Sekarang ni mesti ramai calon-calon atau pun adik-adik yang sedang menunggu pengumuman keputusan SPM 2010 berdebar-debar dan tak boleh nak duduk diam kan. Betul tak ? Tadi waktu balik kerja sempat jugak lah dengar berita yang di tunggu-tunggu oleh semua calon SPM ni. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Malaysia keputusan SPM untuk tahun 2010 akan diumumkan pada 23 Mac 2011 iaitu pada hari Rabu minggu depan.
Seperti yang kita semua sedia maklum, peperiksaan SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November 2010 hingga 20 DIsember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon telah menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon-calon adalah terdiri daripada calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan iaitu seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.
p/s : Semoga semua pelajar akan memperolehi keputusan yang cemerlang selari dengan usaha yang mereka lakukan dan membanggakan kedua ibu bapa dengan keputusan cemerlang tersebut.
Salam .. ini bukan minggu depan ni .. nih dah terlebih minggu dah ni … ke entri lama nih?
23 mac 2010???? ke 2011? adehhh …
http://hasrulhassan.blogspot.com
@Aqilah Kamarudin
good luck ๐
wish me luck ๐
@germaine
hahaha…dua-dua terkena… ๐
kembali membalas komen.. dik ka pula sy? sy pun bukan menunggu result ni.. sja wish ja.. hehe
@myzasuki
haha..terasa lambat ye.
mesti gempak ni kan
@germaine
hazmin tunggu result spm ? hehe…
zaman tu dah lama berlalu dah dik..
hazmin pun sdg tunggu result ka?? goodluck semua! hehe
counting day 1 2 3
nape lambat sgt nihh =.=
@Din
wah…tak sabar ye..mesti gempak ni kan
waaaa tak sabar dah ni keh3…
@nurdinihusnina
jangan begitu ok.. ๐
apa2 pun..good luck
huhu.,rsa mcm x mau p amik ja result nti