Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Azza(Elite) kerana akhirnya sah bergelar isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily dengan hanya tiga kali lafaz. Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman selepas solat Asar tadi.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, kelihatan ayu mengenakan pakaian nikah rekaan Syafeq Aiman berwarna krim sementara solekan pula sentuhan Deq Sha.
Pada majlis itu pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranyaterdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300. Pihak perempuan pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan.
Kedua-dua belah pengantin bersetuju dengan jumlah wang hantaran sebanyak RM10,000.
Majlis yang serba sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan media serta teman artis seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.
Gembira rasanya apabila melihat Azza yang telah hampir tujuh tahun hidup menyendiri akhirnya menemui pasangan yang sesuai. Tahniah diucapkan kepada Azza Elite dan Azlan di atas perkahwinan ni. Semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.
cantik lak azza nie … :))
Masa kahwinkn semua pengantin kena cantik-cantik
mcm paparazzi ajer..hahaha ngedap retis!
Saja je nak test theme blog yang baru ni. Mantap tak SEO theme ni. Kih3… Alasan…
hurmm..comey sngtt!!!! 🙂
Harap diorg berkekalan 🙂
kahwin juga. tahniah. lepas ni pakai tudung terus aa..
Tanniah keada Azza dan pasangannya. 🙂