Nampaknya tiga bulan pertama tahun 2013 tidak memberikan prestasi yang baik kepada blog aku. Mana tidaknya, sepanjang bulan Januari hingga Mac ni hanya beberapa entri sahaja yang sempat dikemaskini menyebabkan ranking Alexa semakin menurun. Memang jauh tersasar daripada sasaran yang sepatutnya. Ini sudah pastinya memberikan kesan kepada jumlah trafik yang masuk ke blog di mana semakin hari semakin berkurangan. Permainan SEO juga sudah tidak digunakan lagi menjadi penyumbang kepada penurunan trafik yang mendadak.
Akibat trafik yang semakin berkurangan, sasaran untuk menaikkan ranking Alexa di bawah 200 ribu (nombor yang semakin menurun yang dimaksudkan) tidak menjadi. Malah ranking Alexa semakin hari semakin menurun menghampiri 300 ribu. Pening juga kepala apabila melihat penurunan ranking Alexa ni. Nak naikkan bukan main payah, tapi nak turunkan laju je. Tak payah nak pening sangat sebab salah sendiri jugak jarang kemaskini entri.
Bagi sesetengah orang mungkin tiada apa-apa kesan atau masalah dengan turun naik Alexa ni. Boleh tutup sebelah mata je atau ada yang tak tahu lagi Alexa tu apa? Bagi aku, ranking Alexa ni lah pemberi semangat untuk aku berblogging. Hehe.. Alexa memanglah perkara kecil tapi tidak juga boleh diremahkan jika anda menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan. Kebanyakan pengiklan akan memilih blog yang mempunyai ranking yang terbaik kerana andaian mereka blog tersebut sudah pasti mempunyai trafik yang tinggi juga.
Semalam (6 Mac 2012) sempatlah crop ranking Alexa iaitu 290,460 (Global rank) manakala 3,976 (Malaysia rank). Alhamdulillah hari ni pengurangan nombor dapat dilakukan iaitu 289,059 (Global rank) dan 3,767 (Malaysia rank). Harap lepas ni aku dapat kembali semula kepada landasan yang betul untuk mencapai sasaran seperti yang diharapkan. Memang bukan kerja yang mudah, tapi ianya jugak tidak mustahil untuk dilakukan.
Data alexa dah tak bergerak walaupun update tiap2 hari… dulu walaupun update2,3 hari sekali ada jugak peningkatan,skrg dah statik. Hu pening2… ada sesiapa tau kenapa ?
Dah naik balik tu… Boleh maju lagi ehhh insya-alllah…
Tahniah bro!
Nampak makin slim. Hari ni dah 265k. Terbaiklah!
aku rasa blog aku memang alexa letak limit tidak boleh lepas 200,000 ke atas…dah dekat mesti naik lagi hehe
takpe, kadang memang mcm tu…
saya memang pantang kalau alexa merajuk..kena pujuk cepat2..kalau tak memang mood blogging akan terganggu..habis..hehe
hahahaha..naik turun tu dah jadi trademark alexa =)
xpelah, jgn la sedih sgt. teruskan melangkah. biarlah kayuhan tu lambat sikit asal tak jatuh je. ok, nak lari pun boleh tapi pandang depan tau.. hehehe, boleh tu awak. cuma kena kerja keras lg =)
kawan punya wp masih tak turun2 lagi heh
ranking alexa sy dah no data sbb baru tukar domain semalam.
erm..
kne rjin update entri klu nk ranking yg bgos, at least 2 entri sehari..
p/s:byk tu site link in..share ckit bole
Saya jarang2 check, sebab sakit hati masih terperosok di bawah….hehehehe..
Hehe.. JR tah2 lagi hebatkan
gila bagus alexa ranknya. jauh nak banding dengan saya.berjuta lagi
Ala.. Sekarang berjuta, lepas ni tah2 ratus2 je kan
oklah nih…luqmannye lagi tewuk..hehehe..thnx singgh arepnakbebel.com
memang susah nak mantain alexa
sabar ya….. kena maintain trafik dan update blog secara konsisten… boleh usaha lagi ni… jangan putus asa…
Inshallah kak.. Tengah berusaha ni.. Hehe.. Harap brjaya la
Alamak!!! Akak mmg tak tau ape alexa ni….selame ni dok tulis je blog n x reti pasal ranking2 nih…
Ala.. Blog akak dah hebat tu… Hehe.. Tapi kalau akak ambik tau pasal Alexa ni mesti lagi hebat.
emmmm tak berapa pandai dgn alexa ni, takpe smgt untuk berblogging 😉
Itulah.. Pemangkin semangat je.. Ada jugak sasaran untuk berblogging ni kak.
nanti, lama-lama naiklah. hehe..
Kalau dah orang yang pakar berkata begitu, saya turutkan je. Hehe
Usaha tangga kejayaan bro….
Itulah.. Perlukan usaha yang lebih untuk berjaya.
Ubat Alexa ini perlu selalu kemas kini blog.
Bro hebat dalam permainan Alexa. Terima kasih untuk tips.. 🙂
masih lagi berada dalam keadaan yg memuaskan. tingkatkan usaha bro dlm berblogging. update blog dan blogwalking. nanti ianya pasti akan ok nanti
Itulah… Memang kena sentiasa update blog setiap hari dan teruskan blogwalking
betul alexa kalau jarang update memang menaik je ranking tu..
setuju…nak naik mmg payah, tapi nak menjunam kamain laju kan…hehexpe bro, perlahan2 kayuh yer…:)
InshaAllah bro, akan cuba capai sasaran seperti yang dikehendaki. Hehe
in shaa Allah boleh kejar semula
dulu saya pun pernah cecah 100k in world dan 600 in malaysia..
10 bulan tak update tak apa, 10 kali ganda naik.. sekarang tengah usaha nak kejar semula
Wah.. 10 bulan tak update blog confirm sedih tgk alexa tu kan. hehe
sedih sangat. tapi sekarang sudah rasa lega… alexa bergerak dengan baik sekali.
jemput kawan-kawan review blog ini kat alexa ramai-ramai,,,pasti cun ranking tu.
Terima kasih bro untuk tip tu.. Nak cuba praktikkan pulak
setakat ni, aku SEO x berapa kisah sangat, janji paling kurang semingu kena ada paing kurang dua artikel pon dah cukup lah, hehehe
Hebat tu seminggu dua artikel pun trafik dah kencangkan bro..
takpe, maknanya kena selalu update la lepas ni.hihi
Itu sudah semestinya kalau nak kekalkan prestasi berblogging. Hehe
terus nak check ranking alexa sendiri…hahaha
Check jangan tak check doc… Hehe
ala akak punya lagi teruk aaaa
Tapi akak punya income lagi best.. hehe
kira ok dah tu bro
kayuh perlahan2… pasti tercapai jg nnti 😉
InshaAllah bro.. Sedaya upaya merangkah, berjalan dan terus berlari. Hehe
dan jangan toleh kebelakang dah hehehe
assalamualaikum….singgah sini ..turun naik mcm kat bursa saham je dah haha…
Waalaikumsalam. Hehe.. Kalau turun naik bursa saham lagi memeningkan kepala.
sama la..alexa blog sy pun menurun dan agak x stabil..kejap turun kejap naik..tp x byk beza..kdg letih jgk hendak melayannya kan..
Betul tu ibu, letih nak melayan Alexa ni. Tapi kena letakkan penanda aras baru ada semagat sikit nak berblogging.
Tahniah,nak lagi pantas alexa turun,anjurkan contest dan syarat contest tu backlinkkan ke entri penganjur…
Terima kasih bro. Tak pernah lagi anjurkan contest ni. Rasa macam ‘noob’ lagi pulak. Takut tak menjadi contest tu. Hehe..