• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Rumah Diserang Kelkatu

Rumah Diserang Kelkatu

By Hazmin Hamudin | 1 October 2014 | 27 Comments

Semalam sekitar pukul 11.00 malam tiba-tiba rumah diserang kelkatu dengan banyaknya. Serius, ni serangan yang paling banyak pernah terjadi. Kalau dekat kampung-kampung mungkin perkara ni tidak menghairankan. Tapi ni dekat bandar kena serang macam ni memang aku rasa pelik jugak.

Masa serangan aku dekat dalam bilik sebenarnya. Dari dalam bilik dah dengar ibu bising-bising dengan adik aku dekat dapur. Sekali bila aku bukak pintu bilik, tu dia kelkatu meluru masuk bilik aku dengan banyaknya sebab hanya bilik aku yang berlampu masa tu. Badan dah geli geleman dah sebab aku tak pakai baju.

Takkan aku nak biarkan macam tu je. Terus aku tutup lampu bilik pulak. Kelkatu ni terus pergi serang dan mengerumuni skrin komputer aku pulak atau apa sahaja yang bercahaya pada masa tu. Sudah. Tak boleh jadi macam ni. Jawabnya memang bergelap la satu rumah. Cuma bukak lampu di luar je.

Aku pun dah ngeri tengok kelkatu membunuh diri beramai-ramai dalam rumah aku ni. Banyak jugak yang jatuh dengan kepak tertanggal dan seterusnya mati akibat tak tertahan dengan kapanasan lampu. Aku nak ambik gambar kelkatu ni semalam pun tak terdaya. Betapa hebatnya segerombolan kelkatu ni. Lepas serangan terus aku Google mencari punca serangan kelkatu ni.

Apa itu kelkatu?

Kelkatu atau dalam bahasa Inggeris di panggil sebagai ‘Termite Swarmers’ merupakan satu peringkat kitaran hidup bagi serangga anai-anai (termite). Anai-anai merupakan serangga bersosial yang mempunyai kitaran hidup dari telur, nim, pekerja, askar, anai-anai dewasa berkepak (kelkatu), jantan dan ratu. Kelkatu merupakan fasa terakhir untuk anai-anai dewasa jantan dan betina mengeluarkan kepak dan ‘swarming’ kekawasan baru secara berpasangan untuk proses pembiakan.

Rupanya kelkatu ni asal daripada anai-anai. Patut la bukan main banyak lagi kelkatu ni serang rumah aku. Aku dah tahu puncanya. Rumah aku ni sebenarnya agak teruk jugak diserang anai-anai di bahagian dapur. Maka tak hairan la tiba-tiba kelkatu datang serang dengan banyaknya. Tak boleh jadi macam ni. Kena buat sesuatu sebelum serangan kedua menyusul. Dah tahap teruk dah ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Natasha 28 April 2019 at 6:15 AM

    X larat nak sapu sy vacum kan aje dorg tu die punye banyak mmg berjemaah lah…dah la nak keje pastu pk kan die lagi Allah …. bertabah lah

    Reply
  • Sop 8 June 2017 at 8:06 AM

    Dulu kat kg biasa kena serang ni
    Kalau tetiba banyak tu biasa nak hujan lebat atau banjir
    setakat ni kat KL xda la kena lagi.. huhuhuh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 June 2017 at 8:08 AM

      KL tak kena dengan kelakatu kot. Haha

      Reply
  • Bunda 8 December 2016 at 6:27 AM

    Malam tadi rumah bunda dalam pukul 11.30 pm pun tiba2 kena serang dengan kelekatu. Bukan sikit2.. tiap lampu dia ada.. walaupun lampu tidur bateri kecil tu. Terkejut betul. Jenuh riuh rendah malam tu berdua dengan anak, spray dan menyapu bangkai dan kepak2 yang bertaburan.

    Pagi ni bila bunda teringat, bunda cuba google…bunda dapati konklusinya apabila berjumpa blog anakanda Hazmin Hamudin. Terima Kasih.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 December 2016 at 9:09 AM

      Jawabnya kena tutup lampu saja la kan bunda kalau dah kena serang dengan kelekatu ni. Hehe

      Reply
  • maszull 5 May 2016 at 6:56 PM

    assalamualaikum Hazmin…tutup lampu atau letak air…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2016 at 6:58 PM

      Waalaikumsalam. Selalunya saya tutup lampu je.

      Reply
  • siti maimun 16 March 2016 at 4:02 PM

    huhu… slalu kalo gini mmg tutup aje semua lampu….

    Reply
  • Noriza Rahman 3 November 2014 at 11:43 AM

    Memang kalau kelkatu ni menyerang huuuu jenuh nak menyapu sayap dia. Lagi sapu lagi banyak yang terbang

    Reply
  • Padin 17 October 2014 at 1:00 AM

    hehee teringat masa di matrik, kelkatu masuk ke dalam rambut afro aku… kihkih,

    Reply
  • Ezad Skytech 8 October 2014 at 5:17 PM

    biarkan bergelap…tu je caranya…rumah aku pun pernah juga kena serang kelkatu ni…huhu

    Reply
  • anies 8 October 2014 at 11:28 AM

    knape x gantungkan plastik kt lampu? x pun letak cili kering kt lampu tu…

    Reply
  • jari manis 3 October 2014 at 1:27 PM

    ala..x der gambar.kalau x leh tgk rupa kelkatu tu..nampkanya perlu google 🙂

    Reply
  • suri 2 October 2014 at 11:40 AM

    selalu mak akan letak air dekat bawah cahaya lampu erk.apa motif dah lupa.selau juga tutup lampu.kalau buka lampu luar rumah ok je tapi esok jenuh nak sapu sebab banyak kepak bertebaran 😉

    Reply
    • Padin 17 October 2014 at 1:03 AM

      Senang nak buang kepak yang jatuh kot kalau dalam air..

      Reply
  • Dja@Sishaza 2 October 2014 at 8:44 AM

    Ya, memang ramai lagi tak tahu bahawa kelkatu tu asalnya daripada anai2…kalau kat kampung ni, sis matikan semua lampu dalam rumah dan pasang 1 je lampu kat garaj. Lepas tu tadahkan 1 besen air kat atas lantai betul2 di bawah lampu tu. Nanti spesies tu akan buat terjun tiruk kat besen tu hihihi … kurang la sikit kerja2 menyapu nanti 😀

    P/s: kalau ikut Kamus Dewan edisi ke-4, ejaan sebenarnya adalah kelekatu ..

    Reply
  • ajumohit 2 October 2014 at 5:37 AM

    janganlah datang ke sini pulak, bebudak ni takut betul dengan binatang berkepak ni

    Reply
  • puteri kasih 1 October 2014 at 11:11 PM

    selalunya bila rumah kena serang kelkatu, puteri tutup lampu je, duk dalam gelap.

    Reply
  • JR 1 October 2014 at 9:29 PM

    Rumah saya juga kadang-kadang diserang kalkatu. Cara paling mudah tutup lampu selama beberapa minit hingga serangannya reda…

    Reply
  • titan 1 October 2014 at 6:32 PM

    tutup lampu. itu aje ubatnya.

    Reply
  • Anak Askar Pencen 1 October 2014 at 6:16 PM

    Dulu dapat tau kelkatu ni anai-anai lepas tengok National Geography. Check-check dalam rumah, confirm ada anai-anai. Mujur dapat detect awal, kalau tak mau roboh siling.

    Reply
  • Rokiah Abdul Hamid 1 October 2014 at 3:24 PM

    kelkatu ni kalau taknak dia datang..tutup lampu..sure dia pergi cari rumah orang lain yg terang

    Reply
  • Strider 1 October 2014 at 2:39 PM

    perghh…aku nasib baik belum pernah kena serang ramai2 mcm ko..biasa yang tersesat pernah laa jumpa…aku geli skit bab2 macam nie..klu kerana serang mesti aku keluar dr umah..hahha

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • daddyziyyad 1 October 2014 at 12:34 PM

    Oohhhh..TQ bro….entry ini banyak bagi info..
    Baru saya tau kelkatu tu asalnya anai anai!
    Tapi perasan tak, paling byk kelkatu bila malam lepas hujan

    Reply
  • akubiomed 1 October 2014 at 11:59 AM

    Dengan serangga kelkatu yang banyak mati. Boleh buat masak apa agaknya? 🙂

    Reply
  • yui 1 October 2014 at 11:45 AM

    yg duk bc ni pun sampai terasa serangan kelkatu
    Hebatnya ayat anda. Hihi.

    Reply
  • ema 1 October 2014 at 10:55 AM

    musim kelkatu dah ke? memang kelkatu suka tempat cerah..bergelap sekejap..buka pintu rumah…kasi dia keluar pergi serang lampu kat luar..kalau ada lampu jalan lagi senang..yang penatnya bila nak sapu dia punya sayap tu..

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 (17 – 20 Mac 2011)

By Hazmin Hamudin

Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter Tidak Halal

By Hazmin Hamudin

Terkini – Gambar Perhimpunan BERSIH 3.0 Duduk Bantah

By Hazmin Hamudin

Penggodam Anonymous Ingin Menyerang Facebook

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Pesta Cahaya 2013

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in