• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam

Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam

By Hazmin Hamudin | 17 January 2013 | 43 Comments

Pelancongan Islam

Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam. Malaysia menduduki kedudukan nombor satu daripada 50 buah negara untuk menjadi destinasi pelancongan mesra pelancong Islam menerusi satu kaji selidik. Ini menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status negara Islam pertama berada dalam kelompok negara maju menjelang 2020.

Antara kriteria yang diambil kira dalam kaji selidik tersebut adalah berdasarkan tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam. Tidak dinafikan dekat Malaysia ni memang sangat mudah untuk mencari surau atau masjid untuk kita mengerjakan solat. Cuma ada sesetengah tempat membeli-belah, kemudahan surau belum cukup memuaskan lagi.

Malaysia adalah sebuah negara islam, jadi makanan halal sudah pastinya tiada sebarang masalah untuk di cari. Lebih separuh daripada pengguna industri makanan di Malaysia terdiri daripada pengguna Islam. Umut Islam sebagai pengguna terbesar sudah pastinya produk dan premis lebih menitik beratkan status halal sesuatu makanan itu. Ini memudahkan pengguna yang beragama islam untuk mencari makanan yang halal.

Dekat bawah ni adalah laporan akhbar mengenai kaji selidik tersebut.

Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam, mengatasi Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura, menurut satu tinjauan.

Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.

Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.

Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan.

Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.

Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang.

“Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia,” katanya.

Daripada segi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul, Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha.

Sumber: Utusan

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Izzuddin Fauzi 22 January 2013 at 11:34 PM

    Malaysia mudah bagi orang Islam 🙂

    Reply
  • akubiomed 20 January 2013 at 5:25 PM

    Ia memberikan sudut positif kepada industri pelancongan negara.

    Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 20 January 2013 at 12:32 PM

    Pelancongan ni tarikannya mudah: 1. keamanan dan keselamatan 2. kemudahan. Kalau banyak tempat tarikan nak pergi pun tetapi tak selamat, sapa mahu pegi ooo… CNN dan NetGeo mahu lah 😀

    Reply
  • Nora Karim 19 January 2013 at 3:36 PM

    alhamdulillah syukur… sekurang2nya kita mmg menitikberatkan keperluan bagi umat Islam seluruh dunia…

    Reply
  • Hairul Azni 19 January 2013 at 8:44 AM

    Kemudahan semuanya sudah ada..tiada alasan lagi untuk tidak menunaikan apa yang diwajibkan..

    Reply
  • donnyien 19 January 2013 at 4:50 AM

    mudah-mudahan, apa yang penting adalah pemikiran yang maju dan tidak lagi di takuk lama.

    Reply
  • daddydee 19 January 2013 at 2:33 AM

    Bangga dengan semua itu. semoga semua ini akan kekal.

    Dan semoga pemimpin kita terus berani memperjuangkan islam.

    Reply
  • CikGu Ma 18 January 2013 at 4:50 PM

    nak jalan2 kat m’sia pon x da bajet sangat..

    Reply
  • sweetkurma 18 January 2013 at 1:01 PM

    betul apa yang ditulis oleh admin

    Reply
  • cikbolat 18 January 2013 at 12:33 PM

    ni sayang Malaysia lebih ni .

    Reply
  • hairulafiz 18 January 2013 at 12:29 PM

    alhamdulillah…kita semua kena jaga reputasi ini…

    Reply
  • suri 18 January 2013 at 12:09 PM

    sebut pasal mkn byk ejnis mudah di temui ada pedas, berkuas, masam, hee.. dan yg pasti halal

    Reply
  • suri 18 January 2013 at 12:07 PM

    salam..
    sb msia ni mana2 pergi akan mudha jumpa surau..masjid unik rekaannya apa lagi majoriti penganut agama islam.

    Reply
  • topo 18 January 2013 at 12:04 PM

    cantik masjid tu.. kat mana lokasi dia?

    Reply
  • papa mifz 18 January 2013 at 12:54 AM

    tahniah untuk Malaysia negaraku tercinta..!!

    Reply
  • penbiru 18 January 2013 at 12:51 AM

    assalam..singgah dan follow sini 🙂

    Reply
  • Nadot 18 January 2013 at 12:34 AM

    Betul.. Malaysia memang best dari segi makanan halal & penyediaan surau walaupun ada shopping mall yang surau uzur dan kecik gila. Suka juga sebab negara kita sangat tekankan tentang makanan halal dengan logo standard JAKIM. Masa pergi jalan-jalan Jakarta few years back, susah jugak nak pastikan restoran/gerai tu betul2 halal..

    Reply
  • TehR 17 January 2013 at 10:47 PM

    kemudah solat dan makanan halal tu yang penting

    Reply
  • titan 17 January 2013 at 9:25 PM

    jadi, marilah melancong ke malaysia. mari..mari..

    Reply
  • syaifuddin alias 17 January 2013 at 9:13 PM

    memang hebat..tapi risau dan bimbang apabila destinasi mesra pelancong Islam atas nama, tapi orang didalam negara sebaliknya ..tak tahu nak kata apa

    Reply
  • Denaihati 17 January 2013 at 8:45 PM

    kebanyakan stesen minyak m’sia pun ada surau, tinggal nak guna tak guna je.

    Reply
  • boni kacak 17 January 2013 at 8:40 PM

    terbaik. dan thumbs up! 🙂

    Reply
  • Juan 17 January 2013 at 6:32 PM

    maaf, boleh saya bertanya bro, kenapa url entry bro ni lain yer, hehee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:44 PM

      Apa yang lain bro? Tak berapa nak faham ni.

      Reply
      • Juan 17 January 2013 at 7:53 PM

        Ini adalah url yang bro Hazmin gunakan semasa komen di blog saya “http://hazminhamudin.com/malaysia-destinasi-pelancongan-mesra-pelancong-islam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=malaysia-destinasi-pelancongan-mesra-pelancong-islam”…. Adakah ini satu penggunaan SEO?… 🙂

        Reply
        • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:59 PM

          Aik.. Pelik jugak macam mana boleh jadi link macam tu. Hehe.. Takda kena mengena dengan SEO rasanya ni. Hehe

          Reply
  • ajumohit 17 January 2013 at 5:56 PM

    ye betul tu, biasanya akak akan pilih mall yg ada surau selesa then baru decide nak shopping kat mana

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:43 PM

      See, akak pun memantingkan surau yang selesa untuk datang membeli belah kan. Kalau selesa mesti ramai lagi pelancong yang suka.

      Reply
  • Strider 17 January 2013 at 5:32 PM

    kemudahan surau kat sesetengah shopping mall memang masih boleh diperbaiki..kadang2 surau suka diletakkan di tempat parking atau basement..

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:42 PM

      Kalau surau di shopping mall ni di letak dekat tempat yang elok mesti lagi cantikkan. Selesa orang nak beribadah.

      Reply
  • nazray 17 January 2013 at 3:19 PM

    mengikut yang kat atas, antara mall yang saya rasa sedih melihat surau dia adalah perangin mall di penang, memang malaysia ni banyak tempat solat, surau dan masjid mesti kita jumpa, tapi surau dekat perangin mall penang ni amat menyedihkan, terletak di car park, basement, lepas tu memang seram surau dia, tak terjaga, boleh muat dalam 8 orang ke 10 orang, lepas tu, kalau tengok atas, nampak saluran, tapi tak pasti saluran dari tandas atau bukan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:41 PM

      Memang betul apa yang bro katakan tu. Selalunya surau dekat mall ni kecik dan tersorok kedudukannya.

      Reply
  • Kak Zakie Purvit 17 January 2013 at 2:19 PM

    Makanan halal banyak. Masjid/surau banyak tapi kakak rasa yg memenuhi ruang tak ramai. Kakak rasa yg ramai berjimba di shopping kompleks sampai kadang kita pun takut bila rata-rata kawasan bukan org M’sia tapi berada di bumi M’sia. Ada juga impak yg kurang menggembirakan disebalik no. satu terbaik tempat pelancungan ini. Mereka suka sebab bebas di negara kita.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 2:40 PM

      Saya sokong tu kak. Kadang-kadang orang arab yang datang tu belum tentu lagi islam. Diorang rasa bebas dekat sini tak macam dekat negara diorang tu.

      Reply
  • yui 17 January 2013 at 1:12 PM

    antara klbhn malaysia =__=

    Reply
  • schaze zainn 17 January 2013 at 1:04 PM

    betul tu, 🙂
    kadang2 dalam satu tempat tu ade 2-3 masjid atau surau
    just tak ramai org pi masuk je -_-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 2:39 PM

      Bab yang ni yang memalukan tu. Surau dan masjid dah banyak tapi tak digunakan pulak.

      Reply
  • azmanisma 17 January 2013 at 12:38 PM

    Makanan halal mudah didapati di Malaysia.Pak Arab memang suka 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 2:24 PM

      Makanan arab pun dah bersepah dah sekarang ni. Tu yang lagi suka diorang tu.

      Reply
  • remyhazza 17 January 2013 at 11:55 AM

    rasanya malaysia yg terbaik…… antara semua nagera islam…. jgn tak tahu…melaysia juga antara 10 negara perlancongan terbaik dunia yg menerima kehadiran pelancong….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 2:23 PM

      Jangan suatu hari nanti bersepah dengan orang arab dah la kan.

      Reply
  • fiezaradzi 17 January 2013 at 11:11 AM

    mmg ramai pun time cuti, selalu nampak dorang kat kota2.. bersyukurlah kita

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 2:22 PM

      Kadang-kadang dah terasa macam negara ni diorang nak jajah pulak. Macam dekat Seri Kembangan depan South City Plaza penuh dengan kedai arab je.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kembali Pulang Ke Teratak

By Hazmin Hamudin

Semak Status PLKN 2012 Selepas 12 Malam

By Hazmin Hamudin

Putera William Dan Kate Middleton Bercerai ?

By Hazmin Hamudin

Hilang Arah

By Hazmin Hamudin

Siapa Yang Dapat Tengok Hujan Meteor Perseid?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in