• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

By Hazmin Hamudin | 25 August 2014 | 63 Comments

Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

Awal pagi sabtu lepas aku dapat email daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Aku dapat email berkenaan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41. Alhamdulillah.. Aku ditawarkan untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Jawatan apa? Boleh tengok dekat atas tu. Best jugak aku rasa kalau dapat jawatan beruniform ni. Penguasa Kastam Gred  W41 merupakan jawatan kerajaan yang dikategorikan dalam kumpulan pengurusan & profesional. Bernaung di bawah Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia (KDRM). Bunyipun macam dah hebatkan. Lagi hebat kalau aku dapat lulus peperiksaan ni dengan jayanya.

Peperiksaan jawatan Penguasa Kastam Gred W41 ni akan diadakan pada 6 September 2014 dan dijalankan secara online. Dah takda dah secara bertulis macam dulu-dulu. Pertama kali aku nak jawab peperiksaan SPA ni secara online.

Dengarnya sebelum ni ramai yang tidak puas hati dengan peperiksaan secara online untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam W27. Banyak juga masalah yang timbul apabla peperiksaan secara online dijalankan. Harap pihak SPA memandang serius perkara macam ni dan tidak akan berulang lagi untuk peperiksaan Penguasa Kastam W41 ni.

Pihak SPA juga ada menganjurkan Kursus Khas Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred W41. Semua calon digalakkan menyertai kursus tersebut. Aku dahpun daftar untuk turut serta. Maklumlah masih kurang info berkenaan dengan peperiksaan Penguasa Kastam ni. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak aku info berkenaan dengan peperiksaan nanti.

Ada ke rakan blogger mahupun pembaca blog aku ni yang terpilih? Bagi yang disenaraikan sebagai calon peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 ni, aku ucapkan tahniah. Sudah semestinya persediaan rapi akan dibuat kalau ingin lulus dengan cemerlang. Kalau ada tips yang menarik bolehlah kongsikan bersama dengan orang lain di sini.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • siti 9 September 2014 at 12:08 PM

    ok spa dh panggil tuk second batch exam..member ada tanya hari tu dia xdpt save some of the questions (button orange=xsave), so dia tny boleh ke dia repeat exam?boleh ke ek?ai hari tu jwb semua(half hentam) button hijau(means dh jawab) tapi bila tengok kt atas ‘soalan telah dijawab = xfull pun(eg: 183/200)’..hemm..system save x jawapan ai ek?

    Reply
  • Nor via 7 September 2014 at 10:23 PM

    alhmdulillah dpt jwb sume section….tp A n B…dpt soalan pas 20 mnt mse brlalu…section c ok sume brjwb tp….de yg xley save jwpn….hrp2 de rezeki lulus.amin.

    Reply
  • nina89 6 September 2014 at 1:45 PM

    alhamdulillah lpas tggu agak lame dpt jgk jwb ketiga2 seksyen.. bile ek bole tw result?

    Reply
    • fatin 6 September 2014 at 8:11 PM

      Btoi 2,ble blh taw result??
      Mcm mne nk cek result kte??

      Reply
  • fiedz 6 September 2014 at 10:49 AM

    So kesimpulannya..x yah le tnggu lg..try call SPA diorg x nk angkt.(.ada bunyi tut tut.. tp diorg tnggu telefon tu off sndr)..canggih tul sistem SPA ni..apa pn x buleh..tgk PC lama2 pn da rasa mcm nk wat beger bakor je ni..all d besh bg yg berjaya menembusi talian ek..yg x dapek tu mari le kta bergumbira..(mkn kepok lekor pn sedak ni..wakakaka)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2014 at 11:30 AM

      Awak kena hubungi SPA semula lepas ni untuk duduki peperiksaan semula. Jangan putus ada. Mesti SPA akan pertimbangkan.

      Reply
  • nadiah ghafar 6 September 2014 at 10:42 AM

    nak nangessss……’menunggu persediaan peperiksaan’ dari tadi jugakkk..da try call spa.setelah percubaan ke 180 kalinye baru brjaye tembuss..then…die suhh tungguuu je sampai server brjaye..what the sangatt!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2014 at 11:29 AM

      Saya dah selesai jawab bahagian A & B. Memang sangat susah untuk bahagian B. Tak cukup masa.

      Bagi yang tak berjaya nak jawab langsung tu, saya nasihatkan hubungi SPA lepas ni untuk duduki semula peperiksaan. Jangan risau sebab SPA pasti akan pertimbangkan. Kita cuma perlu maklumkan kepada mereka sahaja. Ini apa yang saya dapat masa menghadiri taklimat.

      Reply
  • fiedz 6 September 2014 at 10:30 AM

    Seriously this is THE WORSSSTT paper exam sitting yg sy da prnh wat..da 1 setgh jam server still x leh nk log in (still in caption “MENUNGGU PERSEDIAAN PEPERIKSAAN”..frust x yah citer le..klu x dpt pn job ni at least da usaha utk jwb exam da kira syukur sgt..tutup je le carik keje len..ha3..(tawa dlm tangisan ni..(!. _.!)..

    **better exam bertulis lg klu da cenggini rupe ny..payoh tul lagu ni..(sesi meluahkn perasaan)..time 2 continue tarik selimut..zzzzz

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2014 at 11:27 AM

      Saya dh jawab bahagian A & B. Serius bahagian B sangat susah dan tak cukup masa nak jawab. Banyak main hentam jela.. Sian kepada awak yang tak dapat tembus server..

      Reply
  • Missy Toothy 4 September 2014 at 3:51 PM

    Good Luck Bro Hazmin.. saya pun dapat jugak exam ni.. nervous yang teramat sangat… ada yang jual buku contoh soalan tapi saya tak sempat nak beli… cuma usaha dan tawakal je la.. semoga kita sama2 berjaya untuk besok ye..:)

    Reply
  • yani 28 August 2014 at 12:10 PM

    Salam, nak tanya.. awk dah pergi taklimat kursus on9 tu kan? apa je yg dia bgtau. leh share tak.. dia check nama ke masa nk masuk dewan? sy pilih putrajaya..

    Reply
  • Syami 28 August 2014 at 11:21 AM

    Saya juga calon exam ni. Ni 1st exam utk jawatan kerajaan, good luck semua 🙂

    Reply
  • riyadhrizqin 27 August 2014 at 12:31 PM

    tq…bro so apa maklumat yang spa sampaikan..kalu setakat panduan exam rasanya xberbaloi aku nak pergi untuk tapi kalu tips exam ok gak…boleh tak aku tahu apa yang spa sampaikan..terima kasih bro

    Reply
  • riyadhrizqin 27 August 2014 at 11:38 AM

    salam bro..aku dapat jugak exam online tp aku kompius kat sini cam ko ckp kan

    Pihak SPA juga ada menganjurkan Kursus Khas Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred W41. Semua calon digalakkan menyertai kursus tersebut.

    aku dah daftar kursus tarikhnya kira lusa 29.8 tapi xde makluman pun dr spa tempat mane nak kursus tuh ko tahu x.kalu tahu give ar info ckit.tq

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 11:52 AM

      Wasalam bro. Aku adh pergi dah kursus tu semalam bro. Ada juga aku buat entri terkini. Rasanya alamat dan tempat ada dinyatakan masa bro pilih tarikh tu. Kalau dekat Selangor/KL dekat Putrajaya.

      Reply
  • ikhwan 27 August 2014 at 11:35 AM

    kepada calon-calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan, tahniah saya ucapkan 🙂

    Reply
  • Ismail N 27 August 2014 at 8:24 AM

    Ramai gak promote mende ni.. Adehh payah ke exam kastam ni?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:29 AM

      saya tak promote pun soalan yang dorang jual tu. Hehe. InshaAllah kalau persediaan cukup pasti boleh jawab punya.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 26 August 2014 at 4:40 PM

    Good luck.

    Bagus juga buat periksa online ni, jimat masa. Takda susah-susah nak kena ambik cuti bagai.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:28 AM

      Itulah. Banyak jugak kebaikan sebenarnya. Tapi yang buruk-buruk je selalunya orang akan nampak. Hehe. Terima kasih ye bro.

      Reply
  • Mrs. A 26 August 2014 at 4:04 PM

    Good luck!
    Uniform kastam sangat segak dan bergaya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:27 AM

      Terima kasih Mrs. A. Hehe

      Reply
  • Hafizul 26 August 2014 at 3:31 PM

    Hehe..terbaiklah bro..gud luck nanti yer..lepas tu boleh la kongsikan pengalaman exam online ni…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:27 AM

      Terima kasih ye bro. InshaAllah kalau takda apa boleh dikongsikan bersama.

      Reply
  • suriaamanda 26 August 2014 at 3:06 PM

    Hari ni adik SA interview…dpt dari SPA gak la..just x ingat pegawai apa ntah…apa pun good luck HH…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:27 AM

      Terima kasih SA. Wah. Untung adikkan. Harap terpilih la adik tu.

      Reply
  • zennaya 26 August 2014 at 1:29 PM

    samala saya pun. Saya exam 6/9 juga. saya tak tau apa2 pasal kastam. saya apply ari tu pun sekadar isi borang online aje. tapi bila saya surf keje kastam ni,cam ok. saya x pernah periksa online,saya periksa atas kertas dah 8 kali,mcm2 jawatan. saya harap periksa online xde pape masalah,tapi saya rasa periksa atas kertas lagi mudah,klu online ni klu ramai sangat tak stuck ke dalam web SPA?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:26 AM

      Menurut SPA mereka baru lagi melaksanakan peperiksaan secara online ni. kalau ada silap sikit-sikit tu buasa la kan. Kena hubungi mereka kalau ada apa-apa masalah. Apa-apa pun semoga berjaya ye.

      Reply
  • onlajer 26 August 2014 at 11:45 AM

    semoga berjaya bro, zaman sekarang tak sama macam zaman dulu, asal ada borang , surat sokongan Insha Allah dapat, tapi sekarang kena periksa yang benar – benar layak baru terpilih

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:24 AM

      Itulah. Bagus jugak dia buat macam tu. Baru sistem tu nampak adil dan yang betul-betul layak terpilih. Terima kasih ye .

      Reply
  • 4feet8 26 August 2014 at 11:06 AM

    selamat berjaya min..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:23 AM

      Terima kasih ye nanie.

      Reply
  • Hairul Hissam 26 August 2014 at 10:53 AM

    semoga berjaya bro…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:21 AM

      Terima kasih ye bro.

      Reply
  • anies 26 August 2014 at 9:24 AM

    all the best ya…

    p/s ayah bdk tu mrh sbb ank dia kena langgar…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:21 AM

      Terima kasih ye anies.

      Reply
  • HarfizBizstudent 25 August 2014 at 11:22 PM

    Dengar kata calon kali ni memang ramai… beribu-ribu orang.. semoga berjaya bro 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:21 AM

      Memang ramai pun bro. 105k orang calon. Terima kasih ye.

      Reply
  • wazy 25 August 2014 at 10:39 PM

    Selamat berjaya bro,kena bersedia fizikal dan mental juga ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:20 AM

      Terima kasih bro. InshaAllah akan persiapkan diri sebaik mungkin.

      Reply
  • cik siti 25 August 2014 at 10:00 PM

    fuhh, ramainya yang apply kastam…good luck ya ^^

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:19 AM

      cik siti pun apply ke? Hehe. terima kasih ye.

      Reply
  • zool 25 August 2014 at 9:42 PM

    terbaik ni.. fizikal dan mental kena sedia

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:19 AM

      Itulah. Terima kasih bro. Harap dapat lepas dengan jayanya.

      Reply
  • hikaru 25 August 2014 at 9:09 PM

    tahniah.

    semoga berjaya menjawab soalan dengan gembira. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 10:19 AM

      Terima kasih.

      Reply
  • suri 25 August 2014 at 9:04 PM

    kalau dapat temuduga terus pergi kalau tak dapat job tu tak apa sebab kita dah ada pengalaman. takat ni tak pernah ada pengalaman temuduga kastam cuma pernah pergi dua kali jer perguruan dan kesihatan moga berjaya ya 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 9:53 AM

      InshaAllah suri. Kalau dapat memang nak pergi dan takkan sia-siakan peluang yang diberi.

      Reply
  • Ezad Skytech 25 August 2014 at 8:55 PM

    Tahniah bro…semoga lulus exam dengan lulus dan cemerlang nanti… 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 9:52 AM

      Terima kasih ye bro. InshaAllah.

      Reply
  • Mus 25 August 2014 at 4:12 PM

    semoga suksess bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2014 at 9:52 AM

      Terima kasih ye bro.

      Reply
  • akubiomed 25 August 2014 at 1:44 PM

    Tanniah bro. Kalau nak tengok contoh soalan boleh rujuk di sini –> http://goo.gl/vqcYOj .Harap membantu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 August 2014 at 1:56 PM

      Terima kasih bro. Rasanya link yang bro bagi tu untuk Penolong Penguasa Kastam. Baru je lepas untuk yang tu.

      Reply
      • akubiomed 25 August 2014 at 2:02 PM

        Oh okay. Tidak perasan gred di berbeza.

        Reply
        • Hazmin Hamudin 25 August 2014 at 2:11 PM

          Takpe bro. Terima kasih untuk link. Rasanya akan menyusul juga contoh soalan untuk gred 41 tak lama lagi.

          Reply
  • Kakzakie Purvit 25 August 2014 at 12:38 PM

    Insya-Allah lepas ini naiklah tangga gaji.
    Kakak doakan dari jauh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 August 2014 at 1:55 PM

      Terima kasih kakak. Kalau ada rezeki, inshaAllah naik tangga gaji tu.

      Reply
  • Zali 25 August 2014 at 12:37 PM

    Tahniah bro. Semoga lulus dengan cemerlang. Amin.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 August 2014 at 1:55 PM

      Terima kasih bro. Amin.

      Reply
      • Zul 27 August 2014 at 6:05 PM

        Exam ini tak jauh beza dengan PTD dan PTM. Kedua-dua exam saya pernah duduk..biasala prepare juga tpi GAGAL.. cuma sekali dipanggil untuk PTM sebelum dilaksanakan exam..GAGAL juga..hopefully exam ini boleh PASS..

        Reply
      • iammisslifesaver 10 September 2014 at 8:41 AM

        Saya dah semak result kastam baru2 ni. Alhamdulillah lulus.Step lepas ni interview. Tapi macam pelik takde pemeriksaan fizikal. urmmm 😉

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kemalasan Melanda

By Hazmin Hamudin

Daudsu Terlibat Dalam Kemalangan

By Hazmin Hamudin

Semakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012

By Hazmin Hamudin

Whitney Houston Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung Dan Dadah

By Hazmin Hamudin

Semakan Keputusan SPM 2011 Secara Online dan SMS

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in