Dah puas seminggu cuti raya, hari ni mesti ramai yang dah masuk ofis balikkan. Ke ramai lagi yang tak puas cuti? Jalan-jalan dekat Kuala Lumpur ni macam biasa mesti dah mula jammed balik masa nak pergi dan balik kerja. Huh… Keadaan yang sangat tak best disulami dengan perasaan sumpah seranah dari pengguna jalan raya. Nasib la aku masih lagi setia menggunakan pengangkutan awam.
Tapi hari ni terasa sangat ‘heaven’ bila aku masih dapat bercuti sehari lagi berehat-rehat di rumah. Memang satu perasaan yang sangat best bila ramai bekerja, tapi aku berehat-rehat di rumah. Ramai jugak yang mengeluh sebab kena kerja, tak kurang jugak pelajar-pelajar yang kena pergi kelas hari ni.
Tak sia-sia perancangan aku ambik cuti lebih sehari lepas raya. Apa pulak perasaan korang yang kena kerja hari ni ya?
Posted with WordPress for BlackBerry.
ikut menyimak yaa
cuti memmang bagus, tapi tanggungjawab diutamakan
Tanggungjawab memang penting. Tapi ada masanya kita perlu ambil masa rehatkan diri selepas setahun berhempas pulas bekerja π
Bestnya cuti lagi….. Salam Aidilfitri….
Cuti sudah berakhir. Sekarang rutin kembali seperti biasa.
Alah … baru nak tumpang gembira bagi mereka yang masih bercuti….. π
Kalau terlalu lama bercutipun tidak elok juga. Boleh mendatangkan perasaan malas yang melampau. π
Salam.
Selamat bercuti lagi….
Tapi cuti macamana pun kerja kena pergi juga.
Wish satu hari tak perlu nak pergi opis…. π π π
Wowww!! Memang bahagia kalau dapat cuti lepas raya lagi..
Sebab mood masih ke laut lagi π
Tp apakan daya tuntutan kerja mengatasi segalanya π
Itulah, memang best kalau dapat cuti lagi lepas raya. Takda la kena penyakit Monday blues macam orang lain.
Semalam memang ramai lagi yang bercuti… jalan pun kurang jam. π Paling best ada sambung terus sampai Hari Merdeka pun ada.
Terfikir jugak nak sambung cuti sampai Merdeka. Tapi terasa agak melampau la pulak. Hehe
yg tu mmg dh terlebih cuti lak..hehe
Itu la, nasib lebih sehari je. Haha.
Hari untuk menikmati cuci segera berakhir, saatnya untuk memulai aktivitas kembali ..
Selamat hari raya Idul fitri, semoga dipertemukan dengan rhamadhan tahun berikutnya
dah macam cuti kawin pulak…heeee
selamat hari raya untuk bro disamping keluarga
Sebab masa cuti raya je berpeluang dan mempunyai alasan yang munasabah nak cuti lama. Selamat hari raya kepada bro denaihati juga.
Saya cuti lagi esk..yeahhhhhh….
Untung la masih cuti lagi esok.
Wah betul-betul Raya sudah nih. π
Biasanya hari isnin paling malas nak pegi kerja, tu yang saja ambik cuti lebih.