Bermula hari ni sampai Khamis aku tak dapat nak berblog seperti biasa. Itu bermaksud aku hanya mampu membuat entri secara mobile sahaja. Memang tiada kepuasan di situ. Tapi jadilah daripada tiada langsung. Nasib iPad dan BlackBerry sentiasa memahami apabila diperlukan. Kalau tak memang mati kutu jugak. Maklumlah masih belum mampu untuk memiliki kumputer riba.
Tuntutan kerja terpaksa dipenuhi. Berblogging cuma sekadar mengisi masa lapang dan tidak boleh dijadikan sumber pendapatan. Sekadar blogger picisan masib belum mampu menjana apa-apa daripada blog. Maka yang wajib didahulukan, pencapaian diutamakan. Aik, lain macam pulak perumpamaan. Macam kenal?
Hari ni perjalanan sejauh 500km terpaksa diharungi. Dari Seri Kembangan ke Sungai Buloh. Kemudian ke Padang Serai, Kedah dan seterusnya ke Sungai Bakap, Pulau Pinang. Akhirnya, bermalam di Taiping, Perak sebagai penamat untuk hari ini. Memang penat seharian memandu kereta.
Esok, destinasi sekitar Taiping dan seterusnya ke Kuala Kangsar dan Ipoh sehinggalah hari Jumaat menjelma. Harap tiada sebarang masalah.
Beberapa hari ni memang blog akan terabai. Maaf kalau komen yang ditinggalkan tidak dibalas. Kunjungan balas ke blog rakan-rakan jugak tidak dapat dilakukan. Tanpa perkakasan wajib seorang blogger iaitu komputer riba, memang tiada apa dapat dilakukan. InshaAllah, hujung minggu baru boleh melawat ke blog kamu semua ya.
Nak cas tenaga untuk memandu esok hari pulak. Selamat malam.
– Posted using BlogPress from my iPad
Belum ada peluang nak update blog dari telefon..haha
Hehe.. Lepas ni mana tahu ada peluang pulakkan.
Bro nak tanya sikit la. Camna nak bagi tulisan kita justify kalau update guna ipad atau hs? kena masukkan codding satu-satu ke?
Alamak, cikgu pun tercari-cari cara nak justify kalau guna mobile ke. Saya pun sampai sekarang tak jumpa penyelesaian. Pernah edit theme dan bermain coding, tapi tak jadi.
Pernah jugak masukkan coding di iPad dan handphone, tapi memang sangat leceh dan memenatkan. Yang ni saya justify semasa di rumah. Belum jumpa lagi caranya. Kalau dah jumpa saya update.
jauh berjalan tu
Sop pun sama, kalau x sempat tulis guna komputer, telefon yg sop guna untuk berblog
skrg ni dah syok guna tepun untuk menulis entry.. hehehe
Hehe.. Kalau dah ada keserasian untuk update entri dengan telefon memang best la. Macam saya menggunakan BlackBerry terasa sedikit berat. iPad 2 pulak kamera kurang cantik.
wahwahwah ohsemnye boleh “Posted using BlogPress from my iPad” =P
err jauhnye perjalanan. urusan kerjakah tu? otw balik tu nanti mesti lalu area Sungkai,Perak . roger la teman. ehehe
untunglaa boleh blog thru mobile..hehehe..xpe bro, urusan yang penting harus didahulukan..hehehe
Regards,
-Strider-
singgah ipoh roger lah! hahaha
pergi jauh ni.. de kerja ke bercuti-cuti?
mmg tak semua boleh buat duit dgn blog, tapi ia bukan mustahil.. dapat sikit2 bolehlah..
Kan kan? Blogging ni sekadar sampingan je. Tak smua org boleh jadikan blogging sumber pendapatan utama ๐
memang sangat memenatkan tu, bro
tambah lagi bila memandu seorang diri
Yang diutamakan kerjaan apa nih?boleh tahu tidak!
aah update blog pakai mobil mang tak puas.
buat ape pusing satu malaya nie bro? keje ape?
semoga semuanya selamat bro ๐
amboi tak mampu nak miliki komputer riba,ipad hp canggih.hehe
selamat bekerja..ye yg wajib didahulukan,pencapaian diutamakan..bog terabai takpe,jgn sumber pendapatan..:)
jalan sungguh ni……
semoga selamat semuanya ye…. have a safe journey!
Bro, kalau takde iPad dan BlackBerry tuu, ada dah komputer riba satu dengan spesifikasi yang baik dan molek. Tinggal tambah dalam RM100 untuk broadband bersertakan modem. Lepas tuu, google search cara up bandwidth broadband lepas dah habis limit.
Rekemen, gunalah broadband celcom 1 Mesia hok SKMM tuu. ๐
yep..utamakan tugas wajib dulu..
saya sampai sekarang masih x pernah lagi blogging guna mobile, heehe
500km..wow…semoga semunya berjalan lancar yer bro…
mestilah tugas hakiki perlu diutamakan…blog boleh dikemudiankan
yeah selamat menjalankan tugas hehe
takpe, aku pun ada komitmen study jugak. ada masa blogging tu terganggu jugak laa. tapi serius blogging ni best! kuala kangsar? kot kot lalu MCKK tu ingat la aku okay? HAHA. sekolah lama aku tuu. ๐
kerja hakiki mestilah diutamakan..samalah kita bro
takpe. terabai pun..ada orang datang gak. hehe
boleh tahan jugak tu drive…
moga selamat semuanya..
p.s. nasib ada jugak ipad, bolehlah buat peneman =)
terbaik.. huhu.. travel mcm best je..ade lg ipad nak update blog,..
Sekali sekala travel memang seronok tapi kalau dah kerja asyik travel saja krn tuntutan kerja outstation sampai anak2 cuma sesekali tengok ayahnya memang sangatlah boring..
Mana yang lebih penting kita dulukan dahulu..
takpe, take ur time…
buat mana yg penting dulu..
Good luck semoga selamt semuanya. Samalah gua time out station schedule je post haha
hati2 memandu, kerja akak pun byk travel, syiok sebabnya dapat makan makanan negeri lain ๐
Wah hebat. Sebelum ini kemas kini blog dari BB dan sekarang pula dari iPad. ๐