• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Gambar Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

By Hazmin Hamudin | 27 February 2012 | Leave a Comment

Selepas berlangsungnya majlis pernikahan mereka pada 23 Februari lalu, aktres jelita Lisa Surihani dan Yusry KRU atau Yusyi Abdul Halim mengadakan majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) malam Ahad.

Perkahwinan Lisa dan Yusry 1Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.

Tema pada malam itu adalah berkonsepkan ala ‘French Vintage’, yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage. Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.

Perkahwinan Lisa dan Yusry 2

Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra.

Perkahwinan Lisa dan Yusry 3

Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki. Turut disertakan acara berbalas pantun sebelum pengantin lelaki duduk di atas pelamin.

Perkahwinan Lisa dan Yusry 4

Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi.

Perkahwinan Lisa dan Yusry 5

Ini merupakan perkahwinan kedua Yusry manakala yang pertama untuk Lisa. Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Perkahwinan Lisa dan Yusry 6

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Bayar dan Duduk

By Hazmin Hamudin

Lan Kristal Dapat Anak Perempuan

By Hazmin Hamudin

Perutusan Khas Sempena Hari Malaysia 2011 Oleh Perdana Menteri

By Hazmin Hamudin

Gambar Sekitar Kempen Earth Hour 2013 Semalam

By Hazmin Hamudin

Kursus Khas Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in