lepas nie. Dah lama tak pi gym hurm jelous lak tgk bro kesempatan lak pi gym.. habis kerja malam boleh buat balik aktiviti lama nie…

    Reply
  • hafizmd 9 November 2013 at 6:13 PM

    terbaiklah bro!
    ni pakej bulan ke pakej tahunan bro?

    ada trainer sekali ke?

    Reply
  • TehR 8 November 2013 at 11:42 PM

    memang payah juga tu nak mulakan balik apa yang dah ditinggalkan
    semangat kena kuat

    Reply
  • ajumohit 8 November 2013 at 9:17 PM

    wahh2 chaiyok2 get ready utk weight challenge kan kan?? hehehe

    Reply
  • lizz 8 November 2013 at 7:34 PM

    Caiyok2betul tu dik no pain no gain..bagusla ader semangat gitu…akak ni kdg rajin kdg malas….hehe…akak cuma exercise ngan youtube jek tu pun jejarang… six pack la lepaih ni…hehe

    Reply
  • onlajer 8 November 2013 at 1:54 PM

    lepas ni bertambah mancho la bro hehe

    Reply
    • hafizmd 9 November 2013 at 6:13 PM

      kita tunggu dia posing 2 bulan lagi, dgn aksi yg sama….mesti ohsem!

      Reply
  • Zali 8 November 2013 at 12:46 PM

    Tahniah bro. Satu inisiatif yang hebat. Lepas ni mesti bro rasa lebih sihat dan cergas.

    Reply
  • blogger lelaki 8 November 2013 at 12:14 PM

    makin mnatap la bro lepas ni..ada six pack

    Reply
  • LydSunshine 8 November 2013 at 9:56 AM

    bagus. mmg elok habiskan duit utk perkara yang berfaedah mcm ni. Badan pun sihat.

    Reply
  • cik tom 8 November 2013 at 8:57 AM

    lama x gi gym…badan dah makin byk naik lemak..hehe

    Reply
    • hafizmd 9 November 2013 at 6:14 PM

      badan naik lemak, kita naik lemau….huhuu..

      Reply
  • Myra Jay 8 November 2013 at 8:49 AM

    Takpa demimu sixpack sakit pun tak apa..hehee

    Reply
  • kakiblog 8 November 2013 at 7:28 AM

    harap bro selepas ini..badan ketul-ketul

    Reply
  • Strider 7 November 2013 at 10:52 PM

    tengok daripada background nie nampak presentable gym nie..aku igtkan macam nie rupa gym KBS..mcm tak caya plak..hehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:26 PM

      Gym KBS ok jugak la bro. Ada dekat entri yang aku linkkan tu. Ala.. KBS punya murah2 kira sesuai la dengan bajet tu. Hehe

      Reply
  • Hafiz 7 November 2013 at 10:35 PM

    Okaylah belum kahwin ada masa layan gym…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:25 PM

      Boleh la. Lepas balik kerja tu ada la masa sikit. Tapi rasa bukan alasan kot dah kawin ke belum. Hehe

      Reply
  • Bahrain 7 November 2013 at 9:58 PM

    aku lagi tak pernah jejak lagi gym…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:24 PM

      Bdan ok tak jejak pun takpa bro. Jogging pun ok jugak dah.

      Reply
  • titan 7 November 2013 at 6:32 PM

    esok jangan lupa datang lagi tauuu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:24 PM

      Dah dua hari dah pergi gym ni. Lepas ni rehat kejap nak pergi holiday. Haha

      Reply
  • encikarman 7 November 2013 at 5:26 PM

    uish… ketul2 body lepas nih, caya lah bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:24 PM

      Haha. Takda la ketul2 bro. Nak buang lemak je ni.

      Reply
  • papa mifz 7 November 2013 at 5:10 PM

    den teringin jugak nak masuk gym , tapi tak menjadi kenyataan lagi…haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:23 PM

      Haha. Kalau tak dipaksa memang sampai bila2 pun tak jadi kenyataan PM.

      Reply
  • Joe 7 November 2013 at 2:43 PM

    Tak pernah pun pergi gym. Dulu pernah pergi sekali sebab nk main ping pong..
    Selalu aku main futsal kat shah alam je..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:23 PM

      Aik. Dekat gym pun ada ping pong jugak ke bro? Hehe

      Reply
      • Joe 8 November 2013 at 12:01 AM

        Tue mase aku kat U. baru baru je. Tahun lepas.

        Reply
  • anies 7 November 2013 at 2:10 PM

    tp jgn lps ke gym singgah warung mamak plak heheheheheeh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:22 PM

      Roti canai memang blacklist sekarng ni. Kalau order pun capati je. Hehe

      Reply
  • akubiomed 7 November 2013 at 1:54 PM

    Mahukan badan berketul perlu tentu dengan blogger Ben Ashaari.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:22 PM

      Ben Ashaari dah otai bab gym ni. Tak boleh lawan dia. Hehe

      Reply
  • Mizz Aiza 7 November 2013 at 1:32 PM

    yang penting badan sihat..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:22 PM

      Setuju.. Badan sihat tu memang sangat penting.

      Reply
  • tmm 7 November 2013 at 1:30 PM

    badan ketak2 la pas ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:21 PM

      Haha. Bukan senang nak dapat badan ketak2 tu bro.

      Reply
  • Nafira 7 November 2013 at 1:01 PM

    Haaaaaa… sokong sangat2!
    dari membazir ke bende yang tak berfaedah,
    baik melabur sket ke Gym. InsyaAllah sihat dapat, segak pon dapat.

    good luck yer. moga berjaya jadik pemenang contest diet anda. hehehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:21 PM

      Dah tak nak fikir contest diet tu. Confirm kalah punya. Sekarang ni nak bagi badan cantik je. Tak kisah berat naik ke apa. Hehe.

      Reply
  • lieyalatif 7 November 2013 at 12:16 PM

    wahhh bagus2…lagi sebulan sure ketak2 badan nie heheheheeh….. ish bagus tau exercise…jadikan rutin yeak….akak ko ni tahap buat sit up ngan squat jek laa kat umah sambil2 tgk tv….ekekekekeek

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:20 PM

      Bab ketak2 tu tak tahu la kak. Kena buang lemak dulu. Hehehe. Banyak sangat dah. Ala. Ok la tu akak still boleh jugak buat senaman dekat rumahkan.

      Reply
  • daddyziyyad 7 November 2013 at 11:55 AM

    Pokoknya, kena istiqomah 🙂
    Kalau tak …nak start all again tu yg payah…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:19 PM

      Itulah doc, dah terjadi dulu. Sia2 main gym sekerat jalan je. Hehe

      Reply
  • JR 7 November 2013 at 11:48 AM

    Saya paling tak suka pergi gym, penuh dengan besi kiri, kanan, atas, bawah…tak mesra mata langsung! Saya lebih suka joging 6 km sehari, dpt tengok matahari, awan, pokok dan bayu berhembus lesu….Dan satu lagi yg best nya tentang joging ialah Tuhan tak kenakan bayaran bila kita memijak buminya, tak seperti masuk gym kena bayar…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:19 PM

      Bergantung dengan tujuan dan citarasa masing2 jugak bro JR. Hehe. Selalunya orang pergi gym ni nak bentukkan badan bagi sedap sikit. Memang jogging di taman tak dinafikan memang best sebab pemandangan yang menarik.

      Reply
  • Potia casadelarossa 7 November 2013 at 11:40 AM

    bro.. bln 11 ni insha Allah kalau tak ada perubahan geng2 blogger adakan game painball kat cyberjaya.. jom lah join.. ramai ada… Bro framestmone dgn bro Ben pun ada… moh join…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:17 PM

      InshaAllah bro kalau ada kesempatan.. 🙂

      Reply
  • Potia casadelarossa 7 November 2013 at 11:38 AM

    bagus main gym ni… kalau lama tak main mmg sakit habis urat saraf ehehehe nak-nak lagi time bangun tido…

    dulu penah 3 tahun main gym.. tapi dah lama dah tinggal dekat 10 tahun dah tak jejak kaki kat gym… 6pax dah di COVER dgn ONE PAX… kenapa 1 pax??? sebab MUNCIT la ekekekekek

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:17 PM

      Wah.. dulu kira 6 pax la ni. Pergh. Sayang la tak maintain. Habis 1 pax berleluasa. Hehe

      Reply
  • azman 7 November 2013 at 11:03 AM

    Dah belas tahun tak pergi gym…hahaha alasan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:16 PM

      Haha. Kira ok la tu pernah pergi jugak belas tahun dulu.

      Reply
  • Cikgu Hairul 7 November 2013 at 10:11 AM

    Jangan cuma hangat-hangat tahi ayam bro. Nak kuat tulang, usaha juga kena kuat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:16 PM

      Itulah. Kali ni harap tak stop macam dulu. Kena teruskan. Tak ketul2 pun takpa asalkan badan sihat. Hehe

      Reply
  • JunAina 7 November 2013 at 9:55 AM

    Ni kena nekad baru mampu bertahan lama. Bukan setakat gym gi joging dan buat xcercise pun akak dah malas. Badan naik bising…ahahhaa…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:15 PM

      Memang saya nekad paksa diri pergi gym ni kak. Biar la keluar duit sikit. Kalau tak manja sangat badan ni.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 7 November 2013 at 9:49 AM

    Kalau nak upkan lagi semangat kat dalam gym ni, ada setengah orang suka dengar lagu mp3 sambil workout. Entah lagu apa, tak sure. The Eyes of The Tiger kot?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:14 PM

      A’ah. Ada yang workout sambil layan mp3 jugak. Bergantung kepada cita rasa masing2 rasanya. Aku rilex je lagi setakat ni. Haha

      Reply
  • suriaamanda 7 November 2013 at 9:44 AM

    SA jugak yang x start2 exercise lagi..masih belum boleh buat aktiviti berat..masih kena belajar berlari..sedang mengikuti fisio sesion….susah orang ada sakit ni…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:13 PM

      SA sakit apa ye sebenarnya? Takpa, slow. SA pun tak sihat nak buat aktiviti beratkan.

      Reply
  • t.a.t.a 7 November 2013 at 9:36 AM

    eh wei, macam mana program kurangkan kg itu hari? kasut jogging kau beli dah mula pakai?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 11:13 PM

      Sudah semestinya kalah. Member langsung tak makan nasi sebulan. Mana boleh tahan nak lawan orang macam tu. Haha. Kasut jogging tak beli lagi. Dah survey tp bajet lari la. haha. tunggu bulan depan baru beli.

      Reply
      • t.a.t.a 8 November 2013 at 9:04 AM

        oh it’s ok. there’s always next time kan?

        Reply
  • Farid Adam 7 November 2013 at 9:04 AM

    Kalau dah lama tinggal, liat juga nak mula balik ke gym…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 November 2013 at 9:17 AM

      Itulah. Kena paksakan diri jugak. Kalau tak paksa memang tak jejak punya.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tazkirah Jumaat | Pembaziran Yang Sering Dilakukan Manusia

By Hazmin Hamudin

Dapat Baju Melayu Percuma

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Valentine ?

By Hazmin Hamudin

Bertalan Bicskei Meninggal Dunia

By Hazmin Hamudin

Perbezaan Lelaki Handsome Dan Tak Handsome

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in