Inilah koleksi buku yang berada dalam simpanan aku setakat ini. Takda la banyak macam orang lain. Masih belum lagi mampu untuk dijadikan perpustakaan mini di rumah. Jauh sekali nak lawan koleksi buku adik aku yang rata-rata merupakan koleksi buku ilmiah yang hebat-hebat. Tak terlawan aku dengan koleksi dia.
Book
Buku Bogel Menuju Tuhan Sudah Sampai
Balik kerja petang semalam tengok ada sampul Pos Ekspres dekat atas meja. Mungkin sampul yang aku tunggu beberapa minggu ni atau mungkin juga tidak. Belek-belek tengok nama siapa yang tercatat pada sampul tu. Sah, memang aku yang punya. Bukan Ahmad Albab yang punya. Rasanya aku boleh agak apa isi di dalam sampul Pos Ekpres ni.
Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC
Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC. Seekor serigala besar dan jahat sedang menjadi perbualan hangat sekarang ni. Mana tidaknya, keganasannya menyerang seluruh warga Lembah Kelang membuatkan semua orang tidak boleh duduk diam memikirkan keganasan serigala tersebut. Yela, dengar nama Big Bad Wolf pun dah cukup takut dan menyeramkan.