Tazkirah Jumaat | Allah Sentiasa Bersama Kita. Apabila kita duduk bersendirian dan memikirkan nasib diri kita, kita kadang-kadang merasakan diri kita ini sangatlah hina dan kurang mendapat rahmat dari Ilahi. Tapi kita sering lupa yang rahmat Allah itu sudah melangit tinggi sejak lahirnya kita ke muka bumi ini. Allah tak pernah menjanjikan hidup ini mudah, tapi Dia berjanji akan sentiasa berada bersama kita ketika susah dan senang.
Sebenarnya setiap kali kita didatangi masalah, itu bermakna Allah S.W.T sayangkan kita. Dia hadirkan dugaan demi dugaan untuk kita mendapat tempat yang paling hampir denganNya. Kita mungkin tak sedar, bahawa Dia mahu kita menjadi seorang hamba yang tabah dan sabar setiap kali Dia berikan pelbagai ujian dalam hidup kita. Sakit, kematian, percintaan, kekeluargaan, persahabatan, persaudaraan,kebendaan dan kedudukan adalah bentuk ujian yang sering kita hadapi.
Allah menduga kita bukan kerana Dia mahu menyusahkan kita tetapi Dia ingin mengetuk hati kita yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar kita kembali lurus pada jalanNya. Tetapi kita langsung tak sedar setiap kali Dia beri apa yang kita tidak mahu, kita salahkan takdir. Kita seolah-olah menyalahkan Dia. Kadang-kadang kita merasakan diri kita terlalu lemah untuk harungi semua ujian yang diberikan. Namun apabila kita gunakan akal dan bukannya hati dalam menilai setiap ujian yang Dia bagi, inshaAllah kita pasti boleh harunginya walau sesukar manapun.
Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat,
ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.
Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa,
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil,
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman,
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.
Hidup ini indah jika bersama ALLAH.
syukur dengan rahmat Allah SWT yang tidak terhingga.
KIta ada ALLAH.. Alhamdulillah
Allah sentiasa dengan kita..
suka ayat last skali…
HIDUP INI INDAH JIKA BERSAMA ALLAH
Kalau kita tak lupakan Dia, Dia pun takkan lupakan kitakan.
sebaik-baik tempat untuk mengadu
hati akan tenang bila berbicara/mengadu/berdoa kepadaNYA
Betul tu bro TehR. Allah la sebaik-baik tempat untuk mengadu.
Insaf den membacanya…..
Bagus la tu kalau insaf. Jangan untuk seketika dah la. Hehe
saling beperingati sama-sama…dan juga sentiasa berpesan-pesan sama…setiap hari manusia memang selalu leka….
Nikmat allah tak terhitung. Bayangkan kalau Allah hentikan oksigen utk seketika bagaimana kita nak bernafas. Usahlah itu bayangkan kalau kita tak boleh buang air, tak boleh buang angin, tak boleh sendawa, tak boleh melihat ah….banyak sungguh tak terhitung oleh kita.
hemm..manusia memang selalu leka..jadi sentiasalah berpesan-pesanan.
terima kasih untuk tazkirah ni… 🙂
Manusia sering terlupa dan leka akan nikmat yg dikurniakan oleh-Nya :/ Semoga hidup kita semua sentiasa dirahmati..
secara jujurnya memang saya pun selalu rasa rendah diri dan hina.. tapi bila dipikirkan kembali.. selagi ada tangan, otak dan sempurna. itulah rahmat yang diberi.. kena tetap teruskan mencari kejayaan
terima kasih kerana mengingatkan
salam jumaat.. thanks for sharing tazkirah jumaat 😉
Salam Jumaat sila pergi solat jumaat
Dah balik dah solat jumaat
alhamdulillah.. 🙂 salam jumaat..
salam jumaat awk 😉
ALLAH segalanya..:)
Betul tu. Allah segala-galanya.