• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / iPhone 11 Pro Max Hadiah Untuk Diri Sendiri

iPhone 11 Pro Max Hadiah Untuk Diri Sendiri

By Hazmin Hamudin | 6 May 2020 | 6 Comments

iPhone 11 Pro Max Hadiah Untuk Diri Sendiri

Kalau baca tajuk pun mesti semua dah tahu kot kan pasal apa. Ya, memang takda siapa yang bagi hadiah handphone iPhone 11 Pro Max dekat aku. Memang beli sendiri. Kira hadiah untuk diri sendiri la. Bukan anak ikan siapa-siapa nak dapat handphone free ni. Phui! Haha. Sebenarnya dah dekat tiga bulan dah aku pakai handphone ni. Aku beli 15 Februari hari tu. Kira macam hari hari lahir aku la.

Gila kau beli handphone mahal. Harga sampai tahap kena jual organ atau anggota badan. Kena jual buah pinggang la senang cerita. Tu orang cakap. Bukan aku yang cakap. Sampai tahap macam tu sekali la pengorbanan nak beli handphone keluaran syarikat yang menggunakan logo buah Apple. Tapi, takda la sampai tahap macam sekali. Apa jadah nak jual buah pinggang pulak. Kumpul la duit. Tu pun nak kena ajar ke. Harga Yahudi? Lantak kau la. Haha. Duit aku.

Aku pun takda la nak tukar sangat handphone ni. Asal boleh pakai dah cukup dah. Tapi apakan daya. Dah sampai masa memang kena tukar dah ke handphone paling latest. Nak tahu berapa tahun aku pakai handphone sebelum aku tukar ke iPhone 11 Pro Max ni? Enam tahun. Haaa… Kiranya kali terakhir aku beli handphone adalah enam tahun lepas iaitu tahun 2014. Boleh baca dekat post iPhone 5s Hadiah Hari Lahir. Dah memang tahap WAJIB tukar dah. Enam tahun sekali tukar handphone kira berbaloi la pun dengan harga aku keluar tu. Bukan tiap-tiap tahun tukar macam tukar baju.

Kali ni tak tahu la berapa tahun pulak aku guna iPhone 11 Pro Max ni. Harap-harap lama la bertahan macam sebelum ni. Tu la, dah guna iPhone ni memang susah dah nak beralih ke operating sistem lain macam Android tu. Kira ko dah terperangkap la dengan ecosystem Apple ni. Haha. Biar lantak la. Pakai je la selagi boleh pakai. Ya tak?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Khamsi Abdullah 31 January 2022 at 3:08 PM

    Saya dah beralih dari iphone se ke android… sebab kerja part time kena pakai android dan saya tak biasa pakai dua nombor. sekarang rasa menyesal pulak.

    Reply
  • Ibu Mifzal 22 March 2021 at 10:46 AM

    wah..tahniah. sy mampu iphone 11 je. hehe

    Reply
  • Nadiaanjelida 3 December 2020 at 3:08 PM

    Me iphone 11 pro max

    Reply
  • acu 1 June 2020 at 8:27 PM

    SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    Reply
  • moon 7 May 2020 at 12:27 AM

    fuyyo…

    Reply
  • akubiomed 6 May 2020 at 11:21 PM

    Wow, mampu telan air liur sahaja.

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Lawak April Fool Daripada DiGi

By Hazmin Hamudin

Meraikan Follower Blog Yang Ke-300

By Hazmin Hamudin

iPhone 11 Pro Max Hadiah Untuk Diri Sendiri

By Hazmin Hamudin

Tabasco Sudah Disahkan Halal Oleh JAKIM

By Hazmin Hamudin

Exam A-Levels

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in