Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC. Seekor serigala besar dan jahat sedang menjadi perbualan hangat sekarang ni. Mana tidaknya, keganasannya menyerang seluruh warga Lembah Kelang membuatkan semua orang tidak boleh duduk diam memikirkan keganasan serigala tersebut. Yela, dengar nama Big Bad Wolf pun dah cukup takut dan menyeramkan.
Sebenarnya bagi mereka yang tak tahu apa itu Big Bad Wolf 2012, ia merupakan satu acara jualan buku besar-besaran dikatakan juga terbesar di dunia dengan harga serendah RM1 dan buku-buku yang dijual memang murah daripada harga asal. Pesta buku Big Bad Wolf 2012 sekarang ni sedang berlangsung sehingga 23 Disember 2012 di Mines Convention Centre dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.
Akupun tak nak lepaskan peluang untuk turut sama pergi ke Big Bad Wolf 2012 ni. First masuk, terasa sangat meriah dipenuhi pelbagai jenis serigala jahat. Haha.. Takda la, makud aku bukan takat dengan bilangan kepala pengunjung, malahan dengan buku-buku yang berselerakan. Dari sini dapat disimpulkan, tahap kesedaran terhadap amalan membaca memang tinggi untuk rakyat Malaysia kan. Ataupun rakyat Malaysia ni tunggu murah baru nak membeli buku?
Diskaun buku-buku yang dijual adalah daripada 75% sehinggalah ke 95% bergantung kepada jenis buku. Memang murah sangat dah harga buku-buku dekat Big Bad Wolf 2012 ni. Kalau tak mesti rakyat Malaysia ni tak beli buku agaknya. Lagi menarik kalau korang adalah pemegang kad kredit OCBC sebab dapat lagi 5% diskaun.
Bagi korang yang nak pergi ke Big Bad Wolf ni aku nak bagi beberapa tip untuk korang.
- Bawa kotak, beg besar kalau boleh beg tarik dan juga troli, jadi senang nak membawa buku-buku yang telah dibeli.
- Datang hari bekerja takda la bersesak-sesak waktu hujung minggukan.
- Pakai kasut dan stokin yang selesa kerana kawasannya sangat luas dan anda akan banyak berjalan dari satu kawasan buku ke satu kawasan buku yang lain.
- Bawa duit yang mencukupi sebab mesti korang akan borong buku dengan banyaknya nanti.
Ni adalah buku-buku yang telah berjaya aku sambar di Big Bad Wolf 2012 ni. Ada enam buah buku ke semuanya. Kebanyakan buku adalah dalam lingkungan harga RM8. Memamg murah sangat dah tu kan. Jangan tak percaya jumlah harga buku yang aku beli adalah berharga Rm47. Bagi korang yang belum lagi pergi ke Big Bad Wolf 2012 ni baik pergi cepat sebelum terlambat. Memang puas hati datang dengan harga yang murah.
bilalah ada masa nak pergi ni..
minggu ni last. Kena pergi cepat.
wah..serendah rm1 pun ada?? macam menarik je ni..
Bolehlah terjah bro.. 🙂
adeh, pesta buku serigala… jeles kawe tak dpt pegi…
Banyak serigala bro.. Bahaya jugak pergi.
banyak betul buku-buku dijual~
Memang banyak pun bro.. Sampai tak cukup masa nak pilih. Hehe
bestnya!
murah lak tu 😀
tapi jauh sgt la bro 🙁
Rugilah kalau jauh.. Murah sangat dah ni. Hehe
“nampak”
Hai bro Hazmin,
Sampak menarik sekali jualan buku besar-besaran “Big Bad Wolf 2012” yang diadakan di Mines Convention Centre ini. Jika ada kesempatan akan berkunjung kesana nanti.
meriah nampaknya
selamat membeli dan selamat membaca
Baru pergi tadi… beli 43 buah buku terus…gile ah rambang mate… hehe
konfius nape name die sgt ganaz.
nama je dekat tapi aku sampai sekarang tak pegi lagi
Ulat buku tidak akan lepas peluang. 🙂
assalamualaikum,datang mengintai
tak sempat nak pergi….
Ada masa lagi seminggu untuk terjah ni bro.
Bila agaknya serigala ni nak memburu pembeli kat Alor Setar? Kalau dia mai Alor Setar JR akan menjadi antara pengunjung tetap pameran ini.
P.S: Nanti tolong kongsi ilmu drpd buku yg Hazmin baca: “Kenapa Lelaki Menipu?”…hehehehe…
Itulah, mungkin serigala ni malas nak berjalan jauh. Atau takut kepada pemburu serigala di Alor Setar. Hehe..
Wah.. Ramai yang menunggu tentang buku “Kenapa Lelaki Menipu” tu.