• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Lan Kristal Dapat Anak Perempuan

Lan Kristal Dapat Anak Perempuan

By Hazmin Hamudin | 7 June 2012 | 2 Comments

Lan Kristal & Isteri

Lan Kristal Dapat Anak Perempuan. Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan Kristal, Lan kerana telah mendapat anak perempuan selepas isterinya, Nur Sheila Hassim, selamat bersalin di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju, dekat sini kira-kira pukul 5.29 petang, Rabu.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof yang di petik di mStar Online, anak keduanya yang diberikan nama Nur Amna Qeesyara itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram.

“Walaupun ia adalah anak kedua saya, perasaan berdebar tetap ada lebih-lebih lagi dua minggu sebelum bersalin kandungan isteri menjadi songsang.

“Saya risau apabila doktor kata Sheila mungkin perlu dibedah, bagaimanapun dia diberi rehat secukupnya dua hari sebelum bersalin dan syukurlah kandungannya normal,” katanya.

Tambah Lan, dia mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat, namun perancangan itu masih lagi belum dibincangkan dengan isteri dan keluarga.

“Saya belum fikir apa-apa lagi, cuma yang penting isteri dan anak selamat.

“Isteri saya juga akan menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional di rumah kami di Puchong dengan bantuan ibunya,” ujar Lan.

Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Amna Qaleesya yang kini berusia setahun 10 bulan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jebeng Otai™ 7 June 2012 at 9:59 PM

    tahniah kepada lan kristal 🙂

    Reply
  • akubiomed 7 June 2012 at 10:35 AM

    Sudah dua anak perempuan. Pada masa akan datang anak lelaki pula. 🙂

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tak Perasan Dapat CPUV

By Hazmin Hamudin

Laporan Terkini Perhimpunan Bersih 2.0 | 9 Julai 2011

By Hazmin Hamudin

Siang Malam Minum Starbucks Coffee

By Hazmin Hamudin

Berkursus Di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai, Perak

By Hazmin Hamudin

Kalau Dah Bukan Rezeki

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in