Apek Dan Leuniey Kahwin Disember ini? Ini memang satu cerita yang agak megejutkan semua pihak. Selepas pelbagai gosip yang melanda penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek akhirnya akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini.
Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek sendiri, Che Mat Hussain. Menurut bapa Apek mereka kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut tetapi tarikh perkahwinan masih lagi belum diputuskan.
Lepas dengar berita ni, ramailah perempuan dekat luar sana tu yang frust. Bolehlah korang semua sediakan tisu berkotak-kotak untuk mengesat air mata korang kerana tidak berjaya menambat hati Apek. Maka dengan ini, tertutup sudahlah peluang gadis-gadis yang meminati Apek untuk mendapatkan hati beliau. Haha…
Semoga segala perancangan dan apa yang diimpikan oleh kedua pasangan akan berjalan dengan lancar. Bagus la tu Apek cepat-cepat kahwin dengan Leuniey. Harap lepas ni takda la lagi macam-macam gosip yang dengarkan.
eloklah tu. baik kahwin cepat-cepat.
Itu yang sepatutnya.
seoga ape dirancang menjadi utk mereka heheh
selamat pengantin baru!
Itulah.. Harapnya macam tu.. Jangan tak jadi lagi sudah..
katanyer, apapun doakan yg baik2 ajelah ye
Itulah dia.. Harap jadilah kali ni kan.
Mula-mula nafi ada hubungan sekarang pula sudah ada perancangan hendak bernikah. Mana satu yang betul nih?
Biasa la kalau sudah terkenal, semua benda hendak sorok. Tapi akhirnya sampai jugak ke pengetahuan umum.
mesti jejari runcing hangin dengar berita ni..huhu
Mungkin jugak tu. Tah-tah lepas ni dia pulak balas balik.
Hazmin..
Tak frust langsung please. Si Apek ni bila cakap pon macam orang lidah pendek je. Haha Sorry lah bukan nak kutuk. Sebab Mummy rasa takder pon special sangat si Apek ni. Kontroversi melebih sangat. Kesian wanita lain yang pernah menjadi gf dia. Senang sangat cari cinta baru. Harap kekal lah yang ini. Ini yang ketiga kan?
Biasa la orang pantai timurkan mummy.. Hehe.. Eyh.. Orang perempuan bukan ramai minat Apek ni ke? Ke Apek cina? hehe