• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong

Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong

By Hazmin Hamudin | 10 December 2012 | 30 Comments

Jeruk Madu Pak Ali 1

Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong. Minggu lepas semasa Menghadiri Bengkel dan Mesyuarat di Penang, sempatlah jugak pergi mencari jeruk yang cukup terkenal di Pulau Pinang ni. Kalau pergi Penang selain pekena Nasi Kandar, kalau tak beli jeruk memang tak sah la kan. Siapa yang tidak kenal dengan Jeruk Madu Pak Ali ni kan. Gerai yang aku pergi ni terletak dekat Kompleks Medan Selera Suri, Sungai Nibong berhampiran dengan stesen bas Sungai Nibong. Tak payah nak susah-susah pergi dekat Pasar Chowrasta tu.

Jeruk Madu Pak Ali 2

Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia. Senang dah nak cari Jeruk Madu Pak Ali ni sebab banyak tempat yang dah jual. Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali ni telah bermula sejak tahun 1985. Sama umur dengan aku dah Jeruk Madu Pak Ali ni.

Jeruk Madu Pak Ali 3

Jeruk Pak Ali ni dibuat menggunakan cuka epal dan madu lebah asli. Jeruk Madu Pak Ali tidak menggunakan ibu gula yang dipanggil sebagai SAKARIN tetapi menggunakan gula biasa. Sakarin ini yang menyebabkan kebanyakkan pelanggan yang makan jeruk akan batuk sejurus selepas memakan jeruk tersebut.

Jeruk Madu Pak Ali 4

Selain daripada jeruk, terdapat juga pelbagai jenis asam dan kekacang yang dipaket kecil-kecil dijual di sini. Kuah rojakpun ada dijual jugak dekat sini.

Jeruk Madu Pak Ali 5

Macam-macam jeruk madu yang dijual di kedai Pak Ali ni. Ada buah mangga, kedondong, betik, kelubi dab buah salak. Sebelum nak beli boleh rasa dulu jeruk mana yang berkenan di tekak. Ada tempat disediakan untuk rasa. Lepas tu barulah boleh buat pilihan mana yang nak beli. Hehe.. Jangan korang abiskan jeruk untuk dirasa tu dah la.

Jeruk Madu Pak Ali 6

Jeruk ni boleh dibeli secara kilo ataupun secara ringgit. Kalau nak campur-campurpun boleh jugak. Ikut pilihan masing-masing.

Jeruk Madu Pak Ali 7

Kalau tak nak beli dalam kuantiti yang boleh, boleh la beli dalam paket-paket kecil ni. Yela, nak bagi kawan-kawanpun senang nantikan. Kalau nak beli jeruk dekat tempat yang tak sesak bolehlah beli dekat Kompleks Medan Selera Suri, Sungai Nibong. Nak letak kereta pun senang. Tak payah susah-susah nak cari parking.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • sara 15 May 2013 at 10:40 AM

    Smlm bru je balik dr shoping jeruk kat sg nibong…huhuu mmg giler tgk jeruk kat sana…but sedikit kecewa dgn staff kat sana yg mcm x nak layan coustomer…but its ok la..die penat gak nyee ang jeruk madu pak ali mmg tbaekkk

    Reply
  • azli 15 February 2013 at 8:24 PM

    boleh saja kalau nak beli,bandingkan harga serta kualiti dulu jangan serbu tembok,,price like Gurney Plaza bro..ari tu beli kuah rojak pedas ada semut kat dalam serbuk kacang dibungkus sekali..bila buka kuah rojak macam cair je..nak bantu produk muslim..tapi tiada qualiti..hampeh..
    Pesanan kalau datang Penang nak beli jeruk buah kat Penang Road banyak choice harga standard semua..kita menang membeli,,

    Reply
    • hamba allah 18 February 2014 at 12:42 AM

      assalamualaikum en. azli terlebih dahulu mohon maaf dipinta jika kualiti kuah rojak yg en.azli dpt tu mnkin kualiti nya x bgus..setiap product yg bgus dan berkualiti sekali pon ttp jga akan ada yg rosak, jdi kami cuba sedya upya untuk buat yg terbaik…untuk pengetahuan en.azli jika mahu bandingkan harga di penang road kami jeruk madu pak ali telah selaraskan harga dipenang jdi jika en.azli pergi dimana2 cawangan di penang samaada di penang road mahupon di s.nibong harganya tetap sama..harga hanya akan berbeza jika ianya dia luar kwsan penang..jika en.azli ada sebrng keraguan dan ketidakpuasan hati mengenai mna2 product pak ali en.azli boleh direct call di pusat jualan kami dan maklumkan terus …nmbr tertera disetiap packing jeruk dan plastic bag yg diberi… mohon maaf andai kata2 sya ini x sedap didengar tp kmi di jeruk madu pak ali insyallah akan cuba perbaiki kualiti untk memuaskan hati customer

      Reply
  • Wanayu 13 December 2012 at 9:55 PM

    Sedap ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 10:02 PM

      Memang sedap ni. Hehe

      Reply
  • daddydee 12 December 2012 at 8:50 AM

    jeruk pak ali memang best.

    Reply
  • remyhazza 11 December 2012 at 7:22 PM

    remy kalau pi penang pi beli kat bukit mertajam…. terus pi kilang jeruk….he3….. sambil2 mkn puas2 kat kilang tu……..
    tapi tgk pic kat sini pun terliur sat!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 December 2012 at 8:11 PM

      Kat sini pun dah ok tu bro. Takda sesak sangat. Bab harga tak tahu la beza ke tak dengan kat kilangkan.

      Reply
  • bujang3 11 December 2012 at 9:41 AM

    Pernah sekali gi Penang.. Tak tahu selok belok jalan kat sana… Main redah jer.. GPS pun tak der… Niat nak cari jeruk tak kesampaian sebab tak jumpa kat mana tempatnya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 December 2012 at 9:48 AM

      Rasanya mudah dah cari jeruk dekat Penang tu. Memang betul tu kalau tak biasa jalan-jalan dekat Penang memang pening nak cari.

      Reply
  • donnyien 11 December 2012 at 4:24 AM

    hello bro,
    saya suka makan jeruk mangga, tapi lebih baik makan dengan kicap dan lada. moga perniagaan Jeruk Madu Pak Ali akan bertambah maju lagi selepas ini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 December 2012 at 7:31 AM

      Kicap dengan lada tu sesuai untuk dimakan bersama mangga muda tu bro. Hehe..

      Reply
  • pokok manggis depan rumah 10 December 2012 at 5:13 PM

    Sedap jeruk ini. Saya dah pernah rasa.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 9:23 PM

      Memang pun bro. Saya makan kira boleh terima dengan tekak saya ni.

      Reply
  • schaze 10 December 2012 at 4:26 PM

    hihi jeruk ni mmg pemes.

    p/s: next time kalo pi penang lg pi la try mkn mi udang kat sg.dua.sedap 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 4:59 PM

      Dekat mana tu? Next time boleh la tolong bawakkan ye.. Hehe

      Reply
  • Juan 10 December 2012 at 4:22 PM

    saya selalu beli jeruk bila pulang ke kampung

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 4:58 PM

      Kampung dekat Penang ke Juan?

      Reply
  • Kamal Mustafa 10 December 2012 at 3:56 PM

    Terliur pulak KM tengok gambar2 jeruk tue haa.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 4:58 PM

      Haha.. Peminat jeruk ke KM?

      Reply
  • Melastik Bintang 10 December 2012 at 3:42 PM

    sejak 1985… Tahun saya lahir tu… lama betul…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 4:57 PM

      Sama baya la kita ni ye bro..

      Reply
  • fiezaradzi 10 December 2012 at 3:19 PM

    mmg dah glamer jeruk madu pak ali ni.. balik kg, de gak teringin nak beli, tapi last2 lupa gitu.. haha.. skg mmg dah banyak jual, kat stesen bas pun dah byk.. dulu mmg ada jenis lepas makan tu batuk2..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 4:56 PM

      Kira ok la kan ada jugak orang malayu jual jeruk yang halal ni. Kalau tak mesti orang cina je yang jual jeruk-jeruk ni kan.

      Reply
  • daddyziyyad 10 December 2012 at 2:55 PM

    banyak kali juga baca pasal jeruk pak ali ni…cuma belum berkesempatan singgah masa ke Penang…mmg selalu ke chowrasta, tapi nak parking kat situ hazab! haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 4:55 PM

      Sebab tu la decide beli jeruk dekat sini je.. Kalau pergi chowrasta tu mesti sesak susah nak parking.

      Reply
  • akubiomed 10 December 2012 at 12:49 PM

    Aduhai tak tahan melihat jeruk-jeruk yang dipamerkan. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 4:51 PM

      Penggemar jeruk ke bro? Hehe

      Reply
  • izan mama mia 10 December 2012 at 12:01 PM

    suka sikit2 jer jeruk…tak elok makan sll kan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2012 at 4:51 PM

      Ikutkan memang tak elokpun makan jeruk ni kan. Saya memang bukan penggemar jeruk.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Yang Islam Kena Tangkap, Tapi Cina Pula Bebas

By Hazmin Hamudin

Kuliah Hujung Minggu

By Hazmin Hamudin

Jobdirumah Betul Ke Tipu?

By Hazmin Hamudin

Statistik hazminhamudin.com Bulan Disember 2012

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in