• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Automotif / Bukti Proton Preve Baru Mudah Rosak?

Bukti Proton Preve Baru Mudah Rosak?

By Hazmin Hamudin | 21 April 2012 | 5 Comments

Kecoh apabila satu gambar yang menunjukkan kereta terbaru keluaran Proton iaitu Proton Preve mengalami kerosakan teruk di bahagian tayar hadapan ketika sesi pandu uji oleh SA Showroom Sentul. Ini merupakan kemalangan pertama melibatkan sebuah model Proton Preve yang dikatakan berlaku di Lebuhraya DUKE (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang).

Proton Preve Kemalangan 1

Pelbagai andaian keluar dari mulut orang ramai, tak kurang juga mereka yang mengkritik teruk kereta terbaru Proton ini.  Kemalangan ini sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan untuk mengkritik model Preve. Namun kami percaya ia bukanlah kesilapan dari pihak Proton. Artikel pendek di bawah menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku pada Proton Preve yang rosak itu:

Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.

Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

Proton Preve Kemalangan 2

Model kereta terkenal di dunia sekalipun pernah mengalami kemalangan yang teruk sehinggakan ada yang terbakar dengan sendirinya. Tidak terkecuali juga dengan model keluaran proton ini. Selalunya, setiap kemalangan yang berlaku berkait rapat dengan kebolehan seseorang pemandu itu sendiri dan kebiasaannya kemalangan berlaku disebabkan oleh faktor kecuaian manusia.

Sumber: Lowyat.NET

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • RavenAii 21 December 2012 at 2:19 AM

    Lamborghini mase parking boleh terbakar sendiri x de pun org kecoh sangat. Ni Preve test drive xciden 1 malaysia kecoh. Pandangan org zaman sekarang. ish3..

    Reply
  • nash 3 May 2012 at 9:01 AM

    pelik … jika terlanggar pembahagi jalan kenapa bumper x pecah…???? tayar pon x pecah .. cuba kalian pikir secara logik…. jika benar terjadi kemalangan kenapa pihak proton tidak mengemukakan bukti .. dan laporan polis mengenai kejadian ini… hal spt ini pasti akan menjejaskan imej proton jika tiadA tindakan selanjutnya

    Reply
  • akubiomed 22 April 2012 at 12:32 AM

    Patut diberi pujian kepada Proton kerana model Preve’ ini telah membuktikan ciri-ciri keselamatan berfungsi dengan baik.

    Reply
  • Jebeng Otai™ 21 April 2012 at 9:51 PM

    kalo dh laju mmg mcm ni la jdiknya..

    p/s: kereta mmg direka utk mudah remuk supaya dpt kurangkan hentakkan..kalo kereta keras cam kereta kebal tkut kereta ok tp pemandunya yg x ok.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 April 2012 at 8:04 AM

      Ramai yang ingat kereta mudah remuk ni tak kukuh. Sebenarnya ramai yang tak tahu ada sebab ianya jadi begitu.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

SPAM Semakin Ganas Menyerang

By Hazmin Hamudin

Berkursus Di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai, Perak

By Hazmin Hamudin

Pengangkutan Awam Di Malaysia Sangat Teruk

By Hazmin Hamudin

Anak Angelina Jolie dan Brat Pitt (Maddox) Suka Makan Cengkerik Goreng

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #10

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in