Semalam ada yang pergi ke Putrajaya tak bersama-sama memeriahkan Malam Cinta Rasul bersama dengan Habib Syech. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid pun ada jugak memeriahkan majlis ilmu tersebut. Aku tak pergipun. Cuma tengok siaran langsung dekat TV AL-HIJRAH je. Itupun bukak tv dah separuh jalan dah. Macam mana boleh tak tahu ni.
Aku rasa bahagian yang menyentuh perasaan semalam semasa Habib Syech berhenti berehat dan Ustaz Don mengambil tempat untuk memberi tazkirah. Memang sampai ke hati la apa yang hendak disampaikan oleh Ustaz Don tu. Kalau perasan semalam Adam AF2 pun ada jugak memeriahkan majlis.
Qasidah Sholatun Bissalamil Mubin ni merupakan antara qasidah yang aku gemari. Memang menyentuh perasaan. Maknanya pun sangat-sangatlah mendalam. Hari Jumaat dengar qasidah macam ni pun ok jugakkan. Jom layan.
httpv://www.youtube.com/watch?v=xU3JD2NQS3o
Terjemahan:
Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku.
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku).
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masa mu.Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran.
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.
Selamat memupuk rasa cinta pada Rasulullah, rasul kecintaan kita semua.
selalu dengarkan alunan sebegini untuk membentuk dan mengingatkan hati supaya sentiasa berdakwah kepada semua
erkkk..kak pun tak tau. baca entry hazmin baru tau. kalau tahu, for sure tercongok depan tv. dvd cinta rasul di dstaran merdeka dulu tak habis2 dipasang di kereta..
Selamat malam hazmin,maaf selalu sj akak lambat dtg sini….
Selawat serta salam ke atas baginda junjungan….
nice sharing qasidah tu
saya pun tonton dekat tv Al-Hijrah saja… Alhamdulillah… rasa tenang bila dengar Qasidah ini…
ada yg kata sesat, ada kata bidaah, pd saya daripada layan lagu x tentu hala, elok kita hayati qasidah ni…
bagus entri nie boleh diamalkan ..Tak ada peluang nak kesana tapi nasib baik ada video ….layan video pun ok
macamana aku tak tahu nie… nasib baek bro ada juga selitkan video kat dalam entri.. janji boleh tengok… Sibuk betul sekrang sampai boleh tak tahu benda penting nie… berdosanya aku.
untuk menanam rasa cinta anak2 pada Rasulullah bagus jugak ada kepelbagaian selawat yang kita boleh dengarkan pada diorang..kita sebagai ibubapa kena la pulak terangkan dan jelaskan isi dan maksud serta tujuannya supaya anak2 faham betul..
tak berkesempatan tengok , dapat tengok video yang bro upload nih pun jadilah , tq bro…
Aku pun dapat tengok dari awal sikit. Anak aku suka qasidah yahanana tu..
perkongsian yang bermanfaat.. tak berpeluang pun pergi ke sana..
selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Mmg best qasidah ni….
bab2 baik macam ni selalunya kurang promosi
pelik juga
Tq share tau…best betul qasidah ni…memang tak puas dengo…untung tau dapat pi majlis ilmu ni..kan…
aku rasa kurang promosi kot..aku pun semalam tengok skit jer..itu pun dah nak abis dah…
Regards,
-Strider-
untung dapat hadir majlis macam tu…
xpernah hadiri lagi majlis anjuran ustaz Don
Wah, beruntungnya dapat hadir.. Alhmadulillah Allah beri keistimewaan kepada tuan. Thanks kerana berkongsi qasidah ni… Sampai ke lubuk hati…
alamak dik! akak org putrjaya pun tak tau dik hahaahahah….gitule kalo dah duduk putrajaya, keje putrajaya….mmg tak amik port pun….rugi tak dpt pergi majlis agama gitu….
Org yg tinggal nun jauh di Utara seperti saya ni cuma boleh tengok TV aje lah….
Semalam aku dapat tengok kat TV Alhijrah ajela. Nak keluar hari hujan-hujan ni susah sikit nak keluar jalan bawak baby. Tapi dengar selawat yang mendayu-dayu dari Habib Syech ni memang tersentuh hati. Sampai meremang bulu roma sebab syahdu sangat.
semalam dgr Cinta Rasul..memang mendayu-dayu…
Sedap di dengar.. mendayu2.. x puas dengar. sekejap jer dh abes.
lepas nih boleh donlod kat tepon pintar jugak. boleh selalu dengar.
terima kasih atas perkongsian ini..:)
Aktiviti yang dapat mengingatkan kita kepada Rasulullah s.a.w. Tahniah kepada bro..
P.s. Pahala berantai untuk bro 🙂
Yup, setuju. pahala berantai.
rindunya kepada Rasulullah. Akak pun tak pegi. Kat TV pun tak tgk.
Alhamdulillah…majlis ilmu yang sangat2 bermakna…
alhamdulillah pergi bnda yng berilmu kan..
alhamdulillah bkesempatan dgn qasidah….