• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Pelik / Program TV Paling Menjijikkan

Program TV Paling Menjijikkan

By Hazmin Hamudin | 21 December 2011 | 5 Comments

Makan Daging Manusia
ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio

Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia. Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit. Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya. “Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Makan Daging Manusia (2)
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya”

Sumber: Hmetro

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Oh! budu 1 January 2012 at 11:01 AM

    ewwww…. geli..

    Reply
  • puanbee 21 December 2011 at 7:03 PM

    wekk geli betul tengoknyaaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 December 2011 at 7:04 PM

      hahaha… lazat katanya kak..

      Reply
  • akubiomed 21 December 2011 at 10:04 AM

    Huh, tidak ada faedahnya makan daging manusia. 🙁

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 December 2011 at 10:54 AM

      tu la… makan daging sesama sendiri.. gila apa..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Seni Graffiti Di Sungai Klang

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Kesian Dia Takda Kaki

By Hazmin Hamudin

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Dan Doa Selepas Berbuka Puasa

By Hazmin Hamudin

Hujan Rahmat Di Pagi 11.11.11

By Hazmin Hamudin

Blog Aku Sangat Bosan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in