• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Event / Floria Putrajaya 2011 | Ros Untuk Selamanya

Floria Putrajaya 2011 | Ros Untuk Selamanya

By Hazmin Hamudin | 6 July 2011 | 2 Comments

Floria Putrajaya 2011

Putrajaya Floria, Festival Bunga dan Taman Putrajaya akan dianjurkan sekali lagi di Putrajaya, Malaysia. Pesta selama 9 hari ini akan bermula pada 9hb hingga 17hb Julai 2011. Tema Floria Putrajaya bagi tahun 2011 adalah “Ros Untuk Selamanya”. Mesti meriah Putrajaya nanti dipenuhi dengan bunga-bungaan yang beraneka jenis terutamanya bunga ros.

Kenapa bunga ros?

Dengan pemilihan tema dan bunga ini, FLORIA Putrajaya 2011 akan dipenuhi dengan kehangatan, keharuman dan keindahan bunga ros yang berwarna-warni dan mempersonakan. Selanjutnya :

  • Mempunyai kepelbagaian jenis dan warna, melebihi 100 spesies yang boleh didapati di Asia Tenggara dan lebih 300 spesies di seluruh dunia.
  • Mempunyai nilai komersil yang tinggi dan amat sesuai digunakan dalam reka bentuk landskap, bunga gubahan dan hadiah kepada yang tersayang.
  • Mudah untuk ditanam dan dibiakkan bagi keperluan hiasan landskap dan taman.
  • Koleksi dan pelbagai spesies Ros dapat diperkenalkan kepada pengunjung.
  • Buat julung kalinya, Putrajaya FLORIA akan mempamerkan gubahan ros di setiap taman.

Terdapat begitu banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan di dalam kawasan seluas 15 ekar ini. Di samping itu, terdapat banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Pada waktu malam, semua tarikan tersebut seperti bunga-bunga dan taman akan dihiasi dengan cahaya yang menampilkan pandangan memukau yang terhasil oleh cahaya dari bangunan, struktur dan jambatan di Putrajaya. Sebahagian daripada daya tarikan di Floria 2011 adalah:

Floria Putrajaya 2011Floria Putrajaya 2011

Festival : Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011
Tarikh : 09 – 17 Julai 2011
Tempat : Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Tema : Ros Untuk Selamanya
Waktu Buka :
09:00 pagi -10:00 malam (Isnin-Khamis)
09:00 pagi -12:00 tengah malam (Jumaat-Ahad)
Lokasi Floria di GPS : 2.924820, 101.685365
Masuk : Percuma

 

Untuk maklumat lanjut : ppj

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puanbee 6 July 2011 at 3:20 PM

    nak pergi … nak pergi adei kena buat muka kesian kat cik abg lah …

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 July 2011 at 5:07 PM

      hahaha…cepat-cepat la pujuk cik abg tu ye kak…nanti ada plan lain abis tak dapat…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Sepetang Di Stesen LRT Masjid Jamek

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Jeruk Madu Pak Ali

By Hazmin Hamudin

Pengalaman Menjadi Pekak

By Hazmin Hamudin

Kenapa Lelaki Tak Sepatutnya Menjadi Penasihat

By Hazmin Hamudin

Kuatkan Tulang Yang Dah Kendur Di Gym KBS Putrajaya

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in