• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pendidikan / Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2013

By Hazmin Hamudin | 6 November 2013 | 35 Comments

SPM Terakhir

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2013 aku ucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 walau di mana berada. Hari ini, 6 November 2013 merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Malaysia. Untuk mata pelajaran apa aku tidak pasti pulak. Semoga korang semua cukup bersedia untuk menjawab peperiksaan SPM ni.

Aku pasti saat ini kesemua calon SPM sedang berdebar menanti masa untuk menjawab soalan. Debaran peperiksaan sememangnya lumrah dan asam garam bagi orang yang hendak menghadapi peperiksaan. Namun begitu, sikap sering bertenang dan sentiasa memastikan agar kita tidak berada dalam keadaan tertekan amat penting terutamanya di saat-saat seperti ini.

Tiada tip atau teknik-teknik menjawab peperiksaan yang dapat aku berikan. Sedangkan diri aku sendiripun tak berapa nak pandai. Cukup-cukup makan je orang cakap. Untuk masa macam ni memang dah tak sempat kalau nak study satu buku. Tinggal ulangkaji sikit-sikit je. Tengok balik nota-nota penting yang korang buat.

Bagi kebanyakkan orang, SPM merupakan penentu masa depan. Kalau gagal, bermaksud gelaplah masa depan. Sebenarnya tanggapan macam tu silap. Dulu aku sendiripun rasa kalau gagal SPM kira peluang nak dapat kerja best dah tertutup. Kalau gagal kena kerja kilang, cuci tandas semua tu kan. Hey, tanggapan macam tu semua memang tak boleh pakai dah.

Tak semestinya yang dapat banyak A tu berjaya, dan yang gagal tu akan terus gagal sampai bila-bila. Bagi yang gagal, tidak bermakna jalan hidup korang telah berakhir. SPM bukanlah segala-galanya. Zaman sekarang ni mereka yang pandai guna akal, bijak ambik peluang je yang boleh pergi jauh. Sijil tu hanya atas kertas je.

Tahun 2013 merupakan peperiksaan SPM yang terakhir. Ya, selepas ni sudah tiada lagi peperiksaan SPM ni. Hanya tinggal dalam lipatan sejarah saja. Semoga korang semua berjaya dengan cemerlang untuk SPM yang terakhir ni. Buktikan korang mampu mencipta sejarah yang tersendiri. Selamat menduduki peperiksaan SPM dengan jayanya.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Zali 8 November 2013 at 12:49 PM

    Buat jer sehabis baik. Lepas tu banyakkan lah berdoa.

    Reply
  • cik tom 8 November 2013 at 8:59 AM

    good luck pd adik2 yg amik spm…ciktom xde plk adik or sdara mara amik spm taun ni..

    Reply
  • anies 7 November 2013 at 2:12 PM

    skrg A bkn penentu… byk A pon lom ttu msk U…so utk adik2 bekalkanlah diri tu dgn sbyk mn ilmu yg boleh

    Reply
  • Mizz Aiza 7 November 2013 at 1:43 PM

    selamat maju jaya untuk semua calon SPM pada tahun ini..

    Reply
  • Nafira 7 November 2013 at 1:05 PM

    Tahun nih x de adik2 yang amik SPM.
    so, x de lah menggelabah sangat.
    hahahaahha.

    Reply
  • Cikgu Hairul 7 November 2013 at 10:14 AM

    mengeletar lutut memikirkan anak murid masuk dewan periksa. jangan cari soalan bocor plak ye.

    Reply
  • t.a.t.a 7 November 2013 at 9:38 AM

    semoga berjaya kepada calon-calon. kepada ibu bapa atau penjaga, anda digalakkan berpuasa. so puasa tak?

    Reply
  • Anim 7 November 2013 at 5:08 AM

    good luck pada mereka. betul tu hazmin..sekali gagal bukan bermakna gagal selama2nya. zaman kak dulu guna pangkat. pangkat dan aggreget. result pun cukup2 makan je..

    Reply
  • Strider 7 November 2013 at 12:17 AM

    betul tu..SPM bukan segala-galanya..tapi yang penting halatuju lepas SPM..ade yang sambung belajar subjek yang tak diminati tetapi akhirnya result tak berapa bagus sebab itu bukan minat mereka..

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • titan 6 November 2013 at 11:53 PM

    good luck untuk budak-budak spm semua aa..

    Reply
  • tmm 6 November 2013 at 11:33 PM

    good luck pd adik2

    Reply
  • ajumohit 6 November 2013 at 9:17 PM

    good luck kepada adik2 yang menduduki spm, jawab dengan tenang dan mulakan dgn bismillah

    Reply
  • AUC 6 November 2013 at 7:54 PM

    Moga kejayaan menanti bagi yang berusaha…

    Reply
  • blogger lelaki 6 November 2013 at 7:25 PM

    semoga dpt jawab soalan dgn jayanya..jgn terkena mcm kisah SPM aku sudha la

    Reply
  • wazy 6 November 2013 at 6:45 PM

    Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua calon

    Reply
  • JunAina 6 November 2013 at 5:57 PM

    Selamat menduduki peperiksaan buat semua semoga di permudahkan untuk mejawab setiap soalan.

    Reply
  • ayut 6 November 2013 at 4:14 PM

    Ayut ad ank sdra gk yg spm…moga bjya bt smua calon spm 2013!!!!

    Reply
  • Mak lagenda 6 November 2013 at 3:51 PM

    Good luck utk semua yg akan menghadapi SPM..my turn lg 2 tahun. Tunggu turn anak2 la pulak wooh

    Reply
  • JR 6 November 2013 at 2:57 PM

    Mulai tahun ini dan tahun-tahun akan datang subjek sejarah dijadikan subjek lulus wajib SPM. Ia dibuat oleh kerajaan (kononnya) bagi memastikan semua pelajar mengenali sejarah negara sendiri.
    Apapun, selamat maju jaya kepada semua mereka yg menduduki SPM tahun ini….

    Reply
  • Qashmere 6 November 2013 at 2:44 PM

    Semoga diorang tabah menjawab soalan. Hehehehe…
    Memang kena tabah sebab sure jantung dup dap dup dap….

    Reply
  • puteri kasih 6 November 2013 at 2:15 PM

    Good luck kepada semua calon SPM..lega giliran puteri dah lama lepas..haha

    Reply
  • azura 6 November 2013 at 2:10 PM

    turn diorang, dulu turn kita

    Reply
  • akubiomed 6 November 2013 at 1:47 PM

    Lega rasanya sudah lepas. 🙂

    Reply
  • Izzuddin Fauzi 6 November 2013 at 1:37 PM

    Hehehe, jangan study last minute… Buat kata cikgu saya, last minute tu waktu rehat… Dah 5 tahun belajar… – Ayat pancing cikgu suruh pergi camping Pengakap Negeri

    Reply
  • lizz 6 November 2013 at 11:36 AM

    anak uah akak 4 orang SpM tahun ni…moga mereka semua dapat menjawab dengan mudah dan betul…hehe teringat deulu time Spm punyalah delabah hari pertama hehe…

    Reply
  • Anak Askar Pencen 6 November 2013 at 11:23 AM

    Gagal SPM tak semestinya gagal dalam kehidupan. Bekerja sebagai pencuci tandas juga tidak bermakna menjalani kehidupan yang gagal. Aku dulunya pun pernah bekerja sebagai pencuci tandas walaupun pernah dapat A1 dalam subjek Matematik. Hahaha

    Reply
  • yui 6 November 2013 at 10:04 AM

    slmt mnduduki periksa SPM adik2.

    Reply
  • suriaamanda 6 November 2013 at 9:44 AM

    Harap semua dapat menjawab soalan dengan tenang especially anak2 buah SA..

    Reply
  • Hafiz 6 November 2013 at 9:31 AM

    Semoga berjaya buat calon spm..

    Reply
  • Myra Ja 6 November 2013 at 9:18 AM

    Dapat rasakan debaran mereka pelajar SPM..
    Rasa macam baru semalam je amik SPM..hehee
    Rupanya dah lebih 10 tahun..hohoooo

    Reply
  • Eridy 6 November 2013 at 7:39 AM

    rindu zaman sekolah bila ingat spm nie..tp bukan rindu exam..rindu kawan je..hehe

    Reply
  • Farid Adam 6 November 2013 at 7:36 AM

    Berusaha sebaik mungkin. Selebihnya, serahkan pada Allah.

    Reply
  • baby jane 6 November 2013 at 1:23 AM

    hmm

    Reply
  • baby jane 6 November 2013 at 1:22 AM

    rindu plak zaman sekolah jejehehe

    Reply
  • TehR 6 November 2013 at 12:57 AM

    selamat menjawab soalan untuk adik2
    buat sehabis baik
    moga2 berjaya dengan cemerlang nanti

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Hukum Menyambut Hari Ibu

By Hazmin Hamudin

Royce Chocolate Malaysia

By Hazmin Hamudin

Jangan Nak Monday Blues Sangat

By Hazmin Hamudin

Ibarat Mengajar Anak Ketam Berjalan

By Hazmin Hamudin

Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in