• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Blog Hazmin / Ni Ke Dinamakan Bahana SEO ??

Ni Ke Dinamakan Bahana SEO ??

By Hazmin Hamudin | 10 March 2011 | 10 Comments

Agak berbeza kenaikannya
 
Semalam UV Blog Hazmin naik secara mendadaknya… Agak terkejut jugak la… Kenapa semua ni terjadi… ? Wah… Dah macam cerita seram plak… Meh aku cerita apa yang berlaku disebalik kenaikan UV aku secara mendadak semalam.
Semalam sebelum aku keluar makan malam dan ke Downtown The Mines, aku ada update entri pasal siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik di antara Malaysia dan Pakistan dibatalkan (Boleh baca dekat [ SINI ] ). Memang ni merupakan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bila perlawanan tersebut dibatalkan, maka ramai la rakyat Malaysia yang meminati sukan bola sepak turut kecewa. Akibat pengumuman pembatalan yang terlalu mengejut iaitu 3 jam sebelum perlawanan, mungkin ramai la yang dok cari info dekat internet. Hasilnya blog aku turut terima tempiasnya sebab ramai yang dok cari info pasal perlawanan bola sepak tersebut.
Banyak yang ‘search’ pasal bola antara Malaysia dan Pakistan
Aku pun tak tahu dan tak reti sangat pasal SEO ni. Tengok orang dok sebut-sebut, bila baca haram satu apa pun aku tak paham menatang apa SEO ni. Tapi ni ke kesan akibat SEO ? Ada sapa-sapa yang boleh terangkan dekat aku tak ? Memang trafik aku agak tinggi semalam dan kebanyakannya datang dari ‘google’. Meh aku tunjuk kedudukan blog aku dekat search engine google tu untuk entri Siaran Langsung Pusingan Kedua Malaysia Vs Pakistan DiBatalkan semalam. Adakah ini kesan daripada SEO juga ? Hehehe.. Betul… Aku tak tahu apa tu SEO…
Haa… Entri aku berada paling atas
Aku pun tak nak cerita banyak dan panjang lebar pasal  SEO ni, benda yang aku sendiri pun tak tahu asal-usul dan kegunaannya. Betul… Sampai sekarang aku tak reti main SEO ni. Tadi aku dah check statistik trafik blog aku yang semalam punya dekat Nuffnang. Korang tengok perbezaannya ya.. Memang naik secara mendadak… Ni ke bahana SEO ??
Yang lain tu dok maintain je bawah 100, tiba-tiba ada sesat satu tiang tinggi pulak
Semua dok cari info pasal bola semalam
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 10 March 2011 at 3:16 PM

    @hAnYs
    lebih kurang kot maksud die..hehe..
    SEO penting utk blog..CEO plak penting utk company..haha..dua2 penting

    Reply
  • h A n Y S 10 March 2011 at 3:08 PM

    wahhh..sampai 200++..
    ntah, x taau pe tu SEO, CEO tau lah, heh heh heh..
    ;p

    Reply
  • Hazmin 10 March 2011 at 3:03 PM

    @Hanim Mahali
    TQ..hehe..tak sangka plak naik sampai mcm tu..

    Reply
  • Hanim Mahali 10 March 2011 at 2:55 PM

    tudia…untung terus naik mendadak… Tahniah! Nak explain pasal SEO pun tak reti… hehehe

    Reply
  • Hazmin 10 March 2011 at 1:53 PM

    @cik pulau
    Hazmin pun tak reti juga SEO ni..adik beradik CEO jugak kot?

    Reply
  • cik pulau 10 March 2011 at 1:41 PM

    cik pulau tak reti nak main SEO ni.. err.. benda alah apa tu.. lalala~

    Reply
  • Hazmin 10 March 2011 at 1:33 PM

    @Izamir Ridzwan
    tak sengaja la bro..haha..tau2 je trafik naik mendadak plak..terkejut aku..baru tahu bestnya SEO

    Reply
  • Izamir Ridzwan 10 March 2011 at 1:31 PM

    tudiaaaa main juga.. keep it up

    Hasil SEO Dari Keputusan Malaysia VS Pakistan..

    http://www.izamirridzwan.com/2011/03/hasil-seo-dari-keputusan-malaysia-vs.html

    Reply
  • Hazmin 10 March 2011 at 1:28 PM

    @Mas Ahmad Safwan
    Haha..aku mana reti main SEO ni..main bedal je..

    Reply
  • Mas Ahmad Safwan 10 March 2011 at 1:26 PM

    .nie bukan bahana SEO bro , nie kaki SEO sudah ( :

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Google Doodle | Constantin Brancusi

By Hazmin Hamudin

Blogger Siar Petikan Laporan Ops Akidah Di Gereja Oleh JAIS

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Mesin Taip Tulisan Jawi

By Hazmin Hamudin

Hukum Menyambut Hari Ibu

By Hazmin Hamudin

Wanita India Paling Tertekan Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in