• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin | 2 December 2014 | 37 Comments

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi ni baru lagi dibuka di Bangi Sentral. Kawasan lot kedai ni baru sahaja siap dibina dan tak banyak lagi kedai yang buka. Ini bukanlah pertama kali aku makan mee tarik ni. Sebelum ni dah pernah cuba makan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi.

Pertama kali makan dekat sini, tak sangka pelanggan sangat ramai. Sampaikan aku sendiri terpaksa berdiri untuk menunggu giliran sambil-sambil mencari meja yang kosong. Biasalah kalau restoran baru bukak memang macam ni la keadaannyakan. Pandai-pandai la layan diri cari meja sendiri di sini sebab takda pun pelayan yang akan layan dan carikan meja untuk kita.

Menarikkan cara pembuatan mee tarik ni sudah semestinya mee tu ‘fresh’ sebab bila kita order baru diorang akan tarik-tarik mee tu. Memang bebas daripada bahan pengawet ataupun asid borik yang selalu ada pada mee kuning tu.

Menu Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

Antara menu yang terdapat di Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi. Pelanggan boleh memilih dari hidangan mee  tarik sup, basah atau kering. Kalau tak makan mee, boleh juga memilih pelbagai nasi goreng di sini.

Kebanyakkan harga nampaknya dah naik berbanding dengan harga semasa aku makan di Sungai Besi. Rasanya semua faham akan situasi macam ni. Nak tunggu turun harga? Memang tak la jawabnya.

Mee Soup with Braised Beef

Mee Soup with Braised Beef. Boleh dikatakan sedap jugak dengan kuah yang sedikit pedas. Kalau cuaca sejuk memang sedap makan yang bersup dan pedas macam ni. Boleh order lagi kalau datang sini.

Wet Mee with Ziran Mutton

Wet Mee with Ziran Mutton. Bagi yang gemar mee basah dengan daging kambing. Menu ni pun boleh dikatakan pedas jugak.

Toothpick Lamb

Toothpick Lamb. Menu ni boleh dikatakan menjadi kegemaran kebanyakkan pelanggan di sini. Boleh dikatakan ramai yang order Toothpick Lamb ni. Daging kambing dengan rasa rempah yang sedap dan lembut. Memang sedap. Rasanya memang wajib cuba jika datang ke sini. Cuma harganya sedikit mahal iaitu RM26.

Kesimpulannya, bagi penggemar mee boleh la cuba Mee Tarik ni sebagai kelainan. Jika korang berkeinginan untuk berkunjung ke sini, restoran ini terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Boleh rujuk dekat alamat di bawah ni.

Alamat Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
Cawangan BANGI,
No. 3-47-01, Common Area,
Jalan Medan,
Pusat Bandar Bangi Sentral,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Tel : 017-3589168
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Vixalexa 10 March 2016 at 11:32 AM

    Membuat aku jadi lapar 😀

    Reply
  • sharinginfoz 2 August 2015 at 4:47 PM

    Tak pernah cuba mee tarik ni, dah banyak kali tengok tapi belum berkesempatan

    Reply
  • tokanjang84 23 March 2015 at 11:37 PM

    Wah..lapas ni blh lepaskn rindu kat kedai ni.. biasa klaw gi china memang laa mee@mee tarik ni lah pilihan no1 aku.skrg kt malaysia pon da ada aku suka…

    Reply
  • nur zayyani liman 22 March 2015 at 12:19 PM

    Teringin nk rasa mee fresh yg bru ditarik..maybe lbih sedap dr mee biasa

    Reply
  • SaniYunus 17 March 2015 at 9:01 PM

    Tak pernah lagi makan Mee Tarik ni…selalu makan mee tolak aje…

    Reply
  • Nuha Nawawi 5 March 2015 at 7:15 PM

    dah cuba, suka air yang ada laici kering tu dan mee sup dengan daging plus the chopstik.
    http://bandarbarubangi2u.blogspot.com/

    Reply
  • Adam Roslan 19 February 2015 at 12:36 PM

    Cantek, berselera nampak. Lepasni boleh serang restoran ni.

    Reply
  • Anim 16 February 2015 at 4:48 PM

    feveret encik suami kak anim ni. . boleh terjah ni

    Reply
  • Online Mama 5 February 2015 at 2:43 PM

    Tengok je pun dah rasa fresh 🙂 wajib cuba ni bila ada ke bangi.

    Reply
  • Jari Manis 4 February 2015 at 9:40 PM

    Assalam Hazmin…waduh..sudah lama JM x singgah sini kan..Mee Tarik dh ada cawangan di Bangi? ini berita baik. Boleh try dan compare Mee Tarik yg JM pernah mkn di Gulin dan Guangzhou..rasa sama ke tidak nanti 🙂

    Reply
  • Najib Ariyan 31 January 2015 at 2:43 PM

    Wahhh tempat makan baru lah… best nya mee tu mee ni… orite kalau ke sana nak try kambing cucuk gigi lah… best nampaknya…

    salam singgah

    Reply
  • gp 25 January 2015 at 9:40 PM

    Aku baru nak pergi haritu. Cek2 wallet xde sen. cilakak

    Reply
  • Hanafi Abdullah 15 January 2015 at 6:55 PM

    ada peluang boleh gak pergi nie..

    Reply
  • ahmadyani 28 December 2014 at 3:51 PM

    Harganya boleh dikatakan murah. Banyak juga bawah RM10..

    Reply
  • AZENI AHMAD 24 December 2014 at 1:06 PM

    Menarik.
    Mesti lebih sedap rasa bila mee buat sendiri kan.

    Reply
  • Mohd Norzali 12 December 2014 at 3:04 PM

    Saya selalu order teh tarik jer. Lepas ni boleh la cuba mee tarik pula.

    Reply
  • jeBateja 10 December 2014 at 1:27 PM

    Den nak gi dah hari tu…..bos belanja….sakit mata plak….

    Reply
  • Qider 5 December 2014 at 9:57 PM

    Walaupun dekat tapi masih lagi belum sempat makan di sana..Kat sungai besi selalu dah makan..

    Reply
  • Cik Iman 5 December 2014 at 12:51 PM

    alamak tergoda CIk Iman tengok mee tarik tuuuu

    Reply
  • LydSunshine 4 December 2014 at 4:47 PM

    Waktu beroperasinya pula? Siang2 hari dah buka tak?

    Reply
  • ema 4 December 2014 at 12:56 PM

    banyak kali juga singgah kedai mee tarik warisan di sungai besi, tapi tempat lain tak pernahlah lagi…. owner orang yang sama jer kan…sebab tengok gambar di menu tu, selalu jumpa di sungai besi…. memang harganya dah tinggi sikit berbanding dulu..

    Reply
  • ikhwan 3 December 2014 at 7:30 PM

    boleh singgah lepas ni, tak jauh dari tempat kerja.

    Reply
  • Sylarius Yusof 3 December 2014 at 12:12 PM

    Aku penggemar mee. Tapi, asal makan mee je, sure perut meragam. Aku syak, kandungan kimia dalam mee kuning kot yang buatkan perut aku meragam. Sebab makan bihun, orait je takda apa masalah.

    Mungkin, aku boleh try mee tarik ni bila ada kelapangan.

    Reply
  • MamaBard 3 December 2014 at 11:45 AM

    menu last tu nampak menarik..tapi harganya menggigit jari..hehe…

    Reply
  • anies 3 December 2014 at 11:23 AM

    wet mee tu mengancam selera la!

    Reply
  • Miracle Vitamins 3 December 2014 at 6:56 AM

    Mee dia memang sedap, tapi restoran ni memang selalu full. Masa pegi hari tu pun berduyun orag, siap tunggu giliran nak duduk

    Reply
  • akubiomed 2 December 2014 at 10:21 PM

    Sangat mengiurkan. 🙂

    Reply
  • blogger lelaki 2 December 2014 at 5:04 PM

    macam sodap je mee tarik nie bro

    Reply
  • zool 2 December 2014 at 4:47 PM

    terliur je nampak makanan ni.. dah le lapar ni

    Reply
    • achie 17 January 2015 at 3:13 PM

      gogel makan.lalu kat sini..kelaparan makin bertambh dibuatnya..

      Reply
  • titan 2 December 2014 at 4:19 PM

    Nampak macam sedap je daging kambing pencungkil gigi tu..

    Reply
  • Mrs. A 2 December 2014 at 4:17 PM

    ermmmm… toothpick lamb tu nampak sedapnya.
    Nice sharing rasa macam nak ke sana la pulak.

    Reply
  • Myra Jay 2 December 2014 at 3:18 PM

    Tetiba perut berkocak kelaparan 😀

    Reply
  • adarain 2 December 2014 at 3:06 PM

    Dekat dengan tempat aku ni tinggal tunggu masa nak pergi je tempat ni.

    Reply
  • yui 2 December 2014 at 1:51 PM

    Kalaula ad di ipoh blh gak try.

    Reply
  • JR 2 December 2014 at 11:42 AM

    Mengapa semua menu di belakangnya ada 80 sen? Genapkan RM1 aje kan senang…
    Nasi goreng tarik tak ada ke..?

    Reply
  • ewanthology 2 December 2014 at 9:30 AM

    sabtu lepas saya ke bangi pun baru perasan kewujudan restoren ni, sebelum ni rasanya ada nampak kat area jln Tar kot. Anyway saya bukan penggemar mee so lambat skit kot nak ke situ untuk rasa masakannya…tetapi oleh kerana saya minat kambing, toothpick lamb tu nampak macam mengujakan untuk dicuba 🙂

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Semakan Keputusan SPM 2011 Secara Online dan SMS

By Hazmin Hamudin

Dapat Baju Melayu Percuma

By Hazmin Hamudin

Ni Baru Seminggu Tak Online

By Hazmin Hamudin

Selamat Pengantin Baharu Kepada Asyrin Ramli dan Pasangan

By Hazmin Hamudin

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 Di Dataran Merdeka

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in