• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Malaysia Tertinggi Masalah Obesiti

Malaysia Tertinggi Masalah Obesiti

By Hazmin Hamudin | 15 November 2011 | 8 Comments

Malaysia Nombor Satu Obesiti

Menurut laporan akhbar hari ini, Malaysia berhadapan dengan masalah obesiti yang tinggi. Ini dibuktikan apabila Malaysia berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik. Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini. Berdasarkan kajian pengambilan gula di kalangan orang dewasa di negara ini pada 2002 dan 2003 mendapati, jumlah pengambilannya mencecah 51 gram iaitu 21 gram gula pasir dan 30 gram susu pekat manis di dalam minuman.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10 peratus atau bersamaan dengan 200 kalori daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, pengambilan gula tambahan yang disarankan untuk orang dewasa adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari yang bersamaan dengan 50 gram.

Hazmin: Risau memikirkan masalah perut sendiri yang semakin kedepan akibat memasukkan segala jenis makanan ke dalam mulut tanpa memikirkan akibatnya kepada perut sendiri. Adakah aku perlu menjejakkan kaki ke gym sebelum aku turut tersenarai dalam statistik obesiti di Malaysia ? Baik mencegah sebelum terlambat.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • dd 21 December 2011 at 4:32 PM

    http://mobtv.my/talkshow-613.html
    OBESITI-MALAYSIA TERTINGGI DI ASEAN

    Reply
  • bardboo 16 November 2011 at 3:12 AM

    kena jaga pemakanan..sebabnya bukan sahaja gemuk nanti, tapi mudah dapat macam2 penyakit…tapi makanan bergula tu la yang sedap dimakan kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 November 2011 at 7:11 AM

      jaga pemakanan, lepas tu kena bersenam jgkkan… yang bergula, masin, tu la yg sedap dan mendatangkan penyakit kemudian hari…

      Reply
  • ohcikgu 15 November 2011 at 5:20 PM

    betul. memang ramai yang ada masalah obes ni. hehe.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2011 at 9:34 PM

      jangan owner blog ni terjebak jugak dah la..hehe

      Reply
  • ch000tz 15 November 2011 at 3:33 PM

    hari ni ajer bersepah topik ni kat blog…hehe sebab kat radio pun cakap topik yang sama sebab dalam paper highlights kann :p so far tak lagi kot obesiti niey:p

    p/s dalam hati mmg ada tamannn hahah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2011 at 3:52 PM

      tak tau plak kat radio semua kuar pasal obesiti ni. hehe… aik.. tak lagi ye ? tinggal sejarah jela kan. ke sejarah mungkin berulang ? hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Harga RON95 Dan Diesel Naik 20 sen Mulai Tengah Malam Ini

By Hazmin Hamudin

Tazkirah Jumaat | Doa Seorang Muslim Untuk Saudaranya

By Hazmin Hamudin

Zizan Raja Lawak Sakit, Terlantar di Wad

By Hazmin Hamudin

Tekak Nak Makan Subway Pulak

By Hazmin Hamudin

Makan Steamboat Dekat Johnny’s Pulak

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in