• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri

Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri

By Hazmin Hamudin | 31 July 2014 | 36 Comments

Hari ni 4 Syawal, dah masuk hari keempat kita menyambut dan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sedar tak sedar, sekejap je rasa masa berlalu meninggalkan kita. Masa raya ni blog akan jadi suam-suam kuku je memandangkan ramai yang tidak update blog. Tapi aku akan cuba update selagi mampu.

Ramai ke yang dah kerja hari ni? Sudah semestinya ramai yang masih bercuti di kampung lagi. Apa barang masuk kerja awalkan. Kasi cukup seminggu teruslah cuti tu. Baru puas berjalan raya. Lagipun banyak rumah tak redah lagi. Ketupat, lemang, rendang pun tak habis makan lagi. Duit raya pun belum capai target lagi untuk tahun ni. Haha.

Tapi aku dah mula bekerja hari ni. Korang yang masih bercuti tu jangan sia-siakan cuti yang dapat tu. Kasi jalan puas-puas la. Kalau tak nak, bagi aku je cuti tu. Rugi woo. Kalau dapat cuti sehari macam aku ni apa pun tak boleh.

Seperti biasalah, orang bujang macam aku ni lah yang semestinya akan jadi mangsa. Mangsa apa? Sebelum raya kena kerja hingga saat akhir ataupun orang lain masih lagi beraya, aku dah kena masuk kerja. Dapat cutipun sehari je. Dengan alasan sebab aku masih lagi bujang. Lagi menyedihkan sebab aku tak ada kampung. Apa ingat orang takda kampung ni tak nak cuti raya ke? Nampak tak permainan dia.

Tapi yang seronoknya sebab ofis ni aku yang punya. Pandai tak aku cari ayat nak sedapkan hati. Haha. Dah sorang-sorang kena kerja, memang aku cari port baik punyalah kan. Suasana ofis pun masih lagi terasa hening. Bunyi unggas dan cenggerikpun jangan cakap la. Memang jelas kedengaran menandakan betapa sunyinya keadaan sekarang ni.

Kepada yang masih bercuti tu, selamat bercuti. Aku nak sambung buat kerja kejap. Karang cakap mengular pulak.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • suriaamanda 4 August 2014 at 3:54 PM

    ohooo…dah start kerja rupanya HH ni…hehehe…SA seminggu jugak la cuti…nak buat cemana…beraya ngan ayah bonda dan anak dara…kena la cuti lama

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2014 at 9:15 AM

      Dah start minggu lepas lagi SA. hehe. Best jugak la kerja awal sebab ofis kosongkan. Haha. Ayat nak sedapkan hati.

      Reply
  • Mrsyatie 3 August 2014 at 7:59 AM

    Hehe. Selamat bekerja En. Bos 😀
    PG esok da start kerja. Uwargh!! Serious mmg tak puas nak bercuti lagi. Nasiblah cuti tak banyak lagi. Heeee. Betul. Kalau ada sapa nak bagi cuti depa, mai² bagi PG! Kekeke

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 August 2014 at 5:13 PM

      Selamat bekerja PG. Hehe. Semua kemalasan nak kerja esok ni.

      Reply
  • titan 2 August 2014 at 1:01 PM

    yap. ramai yang dah setat kerja dah. haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 August 2014 at 1:12 PM

      Ni gelak suka ke gelak tak suka kerna setat kerja ni bro. haha

      Reply
  • JR 1 August 2014 at 8:39 PM

    Di Kedah ramai yg memulakan kerja pada Ahad nanti….
    Biasalah orang bujang selalu jadi mangsa cuti Raya, saya dulu pun pernah mengalaminya. History repeat itself…
    Apapun, salam Eidul Fitr buat Hazmin.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 August 2014 at 1:12 PM

      Hehe. Takpa la. Seronok kerja takda orang ni. Tapi kerja ke? Ops.

      Reply
  • Syaifuddin Alias 1 August 2014 at 11:22 AM

    woooo saya pun dah mula kerja dah hari ni ..uhu … mood raya masih melekat lagi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 August 2014 at 1:11 PM

      Takpe… Raya sebulan. Haha

      Reply
  • montana 1 August 2014 at 10:25 AM

    selamat bekerja bro dan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 10:29 AM

      Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga.

      Reply
  • lea isnawi 1 August 2014 at 8:42 AM

    saya dah start keje raya ke3 hari tuuu..sobs

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 10:27 AM

      Hehe. Lagi la takda cuti langsungkan.

      Reply
  • Hero Borneo 1 August 2014 at 12:31 AM

    bila dah cuti macam nie teringat pula dengan ofis..he..he..selamat bertugas dan bekerja bro!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 12:34 AM

      Kalau dah teringat ofis kena bekerja la tu. Hehe. Apa kata bro masuk ofis balik.

      Reply
  • anamizu 1 August 2014 at 12:27 AM

    -adehh dpt cuti raya 1 hari je ea? kalo sy dpt gitu mau berlinang air mata jugakla hehe

    -sementara bujang ni takpe lagi la layankan la jugak. sy pon selalu gak kena tolerate bab cuti dgn partner yg dah bersuami.. “awok bujang xpe keje lebih” <– penah kene camgini sobss sobsss =P

    slm lebaran. maaf segala slh silap, terkasar bahasa ye Hazmin 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 12:34 AM

      Itulah. Selalunya bujang dijadikan alasan untuk disuruh bekerja. Takpa la. Mana tahu tahun depan dah tak bujang kan.

      Reply
  • Henrietta Jose 31 July 2014 at 11:22 PM

    semalam pown ada yg dh start keje…kasi peluang pada yg btul btul perlukan cuti…

    PS…yeap…he is cool…and self heal….suka sgt character wise man…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 12:33 AM

      Betul tu. Sekarang time diorg. Esok lusa time saya pulak. Hehe.

      Reply
  • arniharlina 31 July 2014 at 10:52 PM

    Hihi.. keje je la ;p

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 July 2014 at 10:53 PM

      Aik. Anda di spot. Hahaha

      Reply
  • sharinginfoz 31 July 2014 at 6:03 PM

    kejap aja masa berlalu kan, anyway selamat hari raya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 July 2014 at 6:25 PM

      Itulah. Sekejap dah 4 Syawal. Tak lama lagi semua dah kembali bekerja semula.

      Reply
  • akubiomed 31 July 2014 at 3:47 PM

    Pendek pula bercuti Raya tahun ini. Bila ada pasangan nanti panjanglah cutinya nanti. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 July 2014 at 3:54 PM

      Sehari je cuti yang mampu dapat bro. Hehe. Jadilah daripada tak dapat langsungkan.

      Reply
  • mohdridzwan 31 July 2014 at 3:24 PM

    Sama la kita bro Hazmin. Ambe dah start keja kemarin lagi. Cuti sabtu ahad ni sambung raya balik…heheheh. Selamat Hari Raya yer.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 July 2014 at 3:39 PM

      Betul tu bro. Kerja time macam ni pun best jugak. Takda orang. Boleh rileks. Hehe

      Reply
  • zool 31 July 2014 at 3:18 PM

    biasalah tu bro.. aku dah merasa keadaan tu untuk tempoh lama tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 July 2014 at 3:39 PM

      Hehe. Layankan je ni. Bukan ada kerja sangatpun kan.

      Reply
  • puteri kasih 31 July 2014 at 1:33 PM

    selamat hari raya dan selamat kembali bertugas 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 July 2014 at 3:38 PM

      Terima kasih puteri.

      Reply
  • Mohd Shubhi 31 July 2014 at 11:24 AM

    selamat bertugas semula. Bujang ada kalanya menyeronokkan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 July 2014 at 3:38 PM

      Hehe. Biasa la ada pro and con kan bro

      Reply
  • BUNDA 31 July 2014 at 10:29 AM

    Assalam..
    Anak2 bunda semalam dah start kerja dah…tapi yang sorang tu.. isnin depan cuti lagi 2 hari…

    Selamat bekerja…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 July 2014 at 3:38 PM

      Terima kasih bunda. Ramai jugak yang dah mula bekerja ye.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Baik Hati Pulak Nuffnang Ni Dengan Aku

By Hazmin Hamudin

Kereta Proton Satria Neo WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan?

By Hazmin Hamudin

Travelog Penang | Seni Jalanan Di Lebuh Armenian

By Hazmin Hamudin

Senarai Jalan Ditutup Sempena Perhimpunan Bersih 2.0

By Hazmin Hamudin

Keesamus

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in