• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Sedih

Sedih

By Hazmin Hamudin | 28 November 2016 | 19 Comments

Aik. Apasal tajuk tiba-tiba nak emo pulak ni kan. Pagi-pagi isnin yang memang dah tak best, lepas tu letak pulak tajuk yang ala-ala awan mendung berarak menanti hujan. Eh, aku punya suka la nak letak tajuk apa. Aku punya blog, suka hati aku la nak tulis apa pun. Nampak tak ayat tipikal seorang pemilik blog di situ. Haha.

Tapi aku memang tengah sedihpun ni. Marahpun ada jugak. Tapi nak marahpun dah tak guna dah. Benda dah jadi. Kalau kau marah beriya atau sedih beriya boleh elok balik ke? Menangis la air mata darah sekalipun, memang tak la kan. Jadi, tak payah la nak terlebih sangat.

Sedih lepas kau balik bercuti, tapi akibat kebodohan orang lain habis semua gambar kau bercuti tu hilang. Hilang di bawa angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi masa tu aku rasa macam nak jadi puting beliung je tengok muka mamat tu. Kau rasa? Nak marah? Nak menangis? Memang tak boleh buat apa dah. Tinggal kenangan dalam kepala kau dengan wife je la semua memori semasa bercuti tu.

Sebelum aku lagi marah, baik aku berhenti dekat sini je. Karang habis keluar semua ayat-ayat yang tak sedap didengar. Mamat tu pun dah mengakut memang silap dia dan mintak maaf serta bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat. Emo aku seminggu dua ni bila fikir benda-benda ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Liyana 2 June 2017 at 1:18 PM

    Sabar je la ye..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 June 2017 at 2:49 PM

      Memang bersabar pun. Kena repeat lagi ni. Hehe

      Reply
  • Solid 24 February 2017 at 12:48 PM

    Kalau kena kat saya pun saya marah tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya.

    Reply
  • Amran 3 February 2017 at 11:23 AM

    Terbaik la. Nak marah tapi tak jadi nak marah. Syaitan pun lari.

    Reply
  • Asyraf Asri 5 January 2017 at 12:20 AM

    Sedih jugak kalau kita banyak berfikir ni. Tak kisah la … fikir family la … duit la .. kucing kat kampung la … letih dan sedih ..

    Reply
  • imnajmi 28 December 2016 at 2:37 AM

    aku pun penah mengalami macam ni, dulu tahun 2004, mana ada dropbox la apa la, kenangan pegi umrah hilang macam tu saja bila kamera hilang huhu, sedih, bengang, sebab kawan yg hilangkan.. sabar bro, ada hikmah,

    Reply
  • ema 23 December 2016 at 10:49 AM

    kalau kena kat sendiri pun memang hangin satu badan ni…

    Reply
  • Mrs. A 2 December 2016 at 5:09 PM

    Bila baca post ni Mrs. A rasa nak tampar diri sendiri pun ada cos Mrs.A pernah accidentally terdelete gambar holiday kat phone anak Mrs. A.

    Rasa bersalah sangat sampai diri sendiri nangis Aryssa maafkan ibu, ibu dah terdelete semua gambar holiday yang Sya snap tetapi yang bagusnya Aryssa cool aje.

    Dan..dan lagi satu Mrs. A masih bertuah cos masih ada gambar-gambar di dalam phone ahli keluarga yang lain.

    Nyesal sampai sekarang walaupun kejadian tu dah dua ke tiga tahun yang lalu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2016 at 12:18 PM

      Memang menyesal tak sudahkan kalau terdelete semua gambar bercuti. Langsung tak tinggal apa. Habis semua kenangan.

      Reply
  • ohcikgu 2 December 2016 at 5:04 PM

    dah cuti sekolah.

    so..tak boleh nak sedih sangat,

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2016 at 11:21 AM

      Cikgu2 memang suka time2 ni.

      Reply
  • raihanah 2 December 2016 at 9:13 AM

    kena ambik bcomplex elak selalu marah2. hihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2016 at 11:21 AM

      Amboi kak. Cadang vitamin terus. Haha

      Reply
  • nikkhazami 29 November 2016 at 9:22 PM

    orang cakap selalu marah cepat tua. hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2016 at 11:09 PM

      Haha. tua pada angka je. luaran muda tau.

      Reply
  • yui 29 November 2016 at 1:59 PM

    jgn mrh mrh nnti cpt nampak kedut..ekeke

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2016 at 2:28 PM

      haha. marah ni tau tak.

      Reply
  • akubiomed 28 November 2016 at 11:39 PM

    Tak buat back up. Biasanya kalau android boleh sync dengan dropbox.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 November 2016 at 9:42 AM

      Benda tak patut hilang dan tak perlu format. Dah siap dah. Sekali boleh pulak mamat tu gatal tangan pergi restore. Selamat.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Trend Selfie Bulu Ketiak

By Hazmin Hamudin

Mencari Mood Menulis Semula

By Hazmin Hamudin

Era FM Muncul Sebagai Stesen Radio Nombor Satu Di Malaysia

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Siapa Robert Doisneau?

By Hazmin Hamudin

Lin Dan Juara Badminton Terbuka All England 2012

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in