Tanggal 12 Mei 2012 seluruh dunia akan menyambut Hari Jururawat. Hari Jururawat ini disambut seluruh Malaysia adalah sebagai mengenang jasa bakti para jururawat yang memberi perkhidmatan kejururawatan kepada seluruh masyarakat tanpa mengenal penat lelah mereka bekerja siang dan malam untuk menjaga pelbagai ragam pesakit.
Pekerjaan jururawat adalah tugas yang sungguh mulia. Bekerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala. Berkerja sebagai jururawat juga adalah suatu perjuangan. Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Sebenarnya banyak jugak peranan yang dimainkan oleh jururawat ni.
Mesti ramai yang tak tahu lagi kenapa Hari Jururawat ni disambut pada 12 Mei setiap tahun. Tarikh itu dipilih sebagai mengenang hari kelahiran Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan sejarah dan sumbangan Florence Nightingale ni, bolehlah tengok entri Selamat Hari Jururawat 2011.
Dikesempatan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Jururawat 2012 kepada semua jururawat yang berada di Malaysia ni. Semoga semua dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dan penuh tanggungjawab kepada pesakit. Sentiasa bersabar dan tidak jemu untuk menjaga serta melayan kerenah pesakit.
Selamat Hari Jururawat 2012.
Terkejut kenderaan yang jururawat pakai kalah kita yang kerja swasta. 🙂
biasa aa bro..gov staff..interest pon rendah..huhu
Aik.. Interest kereta bergantung kepada kerja gov or swasta ke?
aah bro..hehe
Hehe.. Tak tau pulak ni. Kih2… Tp saya yang kerja gov ni takda pulak dapat interest rendah beli kereta.. Mungkin bro boleh tunjuk jalan.. 🙂
try la google..nk paste link x leh lak..hehe
apa yg sy phm 4% mengikut baki kurang..mmg murah dri konvensional biasa..
Sesuai la dengan tugas jururawat yang tak tentu masa dgn melayan garam pesakit kot bro.
Susah hendak cakap kerana saya pernah melalui pengalaman yang buruk ketika isteri mengandungkan mendapatkan rawatan susulan. 🙁
Tu memang tak dinafikan sesetengah jururawat tu memang agak buruk layanannya kepada pesakit terutamanya di hospital kerajaan. Hehe
selamat hari jururawat juga..ingt hari setiausaha je yg ada..hehe
Kalau Malaysia ni macam-macam ‘Hari’ ada.