• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Chatime @ Dataran Pahlawan, Melaka

Chatime @ Dataran Pahlawan, Melaka

By Hazmin Hamudin | 17 November 2011 | 4 Comments

Selepas puas Menikmati Kesedapan Coconut Shake Klebang, Melaka yang sungguh nikmat dan nyaman ketika diminum, keesokan harinya misi jalan-jalan cari makan di bandar Melaka di teruskan lagi. Cewah… Dah macam rancangan Jalan – Jalan Cari Makan pulakkan. Yang sebenarnya takda plan apa – apa pun. Aku dengan tunang ada appointment dengan someone pukul 1 petang. Memandangkan banyak masa lagi, aku suggest la pergi Dataran Pahlawan untuk berjumpa dengan Hang Tuah. Ok, memang aku tipu…

Chatime Dataran Pahlawan

Memandangkan aku ni peminat Chatime (jangan tak tahu ya) lalu akupun mencari Chatime dekat Dataran Pahlawan. Yela, dari kat KL lagi sibuk nak Chatime tak dapat – dapat. Ada peluang dekat Melaka ni aku layankan la apa yang tekak aku nakkan. Berbekalkan iPad 2 yang berada di tangan, pencarian kiosk Chatime ni tidaklah memakan masa yang lama.

Seperti biasa la kalau pergi Chatime ni mesti dah tahu apa yang akan di order. Seperti biasa menu wajib,  Hazelnut Chocolate with Pearl dan juga Roasted Milk Tea with Pearl. Pearl tu yang penting tu. Kalau takda pearl confirm tak lengkap (Ni bukan pearl mutiara tu ok!). Sepanjang terjebak dengan Chatime ni, belum pernah lagi cuba air yang lain selain daripada yang aku sebut tadi. Bukan apa, takut tak sedap je. Terus aku batalkan niat nak order yang lain. Ni namanya malas nak ambik risiko. Haha..

Bagi sesetengah orang, harga Chatime ni mungkin sedikit mahal kalau nak dibandingkan dengan minuman yang sama jenis seperti Coolblog. Tapi apa yang bestnya dengan Chatime ni, korang boleh customize sendiri air korang tu nak macam mana. Nak manis boleh lebihkan gula, kalau tak suka manis boleh la kurangkan sikit gula tu. Ais pun macam tu jugak boleh di adjust ikut kesesuaian masing – masing. Kalau nak tahu macam mana rasa Chatime ni, boleh la cuba sendiri.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ohcikgu 19 November 2011 at 2:20 AM

    chatime tu apa sebenarnya? minuman?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2011 at 4:21 PM

      minuman buble tea macam coolblog jugak. 🙂

      Reply
  • ch000tz 18 November 2011 at 11:49 AM

    xfaham apa yang org giler sgt kat tmpat ni, bukalah best mana pun

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2011 at 4:19 PM

      apa yang tak best ? dataran pahlawan ke chatime ?

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Chicken Teriyaki SUBWAY

By Hazmin Hamudin

Korang Dah Bayar Zakat Fitrah?

By Hazmin Hamudin

Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011

By Hazmin Hamudin

Menang Tender

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #5

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in