• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Book / Buku Bogel Menuju Tuhan Sudah Sampai

Buku Bogel Menuju Tuhan Sudah Sampai

By Hazmin Hamudin | 16 April 2013 | 77 Comments

Bogel Menuju Tuhan (1)

Balik kerja petang semalam tengok ada sampul Pos Ekspres dekat atas meja. Mungkin sampul yang aku tunggu beberapa minggu ni atau mungkin juga tidak. Belek-belek tengok nama siapa yang tercatat pada sampul tu. Sah, memang aku yang punya. Bukan Ahmad Albab yang punya. Rasanya aku boleh agak apa isi di dalam sampul Pos Ekpres ni.

Seperti yang disangkakan, selepas membuka sampul Pos Ekspres tu maka terlihatlah isi di dalamnya senaskah buku hasil karya pelakon drama dan teater, Zahiril Adzim. Buku yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan telah selamat berada ditangan. Ya, Bogel Menuju Tuhan tajuk buku tersebut. Aku tahu buku ni telah lama berada dipasaran, cuma sekarang baru aku berpeluang untuk memiliki buku ini.

Bogel Menuju Tuhan (2)

Aku tahu kebanyakan orang mungkin agak sedikit pelik dan janggal apabila pertama kali mendengarnya. Begitu jugalah aku. Kenapa tajuk sebegitu yang dipilih? Dalam fikiran mulalah berprasangka yang buruk-buruk sahaja. Mungkin dengan membeli naskah ini dapat merungkaikan maksud disebalik tajuk yang dipilih.

Bogel Menuju Tuhan merupakanย sebuah antologi puisi dan catatan yang ditulis oleh Zahiril Adzim. Ya, buku ini bukan sebuah novel. Ayat-ayat dalam buku ini memang memerlukan korang berfikir dan mentafsir apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Bagi aku, tulisan beliau mempunyai nyawa tersendiri.

Bogel Menuju Tuhan (3)

Yang istimewanya buku yang aku beli ni ialah ianya ditandatangan khas oleh Zahiril Adzim dan buku ini dipos sendiri oleh beliau. Istimewa bukan? Aku belum ada kelapangan untuk membaca catatan Bogel Menuju Tuhan ini. Nanti ada kelapangan aku baca. Dah habis baca aku tulis lagi berkenaan buku ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ecadwinkyasha 23 May 2013 at 9:46 AM

    jelly la……ada buku ne tpi xde tandatangan zahiril :((

    Reply
  • luthfi 28 April 2013 at 9:43 PM

    Membuat penasaran juga buku ini, jadi ingin membaca…

    Reply
  • suri 22 April 2013 at 3:11 PM

    org suka bt tajuk gimik dlm pengisian byk infonya

    Reply
  • azura 19 April 2013 at 9:05 PM

    buku ini puitis dan maksudnya mendalam…bacalah dan dalami

    Reply
  • cik moon adnan 18 April 2013 at 10:38 AM

    jgn lupa buat review pasal buku tu ehh…

    tajuk buku tu mendalam…

    Reply
  • mawardiyunus 18 April 2013 at 12:40 AM

    nnti bila dh baca leh la kongsi2 ye

    Reply
  • Katak Comel 17 April 2013 at 11:03 PM

    bce la kt opis..
    LGM tu mcm bz sgt la kn..
    ahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 11:05 PM

      Ko retis.. LGM bagi bilik semua dekat ko. Memang senang la nak baca buku.

      Reply
  • iOS Gear 17 April 2013 at 10:50 PM

    Memang bertuah bila dapat sebuah buku yang ditandatangan oleh penulis dan juga dipos oleh penulis itu sendiri..tambah2 pulak penulis buku tersebut merupakan seorang artis..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 11:07 PM

      Tandatangan penulis yang merupakan artis yang buat buku ni jadi ‘mahal’ tu bro.

      Reply
  • Hairul Azni 17 April 2013 at 10:48 PM

    Pernah baca di blog beliau dulu mengenai buku yang dihasilkan ni..tahniah bro sebab dah memilikinya..saya pun ingat nak dapatkan satu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 11:06 PM

      Kalau minat ayat-ayat puisi ni bolehlah dapatkan buku ni bro.

      Reply
  • Sop 17 April 2013 at 7:46 PM

    tajuk pn dah menarik
    harap boleh kongsi sinopsis ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 10:17 PM

      Buku puisi je ni bro Sop.. Bagi setengah orang mungkin pening jugak nak baca buku macam ni.

      Reply
  • Myra Jay 17 April 2013 at 5:12 PM

    wAHHH BESTNYER SIAP ADA TANDATANGAN DARI PENULIS LAGI TU ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 6:37 PM

      Itu la tu.. Setakat beli biasa je tak heran. Ni dapat tandatangan pelakon skali.

      Reply
  • fiezaradzi 17 April 2013 at 5:01 PM

    ye, mmg buku zahiril adzim.. beli kat blog dia eh? taks empat, baca2 dah tutup dah belian.. huhu…
    pun teringin nak baca buku ni, sbb ayat zahiril adzim ni biasa mmg puitis2 gitu.. haha..
    emm.. nak pinjam… hehe ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 6:37 PM

      A’ah, beli dekat blog dia hari tu. Dia publish entri je terus bayar takut terlepas. Hehe.. Nak pinjam ye. Hehe

      Reply
  • Cik Lily Putih 17 April 2013 at 3:35 PM

    beli online kat mane? kasi website coz nak beli gak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 4:16 PM

      Saya beli melalui blog Zahiril Adzim sendiri. Tapi masa tu terhad untuk 30 buku sahaja. Tak silap ada website khas yang menjual buku ni.

      Reply
  • Hafizul 17 April 2013 at 12:59 PM

    Tajuk nampak menarik..ada masa nanti kongsikan disini yer..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 4:14 PM

      InshaAllah bro.. Nanti akan dikongsikan

      Reply
  • HafizAmri 17 April 2013 at 8:26 AM

    Tajuk buku agak menyeramkan.. tapi dalam nya isi tak tahu lagi… ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 4:14 PM

      Seram ke bro? Hehe

      Reply
  • Mieya Atiera 17 April 2013 at 8:15 AM

    Tajuk buku ni agak kontroversi sikit.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 4:14 PM

      itulah pasalnya.. Tapi isi dalam takda kontroversi pun

      Reply
  • Fazrol 17 April 2013 at 5:03 AM

    Nanti buat review bro..
    Kalau cam kat blog dia, best gak..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 8:00 AM

      Rasanya banyak yang diambik dari blog dia buku ni

      Reply
  • Amirez 17 April 2013 at 12:14 AM

    mula2 dengar judul buku ni masa terbaca kat blog beliau tahun lepas rasanya. tapi tak pernah baca lagi sampai sekarang. nanti buatlah review sikit ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 7:59 AM

      InshaAllah. Kalau berkesempatan akan dibuat review.

      Reply
  • titan 17 April 2013 at 12:11 AM

    tajuk memang menakutkan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 7:55 AM

      Takut apa bro?

      Reply
  • akubiomed 17 April 2013 at 12:06 AM

    Tajuknya mengundang persoalan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 7:55 AM

      Tajuk juga rasanya membuatkan buku ni laris..

      Reply
  • ajumohit 16 April 2013 at 11:03 PM

    header tu pakai font apa and aplikasi apa ye? nak jugak ;), nnti komen kat blog sis ekk

    Reply
  • ajumohit 16 April 2013 at 11:01 PM

    dah lama dgr tajuk buku ni tp masih belum memilikinya lagi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 7:54 AM

      Hehe.. Memang dah setahun lebih dah keluar buku ni sis. Saya pun baru je tahu ni.

      Reply
  • puteri kasih 16 April 2013 at 8:46 PM

    wah siap ada tandatangan penulis ๐Ÿ™‚ selepas baca nanti jangan lupa buat review yer ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 7:53 AM

      Hehe.. InshaAllah, kalau ada kelapangan akan buat review

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 16 April 2013 at 8:44 PM

    Hmmm.. tajuk yang agak sensasi. Semoga kandungannya ada banyak panduan dan menafaat berguna.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 7:53 AM

      Itulah.. Memang agak sensasi. Tapi kalau difikirkan balik memang betul kita nanti akan mengadap Allah tanpa seurat benang.

      Reply
  • thaqibzaki 16 April 2013 at 6:32 PM

    Buku ni ada dekat rumah. Adik aku beli. Best katanya. Kalau tak silap, buku ni share tentang kehidupan. Dalam bentuk puisi kalau tak silap.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:06 PM

      Rasanya pasal kehidupan penuliskan bro.. Bro tak baca ke? Hehe

      Reply
      • thaqibzaki 16 April 2013 at 8:33 PM

        Aah. Apa yang dalam tuu, mostly tentang penulis. Kehidupan penulis tuu sendiri. Tak dan nak baca. hari hari sibuk tolong boss laa bro. Dengar review daripada adik aku je. hehehe.

        Reply
        • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 7:52 AM

          Orang kuat boss ni. Hehe

          Reply
  • the malay male 16 April 2013 at 5:44 PM

    nnt boleh buat review… hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:06 PM

      InshaAllah bro. Kalau dah abis baca dan faham isi boleh je buat review.

      Reply
  • JR 16 April 2013 at 5:04 PM

    Pernah terbaca petikan kata-kata ahli sufi, memang sukar memahaminya sebab kadang2 satu ayat boleh ditafsir dlm pelbagai tanggapan. Cuma mereka yg dekat dgn Tuhan akan benar2 memahaminya….

    Reply
  • KiD 16 April 2013 at 4:45 PM

    ahhaaa…. adik aku pun ada beli buku ni.. dah lama. tapi aku pun tak baca lagi.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:05 PM

      Adik mesti perempuan kan. Hehe

      Reply
  • daddyziyyad 16 April 2013 at 4:09 PM

    Tajuk nya sendiri, ialah promosi…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:05 PM

      Itulah doc, tajuk dah buat orang nak tahu apa isi dekat dalam.

      Reply
  • halif 16 April 2013 at 3:48 PM

    Pernah dengar tentang buku ini dari seorang rakan. katanya jika kita berjiwa puitis boleh la faham, jika tidak, confirm boleh buat ubat susah tidur. hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:04 PM

      Harap dapat la faham apa maksud dalam buku ni. Hehe. Kalau tak memang buat tutup muka je la.

      Reply
  • Khairul Zamri 16 April 2013 at 3:07 PM

    terbaik siap ada autograf lagi, mungkin boleh tulis review pasal buku ni nanti, tajuk xpelik bro memang kita akan mengadap Allah kelak dalam keadaan bogel ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:04 PM

      Autograf yang penting tu kan. Nanti kalau dah abis baca baru boleh buat review pasal buku ni.

      Reply
  • KesumaAngsana 16 April 2013 at 3:06 PM

    slmt membaca, bagus buku ni kan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:03 PM

      Hehe.. Harap memang bagus buku ni.

      Reply
  • Kak Zakie Purvit 16 April 2013 at 2:26 PM

    Harap-harap kita telah bersedia penuh ketika bertemu Allah kelak.. Best kalau dapat beli buku dikirim sendiri oleh penulisnya. Kakak belum pernah dapat macam ini lagi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:02 PM

      Saya pun harap macam tu jugak kak. Itulah, rasa special sikit sebab penulis dia tandatangan sendiri buku ni.

      Reply
  • hafiz 16 April 2013 at 12:50 PM

    puitis betul tajuknya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:55 PM

      Isi dia lagi puitis tu… Memeningkan jugak nak baca.

      Reply
  • TiranaAduka 16 April 2013 at 12:34 PM

    salam bro….
    erm……..
    leh kongsikan nani bro isi buku tu kat blog nie…pasti menarikkan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:53 PM

      InshaAllah bro kalau dah abis baca bolehlah dikongsikan..

      Reply
  • Mus 16 April 2013 at 12:01 PM

    agak panas tajuknya.. mesti best kandungannya

    Reply
    • TiranaAduka 16 April 2013 at 12:35 PM

      memang panas sepanas goreng pisang…

      Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:53 PM

      Itulah.. Tajuk boleh mengundang kontroversikan.

      Reply
  • Bean Moreno 16 April 2013 at 11:53 AM

    orang kata buku ni best…tak berkesempatan untuk membaca lagi hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:52 PM

      Kebanyakan yang kata best semua orang perempuankan bro. Hehe

      Reply
  • Aina 16 April 2013 at 10:49 AM

    Siap ada signature penulis, buat semakin semangat nak explore isinya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:52 PM

      Haha.. Signature yang mahal tu.. Nanti nak explore isi pulak.

      Reply
  • LieyaLatif 16 April 2013 at 10:47 AM

    Eh die ni penulis ke? Laaaa akak baru tauuu….lepas bc entry ko ni dik terus akak google….oooo zahiril ni aktif jugak menulis puisi ye….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:51 PM

      Dia blogger kak.. Buku tu banyak isi dia ambik dekat blog dia. Hehe.. Saja nak try baca buku ayat puitis ni. Hehe

      Reply
  • yui 16 April 2013 at 9:23 AM

    ada tgk kat mph.. tp tak rasa nak beli lak..hihi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 10:21 AM

      Hehe.. Tajuk kurang menarik ye Yui? Hehe

      Reply
  • gamep01nt 16 April 2013 at 8:23 AM

    peh dia member2 sekolah kau ke siap sign lg

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 10:19 AM

      Kau ada? Haha

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Wanita Sedunia 2012 (Hari Wanita Antarabangsa)

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Glory Glory Man United

By Hazmin Hamudin

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in