Buat pertama kalinya Pesta buku Negeri Selangor ke 6, berpindah lokasi, dari kompleks PKNS Shah Alam ke Pusat Konvensyen Shah Alam, SACC. Sejumlah 150 lot pempamer/penerbit/pembekal buku mengisi ruang pameran. Majlis dwi Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku selangor 2011 akan berlangsung pada 26 Jun 2011, Jam 10.00 pagi, di Pusat Konvensyen Shah Alam, SACC. Majlis bakal disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Kepada para pengunjung, pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat usia menanti anda dan keluarga sepanjang Pesta Buku Negeri Selangor 2011 yang sedang berlangsung pada hari ini. Nyanyian kanak-kanak, wacana pemikiran Islam, pertandingan membaca, sekmen bersama LES’ COPAQUE UPIN IPIN, ceramah motivasi, kesihatan, pelancaran novel, bedah buku, grooming dan pelbagai lagi.
Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 24 Jun – 3 Julai 2011 10.00 pagi – 9.00 malamSumber : pestabukuselangor