Suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M. Hari Khamis aku telah menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M. Majlis telah diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pagi-pagi lagi aku dah terpacak dekat PICC tu. Selalu tengok dekat tv je macam mana Majlis Sambutan Maal Hijrah ni berlangsung. Kali ni aku dapat saksikan sendiri depan mata bagaimana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan ni berlangsung. Memang suatu pengalaman yang cukup menarik.
Pada tahun ini, tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah dipilih bagi memberi gambaran tentang seseorang individu itu perlu tegas tetapi tidak ekstrim dalam menyelesaikan sesuatu hal yang berkaitan prinsip. Gambaran yang diberikan itu adalah sama seperti bagaimana Nabi Muhammad SAW melakukan transformasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada umat Islam semasa melakukan penghijrahan.
Kumpulan nasyid Hijjaz turut memeriahkan lagi Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dengan membuat persembahan semasa acara pembukaan. Kumpulan Hijjaz bagi aku memang antara kumpulan nasyid yang terbaik dan masih lagi bertahan sehingga sekarang.
Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan suasana penuh harmoni. Tempat Datuk Seri Najib berucap tu memang dekat la dengan tempat aku duduk ni. Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Acara kemuncak bagi Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H/2012 tiba apabila pengerusi majlis mengumumkan nama penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Ia menjadi milik bekas Setiausaha Agung Kehormat kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Abdul Hamid Othman, 73. Walaupun beliau telah pergi menghadap Illahi, tetapi jasanya kepada negara tetap dikenang sampai bila-bila.
Majlis Sambutan Maal Hijrah pada hari itu diakhiri dengan persembahan pantomim di bawah pimpinan pelakon, komposer dan penulis terkenal, Siso. Antara yang terlibat adalah kumpulan Hijjaz dan juga kumpulan daripada UKM dan juga USIM. Memang hebat persembahan diorang ni. Semoga Awal Muharam merupakan pembuka kepada tahun hijrah yang membawa erti sangat besar kepada seluruh umat Islam di dunia.
meriah,,,
untuk bro dapat sertai…
Untungnya dapat tengok live.. 🙂
Wah menarik tu…
Aku tengok selingan kat TV je..
tak berkesempatan pulak nak attend majlis ni. Rugi
Takpe bro, tahun depan boleh try datang.. 🙂
Seronok kalau dapat pergi ke majlis macam ni..buat masa sekarang ,saya masih belum berpeluang lagi..
Untung le hang yop……den jugak lah tak nenguk….keja manjang….ahakz
Wah! bagus dapat pegi ehhh… Semoga menambah kan lagi azam tahun baru
sambutan maal hijrah selalu bersederhana itulah yang elok
salam maal hijrah bro. terima kasih singgah blog.
Sama-sama bro.
salam maal hijrah~
Salam Maal Hijrah dan Awal Muharam Hazmin 🙂 bestnya dapat pergi, hazmin pergi under ape eh? ke sendiri2. Untuk tema kali nie wasatiyyah tunggak kesatuan ummah tu memang bermakna berbalik kepada pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
Saya pergi under Lembaga Getah Malaysia.. 🙂
Meriah betul upacara sambutan ni…
sangat meriah kan mummy ? hehe
wahhhhhhhh menarik… xpnah join event cmnie
sungguh menarik majlis sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan ni..
PICC..memg best…
Banyak kali pergi PICC ke bro?
saya x pernah lagi pi majlis mcm ni
Bila lagi nak merasa bro? Hehe
wahhh tahniah sebab dapat meraikan bersama
Terima kasih kak.. Mula-mula macam tak semangat nak pergi. Bila dah pergi memang best sangat.
Oh, rostrum berucap letaknya ditengah tengah audien..selalu kat depan sekali..
Itulah… Penyampaian anugerah tokoh Maal Hijrah juga di tengah-tengah penonton. Bagus juga dibuat mcm ni. Lebih dekat dengan PM kita.
Alangkah baiknya jika Dr Mahathir juga hadir dan diletakkan sebelah Pak Lah Badawi. Barulah nampak kedua-duanya telah berhijrah dari zaman konfrontasi kepada zaman realiti…
Betul tu bro. Saya setuju kalau Tun Mahathir hadir sekali masa tu sebaris dengan bekas PM…
wak dh lama nak amek gambar foto malam2 kat PICC tuuu.. UHhuuu
Memang cantik wak PICC malam2… Lepas ni boleh la ambik pic PICC malam2 pulak wak.
Masih lagi tidak dapat melihat hero malaya berbaju Melayu. 🙂
Hahaha… Takda siapa yang sudi nak ambik gambar saya bro.
bertuah juga kalau dapat aktiviti2 macam nih kan…
Bukan senangkan nak dapat merasai suasana macam ni. Best2
memang menarik tu..
sekali je penah masuk PICC tu
Takpa bro, next time boleh try datang lagi PICC ni…
tu la pasal..cam menarik n meriah je tengok… colourful je tengok..cantik! 😉
Yela.. Semua berbaju melayu berwarna warni. Memang meriah..
meriahnya bro …warna warni yang dalam event ni
Dah macam tadika pulak rasa bro cakap macam tu.. Haha
haha..maksudnya bro ..cantik laa tu ..hehe
Saja gurau-gurau bro.. Kih3.
haha..eh takpe bro, apa macam hari tu ? memang best berkumpulkan ? haha
WAHHHHH best gilaaaaa wonderful moment everrrr~!
Memang best pun Jna… Tak sia-sia bangun awal-awal pagi…
Macam menarik jer boleh dapat pergi ke majlis sebegini. Owhh DS Najib bukan berucap dari atas pentas ya… 😀 ingatkan atas pentas…
Salam maal hijrah bro.
Sebenarnya Majlis ni orang awam pun boleh datang jugak.. DS Najib dan VIP lain duduk di tengah-tengah tempat penonton.. Pentas utama tu untuk buat persembahan je. Hehe
ramainya org datang
bertuahnya dapat pergi 🙂
Mula-mula macam malas nak pergi. Bila dah pergi rasa best pulak. Hehe.