Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi

by Hazmin Hamudin on 15 September 2012

in Makan-Makan

Mee Tarik Warisan Asli 1

Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi. Malam semalam aku sekeluarga cuba tempat makan baru pulak. Kali ni aku nak berkongsi sebuah restoran cina muslim, iaitu Restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Sungai Besi. Ni semua gara-gara terpengaruh bila tengok menu kedai ni dekat blog-blog sebab nampak macam menyelerakan.

Mee tarik ni sebenarnya berasal daripada China. Mee tarik dibuat dengan menggunakan tangan, daripada ‘dough’ yang besar, kemudian ianya ditarik-tarik sehingga terbentuk menjadi mee yang halus di celah jari jemarinya. Menarikkan cara pembuatan mee tarik ni. Mee tu memang ‘fresh’ sebab bila kita order baru diorang akan tarik-tarik mee tu. Memang bebas daripada bahan pengawet ataupun asid borik yang selalu ada pada mee kuning tu.

Nama kedaipun dah mee tarik, sudah semestinya makanan utama di sini adalah mee. Tapi bagi yang nak makan nasi, terdapat jugak pelbagai pilihan nasi yang boleh diorder.

Antara menu-menu yang terdapat di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi.

Mee Tarik Warisan Asli 2

Harga mee tarik ni antara RM7 – RM10 sepinggan mungkin mahal bagi sesetengah orang. Tapi portion mee tersebut memang banyak bagi setiap pinggan dan sememangnya berbaloi untuk dicuba. Aku sendiripun penat jugak nak abiskan mee tu sebab banyak.

Mee Tarik Warisan Asli 3

Air Chinese Ba Bao Tea ni pelayan kedai tu yang recommend masa nak order air. Ni pertama kali aku minum air Chinese Ba Bao Tea ni. Sedap jugak rasa air ni. Harga air ni RM3.50 segelas.

Mee Tarik Warisan Asli 4

Mee yang aku order adalah Fungus Noodle with Meat yang beharga RM8. Fungus tu sebenarnya adalah cendawan.

Mee Tarik Warisan Asli 5

Menu ni adik aku yang order. Akupun tak ingat apa nama menu ni. Rupa macam kuey teow beserta dengan daging. Mee ni juga di tarik untuk dibuat seperti mee-mee yang lain.

Mee Tarik Warisan Asli 6

Yang ni adalah Toothpick Lamb yang beharga Rm24. Menu ni memang sangat sedap. Daging kambing yang diperap dengan pelbagai rempah bagi menghasilkan rasa yang sedap. Menu ni agak pedas mungkin kerana rempah ratus yang digunakan. Berpeluh aku makan kambing ni.

Mee Tarik Warisan Asli 7

Kesimpulannya, mee tarik dekat Restoran Mee Tarik Warisan Asli ni memang sedap. Mungkin akan datang semula ke sini untuk cuba mee tarik yang lain pula. Kalau yang nak cuba kelainan mee tu boleh la datang cuba dekat sini.

Bagi yang nak terjah Restoran Mee Tarik Warisan Asli Sungai Besi ni, aku sertakan sekali alamat untuk memudahkan korang semua cari.

Alamat Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.

Incoming search terms:

  • mee tarik warisan asli
  • mee tarik sungai besi
  • mee tarik warisan asli sungai besi alamat
  • mee tarik warisan asli sungai besi
  • mee tarik sg besi
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • ema 20 December 2012 at 1:46 PM

    akak dah 5 kali singgah kt sini

  • sarasakeena 21 November 2012 at 11:50 AM

    blum jumpa lagi… ;(

  • sarasakeena 18 November 2012 at 12:09 AM

    bleh bg direction or map x nk g sini… try google map tp xmembantu la..

    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:39 AM

      Maaf lewat memberi maklum balas. Puan sudah jumpa restoran tersebut? Kalau belum, saya boleh bagi map ke restoran tersebut.

  • Sueskopio76 17 November 2012 at 11:04 PM

    Yezzaaa.. Tak sabo mau p try test nihh…
    Tapi taktau la bila kala nyerr… hmmm

  • Sueskopio76 17 November 2012 at 2:44 PM

    Sy ada tertengok segmen pasai restoren nih kt rancangan JJCM TV3 arituu.. mmg teringinn sangat nak p. Terasa rindu nak menikmati lagi menu masakan china ini selepas pengalaman comp trip ke China akhir syawal yg lalu… Bg sy dan kawan2, memang sedappp ler. Menepati citarasa kami. Tapi mmg ye la, depa tak masak pedas. Citarasa depa sana mmg tak mkn pedas…

    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:44 PM

      Kalau na pedas sikit boleh try kambing dengan tooth pick tu.. Berempah dan pedas jugak bagi saya.

  • leena 5 November 2012 at 11:09 PM

    sorry la..untuk saya makanan dia TAK SEDAP!! rugi dan buang masa je pegi…hubby order onion beef rice , adik order beeb bean noodle n sy order pun noodle tapi semua makanan sampai tk panas..suam2 gitu..dah tu makanan dia dia mcm tak ckp garam n pedas la,..sy tgk meja sebelah pun family tu tak habis mkn..

    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 11:24 PM

      Mungkin ianya bergantung juga kepada citarasa masing-masing. Bagi saya dan keluarga dan tiga atau empat kali ke sana. Tiada apa-apa masalah dengan rasa. :)

  • Mummy Akmar 30 October 2012 at 8:55 AM

    Macam menarik je Mee Tarik ni. Mee buatan sendiri macam orang cina tu eh. Macam-macam ada di KL…eh nak pindah KL lahhhhhhh! Haha

    • Hazmin Hamudin 30 October 2012 at 9:12 AM

      A’ah… Mee buatan sendiri… Tiada bahan pengawet yang penting tu… Kat ipoh pun ada jugak tempat makan best… Nak nasi vangey…. Hehe

  • Pena Maya 22 September 2012 at 9:07 AM

    Seriously mee tarik dia memang sedap. penah pegi makan kat sana sekali je. memang ramai orang. full house gerai dia. bleh tengok dia tarik mee tu.
    Pena Maya recently posted..Hikmah@Jumaat #007

    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:29 AM

      Bro pergi masa tu gerai lagi ke? Sekarang ni dah ada restoran sendiri dah.

  • Mak lagenda 19 September 2012 at 3:17 PM

    slalu lalu sg besi nak ke hostel along..sok2 nnt kalo teringat,bleh la cuba.
    Mak lagenda recently posted..PEMANGGANG AJAIB

  • Eizil 17 September 2012 at 3:13 PM

    Sekali pandang, nampak menarik semua hidangan yang dipaparkan tu, lain kali kalau pergi kl, bolehlah singgah ke kedai ni untuk dicuba… Biasa nampak proses buat mee ni di video dokumentari, tak pernah tengok live. Di restoren ni boleh tengoklah ya cara tukang masak tu membuat mee?
    Eizil recently posted..Bagaimana segalanya bermula.

    • Hazmin Hamudin 18 September 2012 at 8:26 AM

      Boleh bro kalau nak tengok tukang masak tu tarik mee. Ada bahagian bercermin untuk kita tengok.

  • puteri kasih 17 September 2012 at 12:19 AM

    alahai lapar lak tengok makanan tu..puteri lom pernah cuba mee tarik
    puteri kasih recently posted..Santai : Mengapa Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia?

  • titan 16 September 2012 at 4:42 PM

    ppehhh..mesti sedap nih..
    titan recently posted..Gadis comel dan tali-temali.

  • klANA 16 September 2012 at 12:33 PM

    kagum dgn skill dorang tarik mee ni, unik caranya, blh dpt mee yg halus n nmpk sdp…
    klANA recently posted..Resepi Mee Rebus – Sambal Udang

  • Denaihati 16 September 2012 at 10:35 AM

    boleh cuba nanti Fungus Noodle ni, china style kebanyakan memang sodap2
    Denaihati recently posted..Promosi Web Hosting Denaihati Network – Serverfreak

  • KiD 15 September 2012 at 10:03 PM

    wahahahaa… suka aku tengok air tu.. makan dengan daun2 skali ler.. hik2
    KiD recently posted..Tips 1000UV dalam 12 jam

    • Hazmin Hamudin 16 September 2012 at 12:54 PM

      Tak dapat la makan dengan daun2 skali bro.. Haha..

  • tehr 15 September 2012 at 9:11 PM

    aku jarang sekali makan mee
    tapi air tu aku minat juga nak cuba
    nampak macam sampah je dalam gelas tu
    hehe
    tehr recently posted..Sarang Tebuan Di Rumah

  • boni kacak 15 September 2012 at 7:56 PM

    pergh… tgk pun sangat melazatkan..hahaha
    boni kacak recently posted..Jumpa Bro Jejai

  • segalabenda 15 September 2012 at 7:43 PM

    huih sedapnya tengok gambar..nak try jauh lak nak g hehe
    segalabenda recently posted..Pelajar belasah guru disiplin

  • donnyien 15 September 2012 at 7:13 PM

    pergh, memang x boleh bla.. semuanya menyelerakan~
    donnyien recently posted..Manchester United vs Wigan EPL 2012/12 Week#4

  • akubiomed 15 September 2012 at 5:36 PM

    Wah menarik. Tak jauh dari Bangi. :-)

  • Nadot 15 September 2012 at 3:53 PM

    eh..dah ade restoran eh?..pernah beli mee tarik setahun lepas kot, tp gerai kecik tepi jalan je… harus try lagi ni..
    menarik gile toothpick lamb tu… hehe
    Nadot recently posted..Sesi Ngeteh Bersame Blogger-blogger Hebat

    • Hazmin Hamudin 15 September 2012 at 6:33 PM

      Itulah.. baca dekat blog-blog ada yang pergi dekat gerai je sebelum ni. Sekarang dah ada restoran.

      • zanormmy 8 December 2012 at 12:09 PM

        Salam Hazmin, bleh bg guide mcm mana nk ke situ, masuk dr simpang b/polis ke or simpang depan sikit dkt lrt tu? thnx

        • Hazmin Hamudin 8 December 2012 at 12:12 PM

          dua2 simpang boleh.. kalau dari balai polis tu terus je hingga jumpa shop lot yang baru tu.

Previous post:

Next post: