• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Santai / Hari Isnin yang Blues

Hari Isnin yang Blues

By Hazmin Hamudin | 12 November 2012 | 35 Comments

Monday Blues

Kelam, usang. Dua hari aku meninggalkan dunia maya tanpa update sebarang entri di blog ni. Komen rakan hanya sempat aku baca melalui skrin kecil BlackBerry yang sentiasa menjadi peneman di saat sunyi. Kunjungan rakan pula tidak  berkesempatan untuk aku balas semula. Terima kasih untuk kalian yang tak pernah jemu untuk singgah ke blog picisan aku ni. Hujung minggu memang aku cuti sepuasnya tanpa menjadi hamba kepada blog.

Sebenarnya sepanjang hujung minggu lepas aku sibuk memindahkan segala fail penting di komputer dan membuat backup apa yang patut. Nampaknya strategi pakcik Bill Gates menjadi kali ni. Buat pertama kalinya aku telah termakan umpan untuk membeli dan mencuba perisian Windows 8 terbaru daripada Microsoft. Dengan harga yang menarik ditawarkan mana mungkin aku menolak untuk kembali ke jalan yang benar setelah sekian lama melalui jalan yang haram. Pastinya ramai juga orang memilih jalan seperti aku di luar sana.

Hari ni hari isnin. Huh. Suasana hambar dan suram akan menyelubungi segenap ruang persekitaran pejabat. Prestasi kerja sudah pasti menjadi tidak produktif dan menurun. Begitulah suasana yang digelar kebanyakan orang sebagai Monday Blues. Bukannya sebuah kumpulan Blues terkenal dari Negeri Sembilan, jauh sekali lagu kumpulan Iklim Blues Terengganu Kita. Ia adalah perasaan murung dan gelisah yang timbul apabila seseorang memikirkan dia terpaksa masuk bekerja semula pada hari Isnin selepas cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Kesian hari isnin yang tidak tahu apa-apa kerana sering kali dipersalahkan. Padahal diri sendiri yang malas bekerja, isnin pula yang disalahkannya.

Bagi korang-korang yang sedang ber Monday Blues tu teruskanlah melayan perasaan korang. Harap hari-hari korang terus ceria dan gembira selalu.  Kebosanan mencipta kelainan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Kazen 14 November 2012 at 3:03 AM

    berbunga2 ayat lu hihi 😛

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 November 2012 at 8:20 AM

      Melayan Monday blues la katakan. Haha

      Reply
  • pahan 13 November 2012 at 6:19 PM

    sempot siot entry kali ni.hehe. berapa bro window 8 tu?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:45 PM

      Kenapa semput lak? Hehe.. RM120 bro windows 8 tu.

      Reply
  • shraqs 13 November 2012 at 2:58 PM

    Rasanya semua org hadapi masalah yg sama tiap kali hari Isnin… 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:27 PM

      Mungkin disebabkan malaskan bro? Hehe

      Reply
      • shraqs 13 November 2012 at 10:50 PM

        Salah satu faktor jugak tu… 🙂

        Reply
  • samdaddycool 13 November 2012 at 6:19 AM

    Kenapalah diaorang bagi blues untuk Monday? kan elok kalau diberi nafas baru (rock ke, ballad ke, dangdut ke.. )

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:33 AM

      Betul jugak cadangan bro tu. Kalau letak Monday Rock pun alrite jugakkan..

      Reply
  • donnyien 13 November 2012 at 4:11 AM

    selamat bercuti.. kepada yang bekerja selamat bekerja, saya cuti hujung tahun ni balik sabah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:28 AM

      Wah… Mesti bro dah lama tak balik Sabah kan. Bro Sabah dekat mana?

      Reply
  • titan 13 November 2012 at 12:31 AM

    haha..pindah..jangan tak pindahh..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:27 AM

      Dah selamat berpindah ke rumah baru. Baru boleh berblogging dengan tenang balik.

      Reply
  • hafizrahim 12 November 2012 at 8:30 PM

    hari ni first day aku keje dengan company baru..penat..penat..hohoho

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:25 AM

      Wah.. Bertukar kerja ke bro? Mesti gaji lagi banyak ni.

      Reply
  • Denaihati 12 November 2012 at 8:27 PM

    selamat bercuti esok, mudahan hari yg baik insyaAllah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:24 AM

      Terima kasih bro Denaihati.

      Reply
  • Juan 12 November 2012 at 5:02 PM

    cerita la bagai mana proses pembelian windows 8 secara dalam talian bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:23 AM

      Senang je bro nak beli windows 8 ni secara talian. Tak susah mana pun. Kalau takda kad kredit pun takpa. Pakai debit card pun boleh.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 12 November 2012 at 4:29 PM

    Tak apa hari ini kerja esok cuti, lusa kerja, tulat cuti kalau macam ini tiap minggu kakak rasa tak ada monday blues lagi agaknya ye.

    Psst… bagus pastinya windows 8 kakak belum beli dan cuba guna lagi tau.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:21 AM

      Itulah.. Nasib minggu ni cuti berselang-selang kan kak.. Windows 8 ni mula-mula memang tak biasa. Tak sama dengan windows sebelum-sebelum ni.

      Reply
  • ema 12 November 2012 at 3:45 PM

    tak alami monday blues..sebab dah seminggu tinggal pejabat..ngeh3x..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:35 AM

      Wah… Lamanya tinggalkan pejabat… Hehe. BEst la macam tu.

      Reply
  • Kesumaangsana 12 November 2012 at 3:27 PM

    standardlah tu hehe

    Reply
  • schaze 12 November 2012 at 2:53 PM

    window 8 tu bagus ke?

    mcm mahal jek -,-‘

    p/s: ekceli bukan je ari senin je malas, setiap hari pon malas jek.hikhik

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:37 AM

      Windows 8 ni laju daripada windows sebelum ni. Harga RM120 tu sebenarnya dah cukup murah dah kalau nak dibandingkan dengan harga asal. Lagipun pakai windows yang ori ni banyak kebaikannya.

      Reply
  • daddyziyyad 12 November 2012 at 2:53 PM

    saya mmg pakai perisian windows yang halal, yg dibeli sekali masa beli komputer..hihihih

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:38 AM

      Saya pakai pc custom, windows semua kena beli sendiri. Hehe.. Sekrang dah ori dah.

      Reply
  • Nadot 12 November 2012 at 1:44 PM

    Saye plak hari-hari Monday blues…malas je buat ape2… hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:38 AM

      Nadot kalau makan baru rajinkan.. Hehe

      Reply
  • syaifuddin alias 12 November 2012 at 12:20 PM

    hehe..hari2 saya mcm hari2 biasa dan tiada blues2

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:39 AM

      Untuk orang yang belum bekerja memang takda lagi Monday blues ni. Kena tunggu dah kerja dulu. Baru tau apa tu Monday blues. Hehe

      Reply
  • Melastik Bintang 12 November 2012 at 11:45 AM

    monday tuesday je tiada lagi.. monday blues dah selalu…

    Reply
  • akubiomed 12 November 2012 at 10:04 AM

    Rata-rata ramai yang mengambil cuti panjang. Tidaklah merasa Monday blues.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 November 2012 at 10:22 AM

      Itulah.. Ramai yang menyambung cuti. Harap isnin berjalan dengan lancar. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

By Hazmin Hamudin

Apple Lightning to Micro USB Adapter

By Hazmin Hamudin

Salam Ramadhan 2019/1440H

By Hazmin Hamudin

Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Pemuda Tunjuk Cara Jadikan Komputer Seperti iPad

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in