• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / Minum Teh Elak Serangan Jantung

Minum Teh Elak Serangan Jantung

By Hazmin Hamudin | 19 February 2012 | 13 Comments

Khasiat Teh

Pengambilan tiga cawan teh setiap hari cukup untuk mengelak anda daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2, menurut satu kajian terkini.

Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.

Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular.

“Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan,” kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP).

Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain.

Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran.

Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan.

“Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh,” katanya. – AGENSI

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ch000tz 22 February 2012 at 10:54 AM

    baeeeeekkk pasni minum banyak2 teh eyhh 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 February 2012 at 4:12 PM

      bagus.. jaga la kesihatan tubuh badan anda..

      Reply
  • nadia 20 February 2012 at 11:50 AM

    tula… nk kena beli teh bebyk nie… standby…

    Reply
  • nadia 20 February 2012 at 11:35 AM

    a,ah ADE… 🙂 OWhh ade lupa plak…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 February 2012 at 11:44 AM

      Kena minum teh byk2 la mcm tu kan..

      Reply
  • nadia 20 February 2012 at 11:32 AM

    ape lak main2… btl la… eh entry si masa depan xde ker??hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 February 2012 at 11:34 AM

      Awk ada sakit jantung ke? Ada je entri si masa depan seblum2 ni kan..

      Reply
  • nadia 20 February 2012 at 11:26 AM

    erm.. bleh try nie sbb saya pn kekdg sakit jantung gak..hihihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 February 2012 at 11:29 AM

      Uit…main2 pulak dgn sakit jantung ye..

      Reply
  • Juan 20 February 2012 at 9:55 AM

    aku suka minum teh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 February 2012 at 11:28 AM

      Mesti teh tarik ni

      Reply
  • akubiomed 19 February 2012 at 4:59 PM

    Saya pengemar Teh berbanding Kopi. Apa pun senaman perlu dilakukan terutama senama yang berkaitan kardiovaskular.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 February 2012 at 11:17 PM

      ada setengah orang, kopi ni buat mereka sakit kepala bila diminum.. betul tu.. senaman aktiviti yang paling penting sebenarnya.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Komisen Pertama AgenAffiliate.com

By Hazmin Hamudin

Senarai Harga 20 Jenis Barang Kawalan Sempena Raya 2011

By Hazmin Hamudin

Drama Vanilla Coklat Episod 8 Uncut Scene

By Hazmin Hamudin

Proton Tuah Sudah Berada Di Jalan Raya !

By Hazmin Hamudin

Sinopsis dan Trailer Filem Ombak Rindu 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in