Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan wajah baharu Airbus A380-800, pesawat utama syarikat penerbangan itu, yang akan diserahkan pada Jun.
Berbeza dengan jalur warna merah dan biru sebelumnya, badan pesawat A380 dua dek itu kini mempunyai jalur tiga variasi warna biru, dengan diselangi garisan berwarna perak, pada bahagian tengah badannya yang berwarna putih.
Logo ikon ‘wau’ Kelantan pada ekor pesawat itu dikekalkan tetapi dalam warna biru, dengan tulisan ‘Malaysia Airlines’ pada kedua-dua sisi kapal terbang itu.
Bagaimanapun, wajah baharu itu tidak melibatkan kumpulan pesawat sedia ada,melainkan jika pengurusan MAS membuat keputusan sebaliknya.
Pesawat A380 itu mempunyai 494 tempat duduk dalam konfigurasi tiga kelas terdiri daripada tempat duduk kelas pertama dan 350 tempat duduk kelas ekonomi di dek atas. Pesawat itu akan dikendalikan oleh seramai 18 orang anak kapal.
cantik gak design nya tu kan..
Tu la.. Harga pun mesti cantik jugak tu..
teringin maa mahu naik ini kapal terbang..
Tapi bila la mampu nak naikkan.
Cam best je kapal terbang baru ni…. Dah lama tak naik kapal terobang… huhuhu
Confirm best ni. Cuma mampu atau tak mampu je nak beli tiket nak naik.