• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Kakitangan KFC Tendang Pelanggan

Kakitangan KFC Tendang Pelanggan

By Hazmin Hamudin | 9 February 2012 | 2 Comments

Kakitangan KFC Tendang Pelanggan

Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini. Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.

Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam. Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”

Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.

Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu. – KOSMO

UPDATE – Video Kakitangan KFC Tendang Pelanggan

[youtube]MJ3t8utzokg[/youtube]

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 9 February 2012 at 9:14 AM

    Pihak pengurusan perlu buat sesuatu. Yang memberi perkhidmatan perlu profesional walaupun di provokasi oleh pelanggan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 February 2012 at 9:42 AM

      Tu la… rasanye yg salah adalah org yang mmberi perkhidmatan… mereka perlulah sabar dan terbuka dengan kritikan daripada pengguna…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Hari Jururawat 2012

By Hazmin Hamudin

Selamat Tahun Baru Cina 2011

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #11

By Hazmin Hamudin

Apa Itu Oppa Gangnam Style?

By Hazmin Hamudin

Blog Aku Sangat Bosan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in