• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Belanja Rakan Sepejabat

Belanja Rakan Sepejabat

By Hazmin Hamudin | 30 April 2014 | 8 Comments

Belanja Makan

Semalam aku belanja rakan sepejabat makan besar. Haha. Besar la sangatkan bunyinya. Takda la besar mana. Cukup la sekadar kecil-kecilan je pun. Tak perlu nak membazir dan beriya sangat. Hehe. Apasal tetiba aku baik hati nak belanja diorang semua makan pulakkan. Aku belanja ni sempena aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hari tu. Rezeki yang kita dapat perlulah dikongsi bersamakan.

Sebenarnya aku share dengan member unit sebelah yang turut dapat APC jugak. Kira bukan aku sorang jela yang kuar modal. Makanan ni beli je dengan makcik gerai belakang ofis. Tak kuasa nak masak-masak eh. Haha. Menu adalah seperti di atas tu. Masak lemak ikan talang, ayam goreng, ikan bakar dan ulam-ulaman. Amacam? Menu ni untuk 25 orang makan. Cukuplah untuk melantak sepuasnya tengah hari semalam.

Benda ni macam dah jadi kebiasaan dah dekat pejabat. Siapa yang dapat anugerah, kenaikan pangkat, atau yang seangkatan dengannya akan belanja makan. Tapi takda la wajib kena belanja.  Tu dah macam memaksa la pulak. Ikut kemampuan jugak la. Nak seronok-seronok je pun. Tahun depan giliran orang lain pulak la yang belanja makan kalau dapat APC. Giliran aku dah lepas. Hehe.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • suriaamanda 18 June 2014 at 7:16 PM

    Sama la…cuma bezanya SA tiap2 hari makan dan belanja kawan2…ye la masing2 bawak pot luck hari2 kita belanja la tu kan….

    Reply
  • Hafizul 30 May 2014 at 12:05 PM

    Hahaha…terbaiklah bro..bukan selalu kan buat amal macam ni..bila plak turn saya???haha

    Reply
  • Nadot 11 May 2014 at 9:46 PM

    rindunya makan-makan lauk kat Malaysia…. sedap je nampak semuanya… huhuhu
    Tahniah dapat APC.. semoga lebih cemerlang lagi masa depan 🙂

    Reply
  • t.a.t.a 5 May 2014 at 12:57 PM

    Min, sempena APC, si dia tak belikan gadjet lain lagi?

    Reply
  • lieya_latif 5 May 2014 at 10:12 AM

    alhamdulillah…rezeki yg dpt dikongsi bersama…berkat hidup ko dik…

    so akak ko ni bile ko nak belanje? hahahaahaha

    Reply
  • Siti 1 May 2014 at 2:42 PM

    Semoga lebih murah rezeki 🙂

    Reply
  • amirulfaiz 30 April 2014 at 11:57 PM

    Tahniah dapat APC. Ini betul syukur, kegembiraan dikongsi dengan rakan-rakan.

    Reply
  • JR 30 April 2014 at 4:09 PM

    Tahniah kerana dapat APC. Ia manifestasi pengiktirafan sebuah kerja keras. Semoga Allah murahkan rezeki dan lepas ini dapat APC sekali lagi….

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Henti Minum Kopi Luwak Sehingga Disahkan Halal

By Hazmin Hamudin

Gangguan Makhluk Halus Punca Pelajar UPSI Terjun Bangunan

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sanda Dan Jejai Di Perlis

By Hazmin Hamudin

Aku Main Futsal Ke Futsal Yang Main Aku Ni

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Hasil Seni

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in