Semalam pengguna Internet khususnya laman sosial Facebook hari ini dikejutkan dengan penyebaran satu rakaman klip video yang meruntun jiwa apabila seorang bayi dipercayai berusia hampir setahun didera ibunya dengan kejam.
Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya telah menerima hukuman setimpal.
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai.
Untuk makluman, kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei 2011 dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman.
Wanita terbabit merupakan warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.
akhirnya ibu kejam ni dh kene tangkap..x pasti napa die buat mcm tu..
Kes lama rupanya bro.. Disensasikan sekarang ni.