Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.
Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London.
Laman web yang direka oleh The Minimalist boleh dilawati di http://somethingniceforashraf.tumblr.com/.Laman web tersebut menggunakan tagline: ‘Let’s Do Something Nice For Ashraf Haziq’.
Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.
Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan supaya supaya satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.
Antara cadangannya ialah:
- Pay His student fees (bayar yuran pengajiannya)
- Pay for his family to come and visit him in hospital (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital)
- Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit)
“Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen.
“Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu… tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu,” katanya.
Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.
Itulah bukan semuanya jahat.. Klo dlm 100% cuma 1% je yg buat hal.. Yg lain je kena tempias..
benda ni sama je kat mana-mana tempat kat dunia ni kan.