Lega… Puas… Macam-macam la perasaan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata… Fuh… Memang lega rasanya bila segala penyiksaan (penyiksaan ke? Lantak la…) yang ditanggung selama 12 hari berakhir jugak hari ni. Selama 12 hari jugak la blog aku terbengkalai dibiarkan begitu saja tanpa berpenghuni. Argh… Bila la aku boleh dapat balik mood berblog macam dulu… Tiap-tiap hari mesti ada entri masa tu. Sekarang ni hampeh… Rindu betul masa-masa entri tengah berlimpah ruah dulu.
Ok la…Berbalik kepada penyiksaan aku tadi tu… Sebenarnya aku baru je abis Kursus Induksi Umum dekat Woodvalley Village, Sungai Congkak, Hulu Langat. Tempat ni memang dekat la dengan rumah anak yatim At-Takwa yang kena tanah runtuh tu. Kebetulan masa kejadian aku ada lalu dekat situ sebab nak balik rumah. Memang banyak la bomba, polis, ambulans yang lalu dekat kawasan tu. Masa aku lalu tu aku memang tak tahu kejadian apa yang berlaku. Dalam kepala dah fikir mungkin ada orang yang lemas sebab situkan kawasan perkelahan. Dikesempatan ni marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepad anak-anak yatim yang menjadi mangsa tanah runtuh tersebut.
Sebenarnya nak kata terseksa tu, tak jugak… Bila di fikir-fikir balik, seronok jugak sebab dapat kenal ramai kawan dari pelbagai agensi kerajaan yang lain. Ada gak kawan aku yang ambik kesempatan nak mengorat awek masa-masa macam ni… (Aku tak la ye… Baik je masa kursus. Haha…) Sampai ada yang bermusuh sebab berebut awek yang sama. Parah betul bila dah sampai tahap macam ni. Lantak diorang la kan… Yang penting aku lulus exam induksi ni dengan jayanya nanti dah.