Seronok bekerja sehari sebelum raya ni. Haha. Ayat penyedap hati? Mungkin jugak. Tapi orang bujang macam aku ni apa ada hal nak kerja sehari sebelum raya. Memang seronokpun. Ada siapa-siapa yang bekerja jugak hari ni macam aku? Boleh join the club.
Eh, apa yang seronok bekerja sehari sebelum raya ni? Pertama sekali yang aku suka ialah jalan pagi-pagi tak jammed. Balik kerja tu belakang cerita. Kalau yang bekerja betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur ni memang setiap hari berdepan masalah kesesakan lalu lintas ni. Hari ni pergi kerja memang jalan clear. Kira boleh senyum je sambil memandu. Haha.
Takkan tu je. Lagi? Part ni pun best jugak. Bila tiba hari raya, sudah pasti ramai yang berlumba-lumba isi borang cuti tak kira la secara online ataupun manual. Yang tinggal dekat pejabat berapa kerat jela. Haha. Tak seronok bekerja kalau dekat ofis tinggal berapa orang staf je? Dengan bos sekali cuti memang terasa heavenΒ dekat ofis ni.
Tapi nasib baik la Hari Raya Qurban je. Bukan nak shopping raya apa pun. Kalau tak memang dah hilang pergi shopping. Datang pagi-pagi punch card, lepas tu keluar pergi shopping. Ada ke yang shopping untuk Hari Raya Qurban ni? Haha. Memang tak pernah dibuat orang la.
Selalunya kalau tiba cuti raya macam ni yang jadi mangsa mesti pekerja yang memegang status bujang. Disuruhnya kerja hingga saat akhir. Apa ingat orang bujang ni tak boleh nak bercuti ke. Bab ni memang aku betul-betul tak puas hati. Haha.
Akupun sebenarnya tengah berkira-kira lagi nak ambik separuh ke atau kerja je sampai pukul 5.00 petang macam biasa. Bos dah bagi green light kalau nak ambik separuh hari. Tengoklah nanti macam manakan. Kalau tak kerja je la sampai petang.
kahwin ler cepat gamaknya…senang cuti awal….hoho
tu kira berkorban jg sebelum dikorbankan π
heheh. belum merasa alam pekerjaan. sehari sebelum raya memang lekat dekat rumah je kot π
Memang betul jalan smooth aja
hehe yang bestnye tak ramai orang. free je rasa.. haha tapi den blk lmbt gak ari senin semalam. tak smpat ke surau tuk takbir
syok sbb lengang
xbest sbb xramai org…
mood raya katakan… hehhee
Sop pun kerja samalam π
di malam takbiran ini saya juga ngeblog sembari bekerja sob
hihi. kt pun keje siang td..
sok ja cuti.. biasalah bujang =)
salam aidil adha π
oo. keciannya kerja.haha. aku apply cuti trus.hehe
takpe nanti dah kahwin akan melalui masa ini
balik lewat hari ni… sebab esok cuti raya, kena pastikan ATM machine ada duit utk esok…hurmmm
malam tadi sesak teruk jalan keluar Kota Bharu ke Tumpat
Orang bujang perlu berkorban bertugas untuk mereka yang sudah berkahwin untuk bercuti awal. π
Memang best klau keje masa2 gini sbb jln lengang + x sibuk sgt.. boleh relax2 π
Mcm asben pun rini keje sebab wlau da kawen kami kpg dekat je, so kena la asben keje π
hahahaha seronok ke tu?? itu badan je kat opis, fikiran dah ingat nak raya kan? hahahahaha
Time-time ni macam ni memang boleh buat ofis ni macam abah kita yang punya. Hahaha.
Kat ofis ko tinggal berapa kerat je yang keje skang ni?
Orang yang diberi peluang memikuk tanggung jawab hingga saat akhir ni ialah orang kepercayaan majikan. Orang penting. Peluang begini perlu diterima sebagai satu penghargaan. π
Belum masuk alam pekerjaan, belum merasa ‘kerja’ di hari raya hehe. Setahun dua lagi mungkin akan merasa semua ni, fuh!
den tengah kerja nih , sampai pukul 10 malam…wife den pulak esok kerja di pagi raya…hoho
yeah. join the club. tak beli apa-apa pun. lagi pun duduk dengan parent, so lagi la no hal.
hehe..sila kerja. gua cuti dari hari jumaat lagi.
orang bujang tak pe keje sebelum raya pon.huhu
Kih3. Ni diskriminasi di tempat kerja ni.
kalau takde benda kat ofis better balik rumah..haha, SELAMAT HARI RAYA AILDILADHA.
Haha. Pusing2 situ jugak. Selamat Hari Raya Aidiladha jugak bro.
Nak half day juga… tapi, takut balik rumah nanti, tido..kan ke rugi namanya tu.. hehe..
Takda nak membazir sebab cuti banyak lagi. Ada 41 hari lagi cuti.
sama laa bro…nampaknya kita geng..hari bonus keje time2 macam ni kalau boss takde..hahha..
Regards,
-Strider-
Haha. Betul tu bro. Patut time bos kerja la baru cuti. Haha
itu laa yang terbaik…
Jika rasa ada kepentingan di rumah sila buat setengahari. Jika tak teruskan sahaja π
Macam takda kepentingan je. Kih3.
bagi orang bujang macam kita ni dah terbiasa la kan bro bekerja sehari sebelum raya ..hehe.Selamat Hari raya Aidil Adha yer bro
Itulah. Memang jadi mangsa la jawabnya. Hehe. Selamat Hari Raya Aidiladha bro
selamat hari raya!
Selamat hari raya bro.