Hampir seminggu berlalu baru aku berkesempatan untuk bercerita di blog. Alhamdulillah, 26 Februari 2013 bertambah lagi satu angka pada rentetan usia dan bermulalah angka baru dalam perjalan hidup aku. Begitu pantas dirasakan masa berlalu pergi meninggalkan kita. Semakin hari semakin dekat juga kita kepadaNya.
Syukur padaNya kerana masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik untuk mencari rezeki yang halal dan berkati. Semoga diberi kekuatan dan semangat yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dariMu di kemudian hari.
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah mengucapkan selamat hari lahir kepada aku yang mana kebanyakannya melalui lama Facebook dan juga kawan-kawan sepejabat. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu dibalas.
Tahun ini memang sangat istimewa. Tidak seperti tahun-tahun sudah. Tidak pernah terfikir akan mendapat kejutan sebegini rupa dalam hidup aku. Walaupun tiada sambutan hari lahir, tapi dia telah membuat kejutan dengan mengirimkan sejambak bunga ke pejabat. Memang sangat terharu, tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Pulang dari pejabat dengan menaiki LRT sambil membawa sejambak bunga yang besar memang terasa sangat ‘bangga’. Hehe.. Terima kasihย Si Masa Depanย saya untuk kejutan ini.
selamat hari lahir..tahniah
Terima kasih.. ๐
Bawak bunga dalam LRT. Wahhh.. tak de orang menjeling sambil berbisik..”mat bunga” ke? heheh
Hehe.. Mungkin ada.. Tapi kena buat bodo jela… Buat-buat tak nampak je.
kalau hana pun hana rasa ‘bangga’ bila bawa bungga besar cmtu. bungga hidup ek.. waahh..
A’ah la hana.. bunga hidup tu.. Hehe..
Hepi bisday…tapi hari lahir ke berapa ye? Hari lahir ke berapa tak penting, yg penting setiap tahun kita semakin dekat menemuiNya….
Terima kasih bro JR.. ๐
apapun, selamat hari lahir. ๐
Terima kasih cikgu.. ๐
Happy besday sayang.. Heeeee….
Terima kasih sebab bagi bunga tu… ๐
ehem ehem.. umor ke berapa ni? hahaha :p
btw, selamat ulang tahun kelahiran, semoga berjaya dunia dan akhirat ๐
Umur yang ke…. Cari sendiri.. Hehe… Terima kasih ye.. ๐
Tahniah..moga sentiasa diberkati olehNya..
Terima kasih.. InshaAllah bro.
aku nak ucap jugak le. tapi xde bunga
Aku nak kad ucapan jugak. Haha
selamat hari lahir bro…
Terima kasih bro
selamat ulang tahun kelahiran bro
Terima kasih bro…
awek la tu yg bagi..huhu
Hehe.. Biasa la tu bro..
hapi besday bro
muga mendapat yg terbaik
mesti gembira dapat kejutan tu kan? mmg romantik si masa depan.. hehehe
Terima kasih bro sop.. Memang gembira pun bro.. Tak disangka..
Selamat hari lahir bro. Bila hendak membina mahligai impian? ๐
Terima kasih bro. Masih lagi dalam proses mencari bahan untum membina mahligai. Hehe
tahniah tambah lagi satu angka umur tu ye, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ๐
Terima kasih kak… ๐