• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Siapa Yang Dapat Tengok Hujan Meteor Perseid?

Siapa Yang Dapat Tengok Hujan Meteor Perseid?

By Hazmin Hamudin | 13 August 2013 | 28 Comments

Hujan Meteor Perseid

Siapa Yang Dapat Tengok Hujan Meteor Perseid? Bermula pukul 11 malam semalam aku pasti ramailah rakyat Malaysia yang mula mendongakkan kepala ke langit untuk menyaksikan fenomena hujan meteor ataupun dipanggil hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus.

Menurut pakar, hujan meteor Perseid merupakan antara yang paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang dengan waktu terbaik menyaksikannya selepas bulan terbenam bermula 11 malam sehingga waktu subuh. Kalau matahari dah terbit tu jangan memandai nak pergi cari lagi hujan meteor tu ye.

Apa itu hujan meteor dan bagaimana hujan meteor Perseid ni boleh berlaku?

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu komet sepanjang perjalanannya dan debu itulah yang akan memasuki atmosfera bumi serta menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar. – Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Jangan kata korang, aku sendiripun sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib menyaksikan fenomena hujan meteor Perseid yang sudah pasti jarang-jarang berlaku. Siapa yang tak nak lepaskan peluang menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah yang mengasyikkan ni.

Puas aku mendongak langit untuk tengok hujan meteor Perseid ni, akhirnya aku terlihat satu cahaya yang terang melintasi atas kepala aku dengan begitu laju. Tapi yang aku pelik apasal hujan meteor ni mengeluarkan bunyi yang kuat. Sekali rupanya kapal terbang yang melintas atas kepala aku. Cis.. Terkena aku.

Malam semalam pun rasanya kebanyakan tempat hujan turun mencurah-curah tanpa segan silu. Hujan air, bukan hujan debu komet tu okey. Tak dapat tengok hujan meteor Perseid, dapat tengok hujan turun pun jadilah. Itupun salah satu kebesaran dan nikmat Allah jugak.  Sejuk jugak aku nak tidur. Cuma yang sedihnya terdapat segelintir umat Islam yang cetek ilmunya apabila ternampak hujan meteor ni mulalah pasang niat dalam hati. Konon-kononnya hajat tu akan termakbul la. Celah mana korang belajar macam tu. Dari ilmuan Barat? Kita ni orang Islam nak mintak hajat ada caranya. Doa dekat Allah.

Korang yang dapat tengok fenomena hujan meteor Perseid tu cuba cerita sikit pengalaman dan kalau sempat ambil gambar tu lagi bagus. Boleh sama-sama kongsi cerita-cerita menarikkan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • suriaamanda 16 August 2013 at 3:33 PM

    SA x berpeluang langsung…puas duk dongak2..masa tu pi PD…x nampak pun…kuciwa..

    Reply
  • azura 15 August 2013 at 11:21 PM

    tak tau pun pagi tu budak opis cerita je…tengok kat buletin utama je..

    Reply
  • cik moon adnan 15 August 2013 at 11:11 AM

    huhu…waktu tu… tdo dan bermimpi adalah xtvt yg best..hehehe

    selamat hari raya 🙂

    Reply
  • izan mama mia 15 August 2013 at 9:17 AM

    tak sempat tgk….tido

    Reply
  • akubiomed 14 August 2013 at 1:12 AM

    Sudah bersedia dengan kamera DSLR. Malangnya langit berawan dan hujan mula turun jam 2 pagi Terus bungkus dan tarik selimut.

    Reply
  • sweetkurma 13 August 2013 at 11:21 PM

    tengok gambo kat fb kawan2 jer hehe

    Reply
  • the malay male 13 August 2013 at 10:50 PM

    try gk tgk guna mata kasar mlm td..x nmpk pe pun… huhu

    Reply
  • zool 13 August 2013 at 10:32 PM

    tunggu juga malam tadi tapi tak nampak plak

    Reply
  • BUNDA 13 August 2013 at 8:50 PM

    Bunda pun tak tengok…bunda ada tengok berita tapi bunda terlupa, tertido…

    Reply
  • papa mifz 13 August 2013 at 8:40 PM

    den tak berkesempatan tengok , dah melayari bahtera ketika itu…huhu

    Reply
  • onlajer 13 August 2013 at 8:05 PM

    i say tak sempat nak tengok le apa pun saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri semoga amal ibadah kita diterimanya

    Reply
  • gadisBunga 13 August 2013 at 5:53 PM

    kene tengok kat tempat yang betul betul gelap…kalau area rumah memang tak nampak. saya pun tak nampak semalam. huuu~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2013 at 8:01 PM

      Adik pun cakap macam tu semalam. Kena pergi tempat yang gelap macam dekat pinggir hutan ke. Hehe. Tapi kalau dah tengah malam tu macam takda kerja pulak nak cari tempat macam tu kan.

      Reply
  • ajumohit 13 August 2013 at 5:19 PM

    akak tak tunggu pun hujan meteor ni HH, dapat tgk gmbr kt blog kengkawan pun jadilah 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2013 at 7:56 PM

      Saya pun tak berpeluang nak tengok kak. Tau-tau hujan turun. Patut la tak nampak agaknya sebab awan tebal. Hehe

      Reply
  • Bahrain 13 August 2013 at 4:44 PM

    aku nk tgk smalam, tp lama sangat tak kuar2x, tido terus, pg tadi bukak fb, ini rupanya meteor, meteor macam nie pun boleh tgk tiap2x hari..ingatkan meteor terang benderang macam kilat..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2013 at 7:55 PM

      Kalau terang benderang tu dah tahap bahaya dah tu bro. Takut macam Armageddon pulak nanti. Hehe

      Reply
      • Bahrain 13 August 2013 at 8:30 PM

        itulah yang main kepala otak aku, yang meteor kali ni terang skit..tapi meleset..hahhaaha…mintak dijauhkan dari armergeddon..

        Reply
  • Mohd Shubhi 13 August 2013 at 3:35 PM

    Puas menunggu semalam atas padang dongak punya dongak apapun tak nampak…kecewa!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2013 at 7:51 PM

      Hehe. Mungkin lokasi kurang sesuai lagi tu bro. Kurang bernasib baik la ni.

      Reply
  • anuar 13 August 2013 at 12:57 PM

    Saya pun tak dapat nak tengok hujan meteor malam tadi… disebabkan terlupa… beruntunglah siapa yang dpt melihatnya. ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2013 at 7:46 PM

      Rasanya tak ramai yang berkesempatan nak tengok fenomena meteor ni. Hehe. Memang beruntung siapa yang dapat tengok.

      Reply
  • blackrosehunter 13 August 2013 at 12:38 PM

    hujan semalam kt rumah..tak dapat tengok..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2013 at 7:44 PM

      Sama la sini pun bro. Hujan jugak. Kena troll ke. Haha

      Reply
  • 4feet8 13 August 2013 at 12:23 PM

    dgr org ckp kul 3pagi baru muncul..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2013 at 12:31 PM

      Pukul 3 pagi baru muncul. Baik tidur. Haha

      Reply
  • yui 13 August 2013 at 10:30 AM

    pkul 11 dok dlm rumah tgk tb..huhuuh..
    sambil mata dah terlelap trus..boleh gtu? hihihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 August 2013 at 11:53 AM

      Rugi.. Rugi… Hehe.. Tengok dalam mimpi jela kan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Hadiah Hari Lahir Untuk Wife

By Hazmin Hamudin

Thesis Skin Blog Hazmin Hamudin

By Hazmin Hamudin

Dian Sastrowardoyo Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

By Hazmin Hamudin

Kereta Proton Satria Neo WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan?

By Hazmin Hamudin

Perhimpunan Bersama Datuk Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in