Gambar Majlis Resepsi Fasha Sanda Dan Jejai Di Perlis. Semalam telah berlangsung resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) di kampung halaman pengantin perempuan, di Kangar, Perlis. Pasangan ini mengabadikan Tasoh Lake Resort & Retreat sebagai meraikan hari bahagia mereka. Dan difahamkan idea bagi mengadakan majlis tersebut dicetus oleh ibu Fasha sendiri.
Lebih indah, bukan Fasha dan Jejai saja yang bersanding berdua, tetapi ‘bertiga’ dengan kandungan yang kini sudah berusia lebih satu bulan dan aktres yang sedang hangat menerusi drama bersiri Seindah Sakura ni ternyata sangat gembira dan bersyukur dengan apa yang kehidupan telah dilaluinya sekarang.
Dan lewat malam tadi, Fasha telah memuat naik beberapa keping foto di laman Twitter miliknya, untuk tatapan para peminat.
Bertemakan persandingan dalam taman menjadi pilihan Fasha Sandha, majlis berkonsep terbuka ni meriah dengan kehadiran lebih kurang 800 hadirin yang terdiri daripada keluarga, sahabat handai, para peminat serta pihak media. Turut hadir memeriahkan majlis, bekas menteri besar Perlis iaitu Dato’ Seri Shahidan Kassim dan beberapa orang kenamaan lain.
Pada majlis tersebut Fasha anggun berseri-seri mengenakan busana kebaya moden rona keemasan hasil sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini yang dilihat sedondon dengan Jejai yang segak lengkap bertanjak dan tengkolok.
Fasha dan Jejai telah selamat di ijabkabulkan pada 27 April lalu di sebuah majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Selang dua minggu kemudian aktres jelita ini berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi laman sosial twitter miliknya, mengkhabar, dia disahkan hamil.
Berikut beberapa keping foto sekitar resepsi pasangan suami isteri ini yang dipetik dari laman Facebook rasmi Fasha Sandha.
SEMOGA BERBAHAGIA KE SEPANJANG HAYAT DAN BERKEKALAN KEGENERASI DEMI GENERASI
moga fasha bertambah seri menjadi ibu and tahniah kepada fasha sandha yang menjadi kesayangan ku….may Allah bless fasha…whatever yang orang akan kata tapi fasha is the best to me…sweet fasha
Barakallah! Semoga mereka berbahagia 🙂
Harap mereka bahagia dan dapat hadapi semua dugaan.
Nampak gaya suasana persandingan Fasha Sanda dan Jejai didalam suasa yang ceria
Tu la, macam mana kutukan dan gosip pun nampak mcam mereka still happy lagi.
x abis ag jdik pengantin..huhuh
semoga bahagia sllu,amin