• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Bas Ekspres Penuh DVD Lucah

Bas Ekspres Penuh DVD Lucah

By Hazmin Hamudin | 21 July 2011 | 2 Comments

Selepas beberapa kali modus operandi yang digunakan gagal, sindiket penjualan video cakera padat digital (DVD) tanpa perakuan Sijil B kini menukar taktik dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk menghantar bekalan itu terus kepada pengedar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sindiket terbabit mencetak filem DVD di Kuala Lumpur dan bahan tanpa Sijil B serta filem lucah itu dikirim menggunakan bas ekspres untuk dibawa ke terminal bas sebelum diambil pengedar yang menunggu di situ.

Bagaimanapun, taktik itu berjaya dihidu penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Kawalan Filem Cawangan Kedah/Perlis yang berjaya membongkar kegiatan itu selepas menahan dua jurujual di dua premis menjual DVD di sebuah kompleks beli-belah di Sungai Petani, malam kelmarin.

Ketua Operasinya, Mohd Khairul Azhar Shuib, berkata dalam serbuan jam 7.03 malam yang disertai dua pegawai dan lima anggota penguat kuasa berkenaan mendapati kedua-dua premis di tingkat dua dan tiga itu dipenuhi pelanggan.

Katanya, terdahulu, Ketua Cawangan KDN Bahagian Kawalan Filem Kedah/Perlis, Helmi Hassan memasuki sebuah daripada premis terbabit dan menyamar sebagai pelanggan sebelum premis itu diserbu.

“Sebelum ini, mereka biasanya menyedari kehadiran kami melalui tonto tetapi dalam serbuan malam tadi (kelmarin), mereka langsung tidak menyedarinya. Ketika serbuan serentak di dua premis itu, kami menahan dua lelaki dipercayai jurujual dan masing-masing berusia 20 tahun dan 16 tahun yang tidak bersekolah.
“Mereka mengaku baru sebulan bekerja dan bekalan yang dihantar diperoleh dari Kuala Lumpur yang dihantar menggunakan bas ekspres,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Mohd Khairul Azhar berkata, kotak yang mengandungi DVD tanpa Sijil B itu dipercayai dihantar tanpa ditulis alamat tempat yang dituju dan cuma ada nombor telefon pengedar yang akan mengambil bekalan itu.

Katanya, semua rampasan sebanyak 1,271 keping termasuk DVD lucah dan filem terbaru di pasaran itu dianggarkan bernilai RM6,355.

“Kebanyakan filem yang dirampas ini adalah filem terbaru dan ada juga yang masih ditayangkan di pawagam, manakala filem yang diproses kini lebih berkualiti berbanding dulu yang menggunakan teknologi canggih.

“Kedua-dua jurujual itu dibebaskan dengan jaminan polis dan semua barangan yang dirampas dibawa ke pejabat kami di sini untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 (4) Akta Penapisan Filem 2002

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • shdia 21 July 2011 at 9:34 AM

    adehei…
    kes VCD lucah laks..hm…
    semoga depa bertaubat…keje haram duit haram tuh..~~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 July 2011 at 9:57 AM

      tu la pasal…memang benda haram pun…mungkin driver bas juga tak tahu barang apa yang mereka hantar..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Seni Graffiti Di Sungai Klang

By Hazmin Hamudin

Kembali Pulang Ke Teratak

By Hazmin Hamudin

Hand Phone BlackBerry Torch Aku Masuk Hospital

By Hazmin Hamudin

Keputusan Peperiksaan SPM 2010 Diumumkan Pada 23 Mac 2011

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pertunangan Anne Ngasri Dan Mohd Sumali Reduan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in