• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Book / Koleksi Buku

Koleksi Buku

By Hazmin Hamudin | 30 May 2014 | 46 Comments

Koleksi Buku

Inilah koleksi buku yang berada dalam simpanan aku setakat ini. Takda la banyak macam orang lain. Masih belum lagi mampu untuk dijadikan perpustakaan mini di rumah. Jauh sekali nak lawan koleksi buku adik aku yang rata-rata merupakan koleksi buku ilmiah yang hebat-hebat. Tak terlawan aku dengan koleksi dia.

Sebahagian besar koleksi buku adalah buku hasil tulisan penulis novel trailer terkenal, Ramlee Awang Murshid. Ada juga tersesat karya Dan Brown di situ dan beberapa penulis lain sikit-sikit. Terasa hendak mendekatkan diri ke arah buku-buku bergenre ilmiah, motivasi dan pengurusan pulak selepas ni. Tu pun kalau mampu nak hadap buku macam tu. Kalau novel Ramlee Awang Murshid ni memang takda hal nak hadam.

Satu hari nanti kalau dapat buat perpustakaan mini dekat rumahpun best jugak. Tapi kena tunggu koleksi buku banyak daripada yang ada sekarang ni. Baru rak-rak buku di perpustakaan mini nampak menarik dengan koleksi buku yang pelbagai genre. Sekarang ni banyak buku novel jela.

Sebenarnya minat membaca ni telah menjadi kesukaan aku sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Masa tu buku yang menjadi tumpuan adalah ke arah buku penyiasatan. Masih ingat lagi buku yang selalu aku beli (ibu ayah aku yang beli sebenarnya) masa tu adalah buku hasil tulisan Enid Blyton. Beliau merupakan seorang penulis buku kanak-kanak di mana bukunya adalah antara yang terlaris di seluruh dunia ketika zamannya.

Kalau tak silap aku buku Lima Penyiasat yang menjadi bahan bacaan aku dulu. Buku-buku Lima Penyiasat oleh Enid Blyton ini ternyata mengimbau memori zaman kanak-kanak aku. Aku membesar bersama buku-buku ini. Gaya penulisan, penceritaan dan keunikan watak-watak yang ada dalam siri ini begitu memikat minat pembacaan.

Kalau nak cerita memang banyak lagi siri penyiasatan yang aku pernah baca masa kanak-kanak dulu. Selain Lima Penyiasat, ada juga buku Siri Hadi (Hardy Boys), Siri Tujuh Penyiasat, Siri Tiga Penyiasat (Alfred Hitchcock). Tapi sayang tah mana-mana semua buku-buku aku tu. Mungkin disebabkan dari dulu lagi dah suka dengan buku penyiasatan ni, sampai la sekarang ni masih lagi baca buku ciri-ciri penyiasatan atau berbentuk trailer ni.

Tiba-tiba terasa nak cari balik buku-buku karya Enid Blyton yang pernah aku baca zaman kanak-kanak dulu. Agak-agak korang pernah baca tak? Kalau ada yang simpan lagi tu, rasa nak sedekah dekat aku pun boleh jugak. Hehe.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • hasrullah 25 March 2015 at 12:44 AM

    sy koleksi ni blh tk????

    Reply
  • FATIRAH 27 February 2015 at 11:33 AM

    Suka baca karya RAM!!! 🙂
    Suspens dan misteri.
    Suka dengan teknik pengolahan RAM bercerita dalam karya beliau

    Reply
  • Wayne 18 January 2015 at 4:20 PM

    peminat buku2 cerite siri salma/nancy drew,siri hadi,5 sekawan,3 penyiasat,7 penyiasat,siri misteri boleh join kami disini ok https://www.facebook.com/SiriSalmaMalaysia

    Reply
  • titan 24 August 2014 at 7:04 PM

    demm..

    hang nak baca magis.

    pinjam weh.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 August 2014 at 7:37 PM

      Ko nak pinjam ke?

      Reply
  • anies 17 June 2014 at 3:22 PM

    x pe sikit2 lama2 jd mini library 😉

    Reply
  • Mohd Shubhi 17 June 2014 at 10:39 AM

    Dulu suka baca buku siri bercakap dengan jin saja….!

    Reply
  • suriaamanda 16 June 2014 at 4:50 PM

    suka Enid Blyton….best kan siri penyiasatan diorang tuh….enjoy jer baca..kalau la dapat buat koleksi lagi kan…SA ada 500++ novel..hehehe…i olls is hantu novel la….

    Reply
  • CIK TOM 11 June 2014 at 8:55 PM

    byknye buku koleksi RAM.. cik tom pun suka gak baca novel RAM tapi xabis khatam semua buku dia lagi…

    masa sekolah dulu suka sgt bc buku enid blyton esp. yg series hardy boy tu..mmg best!!..tp ciktom pnjm dr library sekolah je…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 June 2014 at 7:24 AM

      Itupun ada lagi yang tak beli cik tom. Hehe. Kadang2 malas jugak nak baca buku RAM ni. Kalau rasa best beli la.

      ramai jugak yang minat Enid Blyton ni ye. Tak perasan pulak dekat perpustakaan sekolah dulu ada buku dia. hehe

      Reply
  • syaifuddin alias 10 June 2014 at 4:27 PM

    kuat membaca ya bro ..saya memang tak boleh baca2 buku ni ..heheheheh..jadi mudah pening 😛

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:14 AM

      Takda la kuat mana membaca tu. Baru sikit je buku tu.

      Reply
  • Hero Borneo 10 June 2014 at 3:22 PM

    patutlah bahasa bro steady sahaja..kuat membaca orangnya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 June 2014 at 8:12 AM

      Takda la steady mana bro. Banyak lagi kena baiki bahasa saya ni. Hehe.

      Reply
  • Padin 7 June 2014 at 10:11 PM

    perghhh… mantap bro…
    koleksi aku komik Apo? je bertimbun2…

    Reply
  • TehR 4 June 2014 at 11:09 PM

    aku juga suka buku Enid Blyton tu
    tapi sekarang ntah mana buku2 tu

    Reply
  • Strider 4 June 2014 at 4:23 PM

    banyak jugak koleksi buku ko rupanya, walaupun belum tahap perpustakaan tapi aku rasa ini dah level boleh pakai book shelf nie…..kalau aku, nak abiskan satu pun makan bertahun..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • cekbolats 3 June 2014 at 11:25 PM

    kalau crita psal pnyiasat tringat dulu bolat masa skolah rndah suka baca buku penyiasat ‘Siri Salma’ buku kaler kuning tu . hahahaha

    Reply
  • zool 3 June 2014 at 2:14 PM

    banyak tu buku.. penat nak membacanya

    Reply
  • KKTG 3 June 2014 at 10:42 AM

    Buku Enid Blyton takda, sori, sbb dulu pinjam kat perpustakaan ja. Tapi buku Harry Potter ada…. D

    Reply
  • fyna 2 June 2014 at 11:56 AM

    bagus kalau banyak membaca nih.

    Reply
  • Sop 2 June 2014 at 11:36 AM

    fuyoo..
    banyak nyer membaca
    sop kurang minat baca novel.. hehehe

    Reply
  • Kakzakie Purvit 2 June 2014 at 9:42 AM

    Tunggulah ada anak-anak besar kelak tak cukup almari nak letak buku..

    Reply
  • nurul yui 2 June 2014 at 9:02 AM

    jrg tgk laki kumpul novel mcm ni =)

    Reply
  • aku penghibur 1 June 2014 at 6:39 PM

    aku pengikut setia RAM… pasti koleksinya ada ^_^

    Reply
  • Anim 1 June 2014 at 4:15 PM

    Ada satu je yang sama dengan koleksi kak:-))

    Reply
  • zik 1 June 2014 at 11:56 AM

    banyak betul koleksi buku bro… aku ada tapi tak banyak macam nih la..

    Reply
  • anamizu 1 June 2014 at 12:07 AM

    wahhhh rajin hazmin membaca.
    salute betoi lelaki yg suka membaca ni 😉

    buku2 penyiasatan Enid Blyton la jd rebutan
    dulu dgn kwn2 masa zmn kecik2..
    berebut nak pinjam hehe

    Reply
  • ewanthology 31 May 2014 at 11:26 AM

    saya minat baca suratkhabar je…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 May 2014 at 11:32 AM

      Suratkhabar pun boleh bro. Tapi jangan tersalah info dah la.. Hehe

      Reply
  • amirulfaiz 31 May 2014 at 6:16 AM

    Terkenang masa sekolah rendah, buku-buku cerita siri Hadi memang mengasyikkan pembaca.

    Reply
  • Anak Askar Pencen 30 May 2014 at 5:23 PM

    Buku Enid Blyton ni aku baca pinjam library je. jarang membeli buku masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni bila dah tua baru membeli. Hehe.

    Seronok ada mini library kat rumah ni. Time-time bosan takda buat apa, boleh jugak belek-belek balik buku tu semula.

    Reply
  • tiha 30 May 2014 at 5:14 PM

    bestnya novel RAM tu
    kalau dekat boleh akak pinjam
    tetiba..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 May 2014 at 11:14 AM

      Boleh je kalau nak pinjam akak. Tapi tu la , jauh pulakkan.

      Reply
  • hafizmd 30 May 2014 at 4:52 PM

    Ok. buku 5 penyiasat tu jugaklah sebab utama aku rajin ulang alik ke pustaka masa kecik2 dulu..kalau tak..takdenye…hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 May 2014 at 11:13 AM

      Haha. Peminat buku Lima Penyiasat jugak ye bro. Famous jugak ye buku tu dulu.

      Reply
  • BUNDA 30 May 2014 at 4:01 PM

    Sebut pasal Enid Blyton…bunda pun teringat zaman anak2 bunda kecil2 dulu…
    Banyaklah juga koleksi buku2 ni…selain Sailormoon…Dragonball dan Anak2 Sidek…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 May 2014 at 11:12 AM

      Wah.. bunda pun baca buku Enid Blyton jugak ye. Hehe

      Reply
  • Ismail N 30 May 2014 at 3:13 PM

    Ambik lah buku buku kat rumah kawe.. Tak cukup stor dibuatnya. Adehh 😀
    Apa-apa pun kuantiti tak penting bro. Yg penting kualiti. Apa yg kita dapat perolehi dan nikmati faedah dari bahan bacaan tersebut. Lagipun, zaman ni maklumat dihujung jari (internet). Cuma org lama mcm kawe msh prefer hard copy dari soft copy. Sakit mata daaa baca PDF etc.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 May 2014 at 3:50 PM

      Betul la tu bro. Apa yang kita dapat daripada pembacaan tu lagi penting. Tapi kalau tak baca langsung, lagi la tak dapat apa-apa kan. Hehe. memang tak gemar yang soft copy ni. dah pernah cuba. Feel dia tu lain. Lagi prefer yang hard copy. Puas hati.

      Reply
    • hafizmd 30 May 2014 at 4:53 PM

      pinjam boleh abe ismail? hehe
      betul2..byk tak baca dan tak hadampun..tak bagus juga…betult2

      Reply
  • akubiomed 30 May 2014 at 2:27 PM

    Boleh tahan tebal-tebal muka suratnya. Saya cari yang nipis sahaja. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 May 2014 at 3:51 PM

      Nipis lagi bagus. Senang nak abiskan. Tebal ni nak mula baca pun susah. Hehe

      Reply
  • anuar 30 May 2014 at 1:02 PM

    Nampaknya bro ni peminat tegar Ramlee Awang Murshid.. saya belum berkesempatan lagi nak baca novel2 beliau. ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 May 2014 at 3:51 PM

      Haha. Sebab novel RAM ni tak terlalu jiwang. Lebih kepada kisah seram dan penyiasatan.

      Reply
      • hafizmd 30 May 2014 at 4:54 PM

        baru ada 1 buku dia..nak kena tambah lagi ni

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Kuda Kayu

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Harry Houdini

By Hazmin Hamudin

Suatu Kejutan Di Hari Lahir

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #11

By Hazmin Hamudin

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in