• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Wujudkan Garis Panduan Kawal Penulisan Blogger Taksub

Wujudkan Garis Panduan Kawal Penulisan Blogger Taksub

By Hazmin Hamudin | 19 February 2012 | 2 Comments

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewujudkan jawatankuasa bagi menyediakan garis panduan membabitkan kenyataan dikeluarkan ulama mahupun cendekiawan bagi mengelakkan orang ramai keliru.

Ini berikutan kewujudan laman siber tertentu yang digunakan sebagai ‘medan peperangan’ dalam mengkritik atau melontar tuduhan terhadap individu tertentu sehingga mengaibkan dirinya.

Beliau berkata, golongan itu gemar menjatuhkan hukum-hakam terhadap golongan tertentu yang lebih bermotifkan politik berbanding pertimbangan agama.

“Kecanggihan teknologi maklumat mendorong segelintir individu di kalangan blogger mahupun ulama yang taksub dengan fahaman politik tertentu bebas mengeluarkan fatwa lebih kepada berbaur politik.

“Fenomena itu memberi impak negatif terhadap agama kerana sifat fanatik mendorong individu berkenaan mengeluarkan kenyataan tidak adil lalu mempengaruhi pendengar mahupun pembaca yang mengikutinya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Hotel Seri Pacific, di sini, semalam.

Lebih membimbangkan, katanya, ada kenyataan sangat sensitif sehingga berbaur fitnah.

“Dakwaan mahupun fatwa dikeluarkan ulama terbabit menyentuh sensitiviti kerana ada yang menyentuh soal akidah individu yang disabitkan dengan tuduhan tertentu.

“Tindakan ini seolah-olah mempergunakan agama untuk mencapai motif tertentu dalam bidang politik,” katanya. – Metro Online

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 19 February 2012 at 6:17 PM

    Segelintir yang menulis dengan buta tuli. Mungkin yang cuba menyatakan kebenaran tetapi saluran yang ada tidak boleh dipercayai. Blog tempat untuk menyatakan kebenaran.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2012 at 11:18 PM

      sepatutnya sumber sesuatu cerita tu yang paling penting sebagai bukti kebenarankn.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Siapa Dari Batu Caves?

By Hazmin Hamudin

Le Tour de Langkawi 2011 | Peringkat 10

By Hazmin Hamudin

Maharaja Lawak Minggu 12

By Hazmin Hamudin

Surat Pengesahan Dalam Jawatan

By Hazmin Hamudin

Rindunya Dekat Dia…

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in